Diabetes jenis 2 merupakan bentuk diabetes yang lebih ringan berbanding daripada diabetes jenis 1. Namun begitu, diabetes jenis 2 masih boleh menyebabkan komplikasi kesihatan utama, terutamanya di dalam saluran darah terkecil dalam badan yang berkaitan dengan fungsi buah pinggang, saraf, dan mata. Diabetes jenis 2 juga boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.
Bagi diabetes jenis 2 pula, pankreas biasanya menghasilkan beberapa insulin. Walau bagaimanapun, sama ada jumlah insulin yang dihasilkan tidak mencukupi untuk keperluan tubuh, atau sifat sel-sel tubuh yang rintang terhadapnya. Rintangan terhadap insulin, atau kekurangan sensitiviti terhadap insulin, berlaku terutamanya dalam sel lemak, hati, dan sel otot tubuh badan.
Individu yang obes adalah individu yang mempunyai lebih daripada 20% daripada berat badan mereka yang ideal dengan ketinggian mereka. Mereka ini berisiko tinggi untuk mendapat diabetes jenis 2 dan masalah perubatan yang berkaitan. Individu yang obes mempunyai kerintangan terhadap insulin, dan disebabkan oleh hal ini, pankreas perlu bekerja dengan keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin. Walau bagaimanapun, tidak terdapat insulin yang mencukupi untuk memastikan tahap gula berada pada tahap yang normal dalam darah.
Tiada ubat untuk diabetes jenis ini. Diabetes jenis 2 boleh dikawal dengan pengurusan berat badan, pemakanan, dan senaman. Malangnya, diabetes jenis 2 cenderung berkembang, dan ubat diabetes sering diperlukan.
Ujian A1C adalah ujian darah yang menganggarkan kadar glukosa purata dalam darah anda selama tiga bulan sebelumnya. Ujian A1C secara berkala boleh diaplikasikan untuk melihat bagaimana pelan diet, aktiviti senaman, dan ubat-ubatan berfungsi untuk mengawal gula darah dan mencegah kerosakan organ. Ujian A1C biasanya dilakukan beberapa kali dalam setahun.
Penyakit kencing manis semasa mengandung (gestational diabetes)
Diabetes yang disebabkan oleh kehamilan dipanggil sebagai diabetes gestasi. Ia sering didiagnosis semasa pertengahan atau lewat kehamilan. Disebabkan oleh tahap gula darah yang tinggi melalui peredaran melalui plasenta kepada bayi, diabetes jenis ini harus dikawal untuk melindungi pertumbuhan dan perkembangan bayi. Diabetes kehamilan biasanya akan selesai selepas tamat tempoh kehamilan. Walau bagaimanapun, dengan mengalami diabetes kehamilan, juga akan meletakkan ibu yang berisiko untuk mendapat diabetes jenis 2 pada masa akan datang. Peratusannya boleh mencapai sehingga 10% bagi wanita yang mempunyai diabetes kehamilan untuk mempunyai diabetes jenis 2.
Sekiranya seseorang ibu mengandung mempunyai diabetes kehamilan, risikonya terhadap bayi yang belum lahir adalah lebih tinggi berbanding risikonya terhadap ibu mengandung. Risiko yang mungkin berlaku kepada bayi termasuklah berat badan yang tidak normal sebelum kelahiran, masalah pernafasan semasa kelahiran, dan obesiti serta risiko diabetes yang lebih tinggi di kemudian hari. Risiko kepada ibu mengandung pula termasuklah memerlukan pembedahan cesarean memandangkan saiz bayi yang terlalu besar, dan juga kerosakan pada jantung, buah pinggang, saraf dan juga mata.
Bagi ibu mengandung, berbincanglah dengan doktor bagi mendapatkan nasihat rawatan yang bersesuaian dengan keadaan tubuh. Rawatan yang diperlukan semasa mengandung bagi ibu mengandung termasuklah:
- Rancangan pemakanan yang perlu dipantau untuk memastikan nutrien kehamilan yang mencukupi tanpa lemak dan kalori yang berlebihan
- Senaman harian
- Mengawal kenaikan berat badan akibat kehamilan
- Mengambil insulin diabetes untuk mengawal tahap gula darah jika diperlukan
Jenis penyakit kencing manis yang lain
Terdapat beberapa jenis diabetes yang jarang berlaku yang terjadi akibat daripada masalah kesihatan tertentu. Sebagai contoh, penyakit penkreas, sesetengah pembedahan dan ubatan atau jangkitan boleh menyebabkan penyakit kencing manis. Walau bagaimanapun, jenis-jenis penyakit kencing manis ini hanya berlaku dengan peratusan yang sangat rendah iaitu sekitar 1% hingga 5% bagi keseluruhan kes diabetes yang berlaku.
Bagaimanakah masalah insulin boleh terjadi?

Doktor tidak mengetahui punca-punca sebenar yang menyebabkan diabetes jenis 1 terjadi. Bagi diabetes jenis 2 yang juga dikenali sebagai rintangan insulin mempunyai sebab yang lebih jelas. Insulin membolehkan glukosa daripada sumber makanan seseorang untuk mengakses sel-sel dalam badan mereka bagi tujuan membekalkan tenaga. Rintangan insulin biasanya disebabkan oleh kitaran berikut:
- Seseorang individu mempunyai gen atau persekitaran yang membuatnya lebih berkemungkinan untuk tidak dapat membuat insulin yang mencukupi untuk menampung jumlah glukosa yang telah mereka ambil atau makan.
- Tubuh cuba untuk membuat insulin tambahan untuk memproses glukosa darah yang berlebihan.
- Pankreas tidak dapat memenuhi tuntutan yang meningkat, dan gula yang berlebihan mula beredar dalam aliran darah yang akhirnya menyebabkan kerosakan.
- Dari masa ke masa, insulin menjadi kurang berkesan untuk memberikan akses glukosa ke dalam sel. Pada tahap ini, tahap gula darah terus meningkat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen