backup og meta

Maut Disebabkan Terkena Jangkitan Saluran Kencing? Tak Mustahil Terjadi Jika Alami Keadaan Ini...

Maut Disebabkan Terkena Jangkitan Saluran Kencing? Tak Mustahil Terjadi Jika Alami Keadaan Ini...

Bolehkah seseorang itu menemui maut hanya disebabkan oleh jangkitan saluran kencing? Jawapannya adalah ya jika ada tanda sepsis yang berlaku. Apa itu sepsis?

Sila lihat penerangan di bawah ini.

Tanya Roberts maut disebabkan jangkitan saluran kencing!

Baru-baru ini, seorang aktres, Tanya Roberts telah maut pada umur 65 tahun.

Puncanya adalah disebabkan oleh jangkitan saluran kencing atau ringkasnya disebut UTI (urinary tract infections).

Beliau merupakan seorang pelakon yang pernah membintangi beberapa filem terkenal termasuklah filem James Bond: A View to Kill pada tahun 1985.

Persoalannya, bagaimana seseorang itu boleh maut disebabkan oleh jangkitan saluran kencing?

Apa yang anda perlu tahu mengenai jangkitan saluran kencing

tanda sepsis

Saluran kencing merujuk kepada kesemua bahagian tubuh yang terlibat dengan sistem perkumuhan atau kencing.

Ini termasuklah buah pinggang, ureter, uretra dan pundi kencing.

Salah satu daripada organ-organ yang dinyatakan ini boleh dijangkiti dengan patogen, sebagai contoh bakteria.

Bakteria ini pula boleh menyebabkan keradangan pada saluran kencing apabila tubuh badan anda mula memberi tindak balas kepada jangkitan tersebut.

Biasanya, jangkitan saluran kencing boleh dirawat pada peringkat awal ia dikesan.

Bagi jangkitan bakteria, penggunaan antibiotik sudah mencukupi.

Namun, dalam beberapa kes, tubuh badan anda mungkin akan memberikan tindak balas yang sangat kuat kepada jangkitan yang berlaku.

Keadaan ini disebut sebagai sepsis.

Keadaan sepsis inilah yang boleh menyebabkan kematian yang berpunca daripada jangkitan saluran kencing. 

Apa itu sepsis?

Mesti anda ingin tahu apa itu sepsis. Sepsis ialah satu keadaan kecemasan perubatan yang disebabkan oleh tindak balas tubuh terhadap jangkitan.

Sepsis juga boleh mengancam nyawa. Sepsis berlaku disebabkan kesan keradangan pada seluruh tubuh.

Keradangan dan pembekuan darah yang berlaku ketika sepsis boleh menyebabkan aliran darah berkurangan ke bahagian tubuh dan organ badan yang penting.

Apabila hal ini berlaku, maka organ-organ penting boleh mengalami kegagalan berfungsi seterusnya menyebabkan kematian.

Sekarang anda sudah mengetahui apa itu sepsis. 

Siapakah yang berisiko untuk mendapat sepsis?

Sepsis boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun, golongan di bawah ini adalah mereka yang paling berisiko untuk mengalami sepsis.

Simptom atau tanda sepsis yang perlu anda perhatikan

apa itu sepsis

Terdapat beberapa tanda sepsis yang boleh berlaku mengikut peringkat.

Ada beberapa tanda sepsis yang biasa berlaku. Tanda ini termasuklah tanda sepsis biasa, tanda sepsis teruk atau parah, dan tanda kejutan septik:

Tanda sepsis biasa:

  • Mengalami demam yang melebihi 36 darjah Celsius 
  • Kadar denyutan jantung yang melebihi 90 degupan setiap minit
  • Bernafas lebih daripada 20 pernafasan setiap minit
  • Kemungkinan berlakunya jangkitan atau jangkitan yang telah disahkan

Tanda sepsis teruk atau parah

Tanda sepsis teruk berlaku apabila terdapat organ yang gagal berfungsi. Antara tanda sepsis teruk adalah seperti berikut:

  • Terdapat tompok pada kulit
  • Pengeluaran air kencing yang berkurangan
  • Perubahan pada keupayaan mental
  • Platelet yang berkurangan
  • Mengalami masalah untuk bernafas
  • Degupan jantung yang tidak normal
  • Berasa sejuk kerana penurunan suhu tubuh
  • Tidak sedarkan diri
  • Berasa lemah yang terlampau

Tanda kejutan septik

Tanda kejutan septik adalah sama dengan tanda sepsis teruk, dengan tambahan tekanan darah yang rendah. 

Bilakah perlu berjumpa doktor?

Biasanya, sepsis atau tanda sepsis berlaku ketika seseorang pesakit itu sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Mereka yang berada di Unit Rawatan Rapi lebih terdedah untuk mengalami jangkitan yang kemudiannya menyebabkan sepsis.

Sekiranya anda mendapati simptom atau tanda sepsis berlaku selepas anda pulang dari hospital, segera hubungi ambulans atau terus ke unit kecemasan hospital.

Kesimpulan

Jangkitan saluran kencing biasanya tidak menyebabkan maut. Namun, sekiranya sepsis berlaku disebabkan jangkitan seperti ini, ia boleh mengancam nyawa.

Apatah lagi jika ia berlaku kepada golongan berisiko yang telah dinyatakan sebelum ini.

Oleh itu, jika anda mengalami sebarang jangkitan saluran kencing, jangan berasa malu untuk mendapatkan rawatan sepantas mungkin. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Urinary Tract Infections

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12361-sepsis

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sepsis/symptoms-causes/syc-20351214

https://www.cdc.gov/sepsis/pdfs/life-after-sepsis-fact-sheet.pdf

https://www.cdc.gov/sepsis/index.html?CDC_AA_refVal=https%3A%2F%2Fwww.cdc.gov%2Fsepsis%2Fbasic%2Findex.html

Versi Terbaru

22/04/2021

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Rasa Pedih Ketika Kencing Selepas Seks? Mungkin Anda Terkena Jangkitan Saluran Kencing

Pembunuh Senyap, Jutaan Penduduk Dunia Maut Angkara Keracunan Darah! Jaga-jaga Penyakit Sepsis


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 22/04/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan