1. ARMD
Masalah mata ARMD tidak menyakitkan, tetapi mungkin bertambah teruk secara perlahan atau cepat.
ARMD kering boleh mempengaruhi penglihatan pusat dalam beberapa tahun. ARMD basah pula boleh menyebabkan perubahan secara tiba-tiba.
Segera berjumpa doktor mata sekiranya anda mengesan:
- Garisan lurus kelihatan bergelombang – simptom ARMD basah
- Penglihatan pusat kabur – simptom ARMD kering paling biasa
- Kesukaran melihat pada jarak jauh
- Kesukaran melihat perincian seperti wajah atau perkataan pada buku
- Wujud tompok gelap atau ‘kosong’ menyekat penglihatan pusat
2. Katarak
Gejala katarak yang paling biasa seperti:
- Pandangan kabur atau berselaput
- Warna ‘pudar’
- Peningkatan silau atau lingkaran cahaya daripada lampu atau cahaya matahari
- Penglihatan waktu malam lemah
- Penglihatan berganda pada mata dengan katarak
- Perubahan preskripsi cermin mata atau kanta sentuh yang kerap
3. Retinopati diabetes
Gejala awal masalah mata ini mungkin tidak dikesan untuk tempoh tertentu.
Sekiranya didiagnosis menghidap diabetes, lakukan pemeriksaan mata lengkap secara berkala dengan doktor mata.