Jika dibiarkan tanpa kawalan, diabetes boleh mengakibatkan keadaan yang mengancam nyawa, contohnya seperti masalah ketoasidosis diabetik (DKA) atau hiperglisemik hiperosmolar (HHS). Dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting yang melibatkan sistem peredaran darah termasuklah jantung, otak, ginjal dan mata. Untuk mengelakkan masalah ini, doktor akan menyediakan intervensi glisemik secara individu kepada pesakit diabetes, dan memperkenalkan terapi insulin.
Ini antara kebaikan terapi insulin buat individu:
Mengurangkan risiko komplikasi kesihatan pada pesakit: Untuk memahami sepenuhnya bagaimana insulin dapat membantu menurunkan risiko komplikasi kesihatan lain yang berkaitan dengannya, penting untuk anda tahu bagaimana dengan hanya penurunan 1% dalam nilai Hemoglobin A1C (HbA1c) dapat mengurangkan risiko komplikasi akibat diabetes. Contohnya seperti yang diterangkan dalam grafik di bawah [3,6]:

Meningkatkan kualiti hidup pesakit: Terapi insulin boleh menambah baik produktiviti harian dengan meningkatkan tenaga, lalu meningkatkan kualiti hidup pesakit. Ia juga boleh melegakan tekanan emosi yang dihadapi pesakit apabila mengetahui mereka boleh mengawal penyakit ini [4]. Terapi insulin juga boleh menambah baik kesan paras gula dalam darah yang tinggi, contohnya seperti kelesuan dan kerap kencing.
Bergantung kepada jenis rawatan, doktor boleh mempreskripsikan beberapa jenis insulin pada anda [4].
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen