Antara komplikasi kencing manis adalah nefropati diabetes. Semak artikel ini bagi mengetahui lebih mendalam mengenai keadaan tersebut.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Chooi Kheng Chiew · Endokrinologi · Hello Health Group
Antara komplikasi kencing manis adalah nefropati diabetes. Semak artikel ini bagi mengetahui lebih mendalam mengenai keadaan tersebut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis sila dapatkannya di sini.
Nefropati bermaksud penyakit atau kerosakan buah pinggang. Nefropati diabetes adalah kerosakan kepada buah pinggang yang disebabkan oleh diabetes.
Dalam kes yang teruk, ia boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang. Namun tidaklah semua orang yang menghidap diabetes mempunyai kerosakan buah pinggang.
Didapati seramai sehingga 40 peratus daripada orang yang menghidap diabetes akhirnya mengalami penyakit buah pinggang. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tanda-tanda umum bagi nefropati diabetes adalah:
Pada peringkat awal nefropati diabetes, anda mungkin tidak dapat melihat sebarang tanda atau gejala.
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Buah pinggang mempunyai banyak saluran darah kecil yang menyaring sisa dari darah anda. Gula darah tinggi dari kencing manis boleh memusnahkan saluran darah ini.
Lama kelamaan, buah pinggang tidak dapat melakukan pekerjaannya juga. Kemudian ia mungkin berhenti bekerja sepenuhnya. Ini dipanggil kegagalan buah pinggang.
Terdapat banyak faktor risiko bagi nefropati diabetes, seperti:
Baca juga:
https://wp.hellodoktor.com/kencing-manis/diabetes-jenis-dua/tanda-awal-kencing-manis/
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor anda akan bertanya tentang tanda dan gejala anda, melakukan pemeriksaan fizikal, dan bertanya tentang sejarah perubatan anda. Dia boleh merujuk anda ke pakar ginjal (nefrologist) atau pakar diabetes (endocrinologist).
Untuk menentukan sama ada anda mempunyai penyakit ginjal diabetes, anda mungkin memerlukan ujian dan prosedur tertentu, seperti:
Rawatan utama adalah ubat untuk menurunkan tekanan darah anda, serta mencegah atau melambatkan kerosakan pada buah pinggang anda. Ubat-ubatan ini termasuk:
Kerana kerosakan pada buah pinggang semakin buruk, tekanan darah anda meningkat. Tahap kolesterol dan trigliserida juga meningkat. Anda mungkin perlu mengambil lebih daripada satu ubat untuk merawat komplikasi ini.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani nefropati diabetes:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen