backup og meta

Pesakit Diabetes Biasanya Takut Kalau Ada Luka Bernanah, Ini 8 Petua Untuk Merawatnya

Pesakit Diabetes Biasanya Takut Kalau Ada Luka Bernanah, Ini 8 Petua Untuk Merawatnya

Pesakit diabetes yang terlantar atau yang tidak mampu menggerakkan tubuh badan dengan kerap amat berisiko untuk mengalami ulser tekanan atau bedsores. Adakah ulser pesakit diabetes ini berbahaya dan bagaimanakah cara merawat luka bernanah ini dengan pantas?

Bedsores atau ulser tekanan

Secara umumnya, bedsores ialah keadaan di mana berlakunya ulser akibat tekanan tubuh. Ada yang mengenalinya dengan sebutan luka baring.

Ia merupakan sejenis kecederaan yang berlaku pada kulit atau tisu pada kulit yang berpunca daripada tekanan berterusan ke atas permukaan kulit tersebut.

Ulser tekanan ini biasa berlaku pada permukaan kulit bertulang seperti lutut, tumit atau buku lali.

Kebanyakan mereka yang mengalami ulser tekanan ini ialah mereka yang terlantar dan tidak mampu untuk bergerak dengan kerap seperti pesakit diabetes yang kronik atau pesakit diabetes warga emas.

Ini menyebabkan kawasan permukaan kulit mereka mengalami tekanan berterusan.

Ia boleh dirawat, namun mungkin ada yang tidak boleh sembuh dengan sepenuhnya. 

Simptom dan tanda ulser tekanan

cara merawat luka bernanah

Terdapat beberapa simptom atau tanda jelas yang menunjukkan sekiranya seseorang itu mengalami ulser tekanan. Antara tanda-tanda tersebut ialah:

Cara merawat luka bernanah atau ulser bagi pesakit diabetes

Bagi ulser pesakit diabetes, terdapat beberapa cara merawat luka bernanah yang boleh anda gunakan untuk merawatnya dengan lebih pantas.

Namun, ia hanya berkesan apabila cara-cara ini dilakukan secara bersama. Ia tidak berkesan sekiranya anda hanya melakukan satu tip sahaja.

Antara cara merawat luka bernanah yang boleh digunakan ialah:

Cara merawat luka bernanah 1: Alihkan tekanan pada kawasan yang terjejas

Kerap bertukar posisi badan agar anda tidak berada atau kekal pada satu posisi sahaja.

Dengan kerap bertukar posisi, ia boleh mengelakkan tekanan pada sebelah sisi sahaja dan boleh mengelakkan ulser tekanan.

Selain itu, keraplah berjalan setiap hari. Sekiranya tidak mampu untuk berjalan atau bergerak, gunakan kemudahan seperti kerusi roda untuk menggerakkan tubuh anda seketika.

Cara merawat luka bernanah 2: Membersihkan luka

Sekiranya anda hadir ke hospital atau klinik, doktor akan membuang tisu-tisu mati atau yang telah dijangkiti bagi mempercepatkan proses penyembuhan di kawasan ulser tekanan tersebut.

cara merawat luka bernanah

Anda juga boleh mendapatkan khidmat penjagaan kesihatan yang akan hadir terus ke rumah anda bagi membantu anda melakukan perkara ini. 

Cara merawat ulser 3: Amalkan pemakanan yang berkhasiat

Pemakanan yang sihat dan seimbang sedikit sebanyak dapat membantu proses penyembuhan luka diabetes dan luka ulser anda.

Amalkan diet yang tinggi kandungan protein selain pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. 

Cara rawat ulser 4: Pastikan luka ulser sentiasa bersih

Cara merawat luka bernanah yang seterusnya adalah anda boleh mencuci luka ulser dengan menggunakan air garam atau larutan povidone-iodin bagi mengelakkan ulser tekanan menjadi lebih buruk.

Luka yang sentiasa bersih mengurangkan risiko anda daripada mudah untuk mendapat jangkitan serangan bakteria. 

Cara merawat ulser 5: Balut kawasan luka ulser dengan kain bersih

Cara merawat luka bernanah di hospital, proses ini dikenali sebagai dressing.

Luka ulser anda perlu dibalut dengan pembalut kain kasa bersama-sama ubatan tertentu bagi mengelakkan jangkitan menjadi lebih buruk.

Pembalut kain kasa ini berfungsi sebagai penahan bagi luka ulser daripada dijangkiti oleh bakteria. 

Cara rawat ulser 6: Jangan lupa ambil antibiotik

Antibiotik berfungsi sebagai ubat melawan jangkitan bakteria yang boleh membuatkan keadaan ulser menjadi lebih buruk.

Doktor akan memberikan anda antibiotik bagi mempercepatkan proses pemulihan anda. 

Cara merawat ulser 7: Terus jalani rawatan diabetes

Keadaan diabetes boleh melambatkan penyembuhan ulser pesakit diabetes.

Oleh itu, bagi pesakit yang mempunyai ulser pesakit diabetes, anda perlu terus menjalani rawatan yang telah diberikan kepada anda untuk membantu memudahkan proses penyembuhan. 

Cara rawat ulser 8: Gunakan bahan di rumah

cara merawat luka bernanah

Rawatan juga boleh dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati di rumah anda.

Sebagai contoh, penggunaan aloe vera dilihat berkesan dalam menyembuhkan luka kecil seperti luka ulser.

Selain itu, aloe vera juga dilihat berkemampuan mencegah ulser tekanan jika digunakan setiap hari pada kawasan ulser tersebut. 

Komplikasi ulser tekanan

Sekiranya ulser pesakit diabetes ini tidak dirawat dengan sepatutnya, ia boleh menyebabkan beberapa komplikasi lain kepada diri anda.

Antaranya adalah seperti penyakit selulitis, jangkitan pada tulang atau sendi, berlakunya kanser kulit dan juga penyakit sepsis.

Oleh itu, sekiranya anda mempunyai simptom-simptom ulser tekanan, lakukan tip-tip yang telah kami nyatakan di atas sebagai langkah menyembuhkan ulser dengan lebih pantas.

Jangan sesekali mengambil mudah mengenai ulser tekanan ini, apatah lagi sekiranya anda mempunyai penyakit diabetes. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Symptoms bed sores. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bed-sores/symptoms-causes/syc-20355893. Accessed 19 May 2021.
  2. Bed sores causes. https://www.nursinghomelawcenter.org/causes-of-bed-sores.html. Accessed 19 May 2021.
  3. Bed sores.https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/bedsores. Accessed 19 May 2021.
  4. Patients instructions.https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000740.htm. Accessed 19 May 2021.
  5. Treatment. https://www.nhs.uk/conditions/pressure-sores/treatment/Accessed 19 May 2021.

Versi Terbaru

06/05/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

AWAS, Bahaya Jika Selalu Stres! Tekanan Boleh Buat Anda Terkena Ulser Perut?

Jangan Terus Sapu Ubat Gel Jika Terkena Ulser Mulut, Lagi-lagi Pada Anak Kecil! Ini Sebabnya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 06/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan