- Lakukan beberapa aktiviti yang boleh memberikan ketenangan kepada anda setiap hari. Antara yang boleh anda lakukan adalah dengan membaca buku, berkebun, menonton filem atau sebarang perkara lain yang anda gemari
- Kerap bersenam dan bersukan
- Ketawa, kerana ketawa boleh membantu anda mengurangkan stres atau tekanan yang dialami
- Dapatkan rehat yang mencukupi. Tubuh badan anda memerlukan rehat seperti tidur yang mencukupi
Penjagaan diri 4: Penjagaan mulut

Bagi pesakit diabetes, menjaga kesihatan mulut dan gigi sememangnya amatlah penting.
Anda perlu memberus gigi selepas bersarapan dan sebelum tidur setiap hari.
Sekiranya terdapat kaviti atau warna hitam pada gigi, segeralah berjumpa dengan doktor gigi bagi melakukan pemeriksaan.
Begitu juga jika terdapat pendarahan pada gusi anda. Antara tip penjagaan kesihatan mulut yang boleh diikuti ialah:
- Kawal paras gula darah anda sentiasa
- Berus dan flos gigi anda setiap hari. Gunakan berus gigi yang mempunyai berus yang lembut
- Beritahu doktor anda bahawa anda mempunyai penyakit diabetes dan dapatkan nasihat berkenaan penjagaan gigi yang tepat
Penjagaan diri 5: Penjagaan kaki
Kerosakan saraf, penyempitan saluran darah, paras gula tinggi dan juga jangkitan boleh menyebabkan masalah pada kaki yang serius.
Antara masalah pada kaki yang sering dialami oleh pesakit diabetes ialah ulser, luka yang lambat sembuh, jangkitan yang merebak, dan gangren sehingga boleh menyebabkan amputasi pada kaki.
Berikut adalah tip penjagaan kaki yang perlu anda ikuti:
- Periksa kaki anda (atas, bawah dan antara jari kaki) setiap hari untuk memastikan kewujudan calar, retak, luka dan juga kelepuhan
- Basuh kaki anda setiap hari dengan menggunakan air suam, dan keringkan secara berhati-hati menggunakan tuala lembut
- Sebelum mencuci kaki, periksa suhu air dengan siku anda (air yang terlalu panas boleh mencederakan kaki anda)
- Sapukan lapisan pelincir nipis (minyak, losyen atau krim) jika kulit anda mempunyai kecenderungan untuk mengalami kekeringan (tetapi jangan meletakkannya di antara jari kaki anda)
- Sentiasa pastikan kaki anda sentiasa kering
- Potong kuku jari kaki selepas mencuci kaki
- Pakai kasut yang sesuai
- Pakai kasut dan stoking sepanjang masa (stoking kapas atau bulu adalah yang terbaik)
- Tukar kasut dengan kerap
- Jangan memakai stoking basah dan kotor
- Periksa kasut anda, di dalam dan di luar, sebelum memakainya
- Pastikan kaki anda diperiksa oleh pekerja kesihatan setiap kali anda berjumpa dengan doktor
Kesimpulan
5 perkara di atas ini adalah perkara-perkara atau aktiviti penjagaan diri yang mesti dilakukan oleh pesakit diabetes.
Dengan cara ini, ia boleh membantu anda mengawal penyakit diabetes yang dialami, seterusnya mengurangkan komplikasi kesihatan lain yang berisiko untuk berlaku.