Bagi pesakit kencing manis normal, biasa bagi mereka untuk alami kepenatan akibat rutin rawatan diabetes yang memerlukan komitmen jangka masa panjang.
Mereka perlu peka terhadap paras gula dalam darah dan memberikan perhatian terhadap aspek pemakanan harian.
Ia bagi memastikan proses patologi penyakit terkawal dan tidak menyebabkan berlakunya komplikasi yang boleh mengancam nyawa.
Walaupun rawatan kencing manis semakin maju, namun tidak pelik bagi penghidap penyakit kronik seperti diabetes untuk mengalami kepenatan atau burnout.
Ia berikutan, keadaan kesihatan yang seumpama ini memerlukan komitmen dan tahap disiplin yang tinggi.
Artikel ini akan menerangkan perihal isu kepenatan komitmen bagi penyakit kencing manis dan tip untuk mengatasinya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini
Stres berkaitan dengan pengurusan kencing manis
Seperti masalah kesihatan kronik lain, pesakit kencing manis perlu memantau keadaan diri mereka setiap hari.
Bagi pesakit kencing manis normal, biasa bagi mereka untuk memeriksa gula dalam darah beberapa kali sehari.
Mereka juga perlu lebih peka terhadap apa yang mereka makan, dos ubat, jumlah senaman yang mereka lakukan dan jika terdapat simptom komplikasi bagi masalah kronik.
Apa yang lebih teruk lagi, keadaan pandemik seperti wabak virus korona baharu (COVID-19) menyukarkan lagi pengurusan kencing manis.
Pesakit diabetes lebih berisiko untuk mendapat komplikasi kesihatan akibat jangkitan COVID-19 berbanding dengan populasi umum.
Perkara ini telah disahkan melalui kajian dan ditekankan oleh autoriti kesihatan seperti Pusat Kawalan Pencegahan dan Penyakit Berjangkit (CDC).
Bukan itu sahaja, kepenatan rutin yang dialami oleh pesakit ditambah dengan tekanan yang berlaku sepanjang wabak boleh menyebabkan kesihatan mental mereka turut terjejas.
Seperti apa yang dibuktikan melalui kajian yang diterbitkan pada September 2020, kawalan terhadap ketakutan COVID-19 (koronafobia) penting bagi memastikan pesakit kencing manis tidak kepenatan untuk melaksanakan pantauan harian mereka.
Ramai yang tahu, amalan gaya hidup sihat penting dalam memastikan paras gula dalam darah sentiasa terkawal untuk pesakit kencing manis normal
Namun, ia bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya bagi pesakit kencing manis yang kebiasaannya obes (diabetes jenis 2), menyukarkan mereka untuk mematuhi disiplin pemakanan dan senaman yang diajukan oleh doktor.
Tip atasi kepenatan dalam pengurusan kencing manis
Bagi pesakit kencing manis normal, mereka akan berasa letih dengan rutin rawatan yang berulang-ulang.
Meskipun mereka sedar akan kepentingan protokol rawatan tersebut, tidak dapat dinafikan bahawa kekuatan mental dan motivasi pesakit turut menyumbang kepada kecenderungan untuk patuh kepada rejimen rawatan.
Pesakit boleh berasa tertekan dengan kawalan pemakanan yang perlu dilaksanakan bagi mencapai kawalan gula dalam darah yang ideal.
Ditambah lagi dengan risiko mereka untuk mendapat masalah kemurungan, ia merupakan keadaan yang tidak boleh dipandang ringan.
Bagi meminimumkan kesan rasa penat pesakit kencing manis normal terhadap pelaksanaan rutin rawatan pesakit, Program Pendidikan Diabetes yang dianjurkan oleh CDC menyarankan beberapa tip untuk mengatasinya seperti:
- Ambil masa beberapa minit sehari untuk melakukan aktiviti kegemaran, bermeditasi atau mengamalkan teknik pernafasan dalaman yang betul.
- Simpan jurnal luahan jika anda sering berasa tertekan. Sebagai pesakit yang menghidap kencing manis, bukan sahaja rekod pemakanan dan paras glukosa, malah isu yang mengganggu tahap kestabilan mental anda juga penting.
- Belajar untuk menguruskan rutin rawatan anda dengan lebih efisien secara perlahan-lahan. Jangan kecewa jika anda gagal menunaikan kesemua rutin anda pada awal pelaksanaan rawatan. Biar lambat, asal selamat.
Selain daripada apa yang tersenarai di atas, pesakit kencing manis juga perlu sentiasa memaklumkan perkembangan semasa kepada doktor dan pendidik diabetes.
Dengan kata lain, mereka perlu patuh dengan janji temu supaya pengurus kesihatan tahu keadaan semasa dan boleh melakukan perubahan jika perlu.
Jika anda ingin mengambil sebarang suplemen, rujukan kepada golongan profesional ini juga penting.
Konklusi
Jika anda menghidap masalah kencing manis normal, anda akan berasa penat dengan rutin yang perlu anda laksanakan setiap hari.
Namun, perkara tersebut tidak seharusnya dijadikan alasan untuk anda menguruskan keadaan kesihatan kronik yang anda hidapi secara sambil lewa.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan dengan pengurusan dan rawatan penyakit kencing manis, rujuk kepada doktor perubatan yang bertauliah.
[embed-health-tool-bmi]