Tahukah anda, kesan kencing manis ini adalah secara menyeluruh? Ia bukan sahaja dari aspek bagaimana badan menjalankan fungsi dan peranannya, tetapi ia juga memberi impak kepada emosi, fizikal dan gaya kehidupan seseorang pesakit.
Moga perkongsian kali ini dapat membantu anda untuk memahami dengan lebih mendalam impak kencing manis dalam kehidupan seseorang individu.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.
Komplikasi kesan kencing manis jangka panjang
Penyakit kencing manis atau turut dikenali sebagai diabetes ini bukan sahaja dihidapi oleh golongan yang berusia, malah saban tahun ia semakin menular tanpa mengira usia dan jantina termasuk kanak-kanak dan remaja.
Kencing manis secara ringkasnya merupakan satu masalah kesihatan yang berkaitan dengan kadar gula dalam darah yang tinggi.
Ia adalah satu keadaan yang mengganggu dan merosakkan keupayaan badan untuk memproses glukosa darah atau dikenali sebagai gula dalam darah.
Jika ia dibiarkan secara berterusan, tanpa sebarang kawalan dan penjagaan yang lebih baik, ia boleh menyebabkan kesan kesihatan jangka masa panjang seperti:
- Merosakkan saluran darah besar pada jantung, otak dan kaki (komplikasi maskovaskular)
- Merosakkan saluran darah kecil, yang boleh menyebabkan masalah pada mata, buah pinggang, kaki dan saraf (komplikasi mikrovaskular)
Bahagian badan yang lain juga berisiko untuk mengalami impak daripada kesan kencing manis, termasuklah sistem pencernaan, kulit, organ seksual, gigi dan gusi serta sistem imunisasi.
Berikut adalah beberapa komplikasi yang boleh berlaku:
1. Penyakit kardiovaskular
Penyakit kardiovaskular merupakan kesan kencing manis, termasuklah penyakit pada saluran darah, serangan jantung dan angin ahmar (strok).
Risiko penyakit kardiovaskular akan menjadi lebih besar bagi individu yang menghidap kencing manis, yang sering mengalami masalah peningkatan kadar kolesterol dan tekanan darah.
Tabiat merokok, mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kardiovaskular dan tidak menjalani kehidupan yang aktif juga meningkatkan risiko penyakit dalam diri anda.
Untuk mengurangkan risiko dan mendapatkan pengesanan untuk sebarang masalah pada peringkat awal, pastikan anda:
- Melakukan pemeriksaan tekanan darah bagi setiap 6 bulan atau lebih kerap sekiranya anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi atau mengambil sebarang ubat-ubatan untuk menurunkan tekanan darah anda.
- Menjalani pemeriksaan HbA1c sekurang-kurangnya setahun sekali atau 3 hingga 6 bulan sekali, mengikut saranan doktor.
- Melakukan pemeriksaan kolesterol setiap tahun. Ujian patologi lanjut seperti elektrokardiogram (ECG) atau ujian tekanan senaman juga boleh disyorkan oleh doktor anda.
Kesan kencing manis #2. Penyakit mata
Antara masalah berkaitan dengan mata dan impak diabetes yang boleh berlaku adalah seperti:
#Retinopati
Dengan keadaan mata seperti ini, saluran darah pada retina menjadi rosak yang akhirnya memberikan kesan kepada tahap penglihatan anda.
Retinopati wujud dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, biasanya wujud simptom, jadi melakukan pemeriksaan mata bagi kencing manis adalah penting untuk pengesanan peringkat awal.
Pemeriksaan mata biasa dapat membantu mengesan sebarang perubahan dan membolehkan rawatan awal yang diperlukan dapat dilakukan untuk menghindari kerosakan yang lebih kronik.
#Edema makular
Makula merupakan sebahagian daripada retina dan ia membantu anda untuk melihat sesuatu objek dengan lebih jelas. Pembengkakan pada kawasan ini boleh berlaku apabila saluran darah pada retina rosak dan menyebabkan wujudnya bendalir.
Edema makular cenderung menyebabkan makula menjadi rosak dan penglihatan menjadi kabur. Terdapat rawatan untuk mengatasi masalah ini. Pengesanan awal adalah amat penting.
Baca juga: