backup og meta

4 Pemeriksaan Kaki Yang Orang Diabetes Wajib Buat Untuk Elak Amputasi!

4 Pemeriksaan Kaki Yang Orang Diabetes Wajib Buat Untuk Elak Amputasi!

Penyakit kencing manis merupakan salah satu kondisi yang amat bahaya dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada tubuh badan manusia terutama pada kaki. Ini kerana sakit tapak kaki diabetes adalah antara komplikasi yang tidak wajar dipandang enteng.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kencing Manis, anda juga boleh klik di sini.

Apa maksud sakit tapak kaki diabetes?

Kondisi diabetes melitus yang gagal dirawat atau dikawal dengan baik boleh menyebabkan banyak komplikasi pada tubuh badan. Kebiasaannya, individu akan mengaitkan ia dengan anggota kaki.

Sebenarnya, masalah kaki diabetes ini mungkin akan didalangi oleh kesan kondisi itu sendiri pada organ buah pinggang. Dalam istilah saintifik pula, ia lebih dikenali sebagai diabetes nefropati.

Untuk pengetahuan anda semua, diabetes nefropati itu akan terjadi apabila buah pinggang terjejas kemampuannya untuk melakukan tugas utama iaitu mengeluarkan lebihan cecair dari tubuh badan.

Akibat di atas tadi, cecair tersebut akan terkumpul di dalam tubuh badan terutama di anggota kaki lantas membuat ia membengkak dan mudah untuk mengalami kecederaan atau ketidakselesaan.

sakit tapak kaki diabetes

Dalam pada itu, terdapat juga satu kondisi yang dinamakan sebagai Charcot di mana tulang, sendi, otot serta tisu lembut menjadi lemah sekali gus menjejaskan seluruh bahagian kaki termasuk pada tumit, jari, kuku, buku lali dan tapak kaki masing-masing.

Angkara kondisi di atas, sakit tapak kaki diabetes boleh terjadi lalu meningkatkan risiko amputasi!

Pemeriksaan sakit tapak kaki diabetes!

Dalam usaha untuk mengelakkan risiko masalah pada kaki atau lebih teruk lagi amputasi, individu yang telah disahkan menghidap penyakit diabetes perlu kerap melakukan pemeriksaan kaki.

Pemeriksaan ini adalah sangat penting untuk mengenal pasti masalah sebelum menjadi lebih teruk kerana semua sudah sedia maklum bahawa pesakit kencing manis tidak boleh mengalami luka.

Luka yang tidak dirawat dengan baik akan mengakibatkan kerosakan saraf, kekebasan, kesemutan, mati rasa kaki dan mungkin hilang kemampuan untuk menyembuhkan luka secara semula jadi.

Baca lagi artikel berkaitan:

Sekiranya tidak mahu diamputasi atau dipotong kaki akibat sakit tapak kaki diabetes, anda kena buat pemeriksaan ini:

#1. Pemeriksaan dermatologi

Pertama, pesakit kencing manis itu perlu membuat temu janji bersama doktor pakar kulit bagi memeriksa jika wujud luka, ulser, nanah, kulit melecet, atau masalah kulit lain pada kaki.

Sekiranya sudah ada luka, doktor akan mengkategorikan peringkat luka anda itu kepada tahap berikut:

  • Tahap 0 – Tidak ada luka terbuka atau ia telah tertutup sepenuhnya
  • Tahap 1 – Ulser hanya di luar kulit namun tidak terjebak ke lapisan yang dalam
  • Tahap 2 – Ulser telah terjebak ke lapisan kulit yang agak dalam termasuk pada tendon, tulang dan sendi
  • Tahap 3 – Ulser telah terjebak ke lapisan kulit yang lebih dalam dan mungkin membuat nanah muncul
  • Tahap 4 – Gangren pada jari, tumit dan bahagian depan kaki
  • Tahap 5 – Gangren mula merebak ke seluruh bahagian kaki

sakit tapak kaki diabetes

#2. Pemeriksaan neurologi

Selain itu, penderita turut mungkin akan mengalami kerosakan saraf akibat kadar gula yang tinggi lantas memerlukan mereka melalui beberapa pemeriksaan berkaitan neurologi seperti berikut:

  • Ujian monofilamen
  • Ujian persepsi visual
  • Refleks pergerakan pergelangan kaki
  • Ujian cucuk jarum

#3. Pemeriksaan muskuloskeletal

Ketiga, individu yang ada masalah sakit tapak kaki diabetes juga perlu memeriksa bentuk dan struktur tulang kaki mereka melalui dua kaedah klinikal iaitu sinaran X atau imbasan MRI.

Prosedur sinaran X akan dibuat untuk menilai jika ada perubahan dalam aspek keselarasan tulang kaki manakala imbasan MRI pula dibuat bagi melihat perkara sama dengan jauh lebih teliti lagi.

sakit tapak kaki diabetes

#4. Pemeriksaan vaskular

Keempat, doktor mungkin melakukan pemeriksaan vaskular untuk mendiagnosis luka yang wujud pada kaki selain demi menentukan apakah proses penyembuhan luka paling sesuai buat individu.

Pemeriksaan ini akan melibatkan pemeriksaan denyut nadi pada kaki pesakit kencing manis. Alat seperti kapiler dan teknik ultrabunyi pula bakal digunakan bagi membantu pemeriksaan vaskular.

Kemudian, apa pesakit diabetes perlu buat?

Umumnya, tidak wujud sebarang kesan sampingan daripada keempat-empat prosedur penting ini.

Doktor akan menganalisis hasil pemeriksaan bagi menentukan implikasi, komplikasi serta kaedah rawatan dan ubatan yang mungkin pesakit perlukan.

Kebiasaannya, doktor akan memberikan pesakit antibiotik dalam usaha melawan infeksi yang ada pada luka di kaki pesakit. Andai sudah terlambat, mungkin prosedur pembedahan perlu dibuat.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The Diabetic Foot, https://idf.org/our-activities/care-prevention/diabetic-foot.html, Accessed Sep 26 2022.
  2. Diabetes Foot Complications, https://diabetes.org/diabetes/foot-complications, Accessed Sep 26 2022.
  3. Diabetes And Foot Problems, https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/complications/feet, Accessed Sep 26 2022.
  4. Diabetic foot care, https://www.foothealthfacts.org/conditions/diabetic-foot-care-guidelines, Accessed Sep 26 2022.
  5. Diabetes foot care, https://www.worlddiabetesfoundation.org/what-we-do/focus-areas/diabetes-foot-care, Accessed Sep 26 2022.

Versi Terbaru

12/10/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Carta Kencing Manis Untuk Pesakit Diabetes, Ini 3 Jenis Ujian Bantu Uruskan Diabetes!

Orang Sakit Diabetes Bukan Saja Kena Potong Kaki, Tapi Ada Masalah Kaki Lain Yang Lebih Kronik!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/10/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan