Apabila anda kerap meminum air kosong, anda boleh mengelakkan pengambilan minuman bergula yang tinggi kalori.
Budaya meminum air kosong bagi menggantikan minuman manis boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat diabetes.
Cara mencegah penyakit kencing manis 5: Ambil sumber makanan bijirin penuh
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa bijirin penuh membantu mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes.
Bijirin penuh boleh mengawal paras gula darah dalam tubuh badan anda.
Anda mungkin mahu bertukar kepada pilihan makanan yang diperbuat daripada jenis bijirin penuh.
Cari sahaja roti, pasta atau bijirin sarapan yang tertera perkataan ‘bijirin penuh’ atau ‘whole’ pada pembungkusnya.
Cara mencegah penyakit kencing manis 6: Amalkan pemakanan rendah karbohidrat

Karbohidrat dalam makanan akan bertukar menjadi gula sewaktu dicerna dalam tubuh.
Sekiranya anda banyak mengambil sumber karbohidrat, maka paras gula darah anda juga akan menjadi tinggi.
Oleh itu, amalkan diet atau pemakanan yang rendah kandungan karbohidrat.
Sebagai contoh, jika anda makan nasi pada waktu tengah hari, hanya ambil satu senduk atau dengan saiz segenggam tangan anda sahaja.
Banyakkan mengambil sumber protein dan sayur-sayuran dalam pemakanan anda.
Cara mencegah penyakit kencing manis 7: Turunkan berat badan anda
Cara ini mungkin agak sukar untuk dilakukan kerana ia memerlukan kesabaran, ketabahan dan keazaman yang tinggi.
Namun, jika anda berjaya menurunkan berat badan sedikit demi sedikit, risiko anda untuk mendapat kencing manis juga akan semakin berkurangan.
Penurunan berat badan bukan hanya mengurangkan risiko diabetes, tetapi juga penyakit-penyakit kronik yang lain.
Cara yang paling mudah untuk menurunkan berat badan anda adalah dengan kerap bersenam dalam tempoh sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Jika anda konsisten melakukan senaman setiap hari, berat badan anda pasti akan berkurangan dengan lebih banyak.
Kesimpulan
Jika anda menganggap cara mencegah diabetes ini sukar untuk dilakukan, ketahuilah bahawa menguruskan keadaan diabetes adalah lebih sukar.
Oleh itu, lakukan langkah pencegahan ini bermula sekarang agar anda tidak menjadi mangsa diabetes yang seterusnya.
Kongsikan maklumat ini bersama ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain jika anda rasa ia bermanfaat buat mereka.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen