backup og meta

Benarkah Gatal Kemaluan Tanda Kencing Manis? 9 Penyakit Ini Juga Punca Kegatalan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/02/2023

    Benarkah Gatal Kemaluan Tanda Kencing Manis? 9 Penyakit Ini Juga Punca Kegatalan!

    Diabetes itu boleh hadir dengan banyak simptom dan gejala termasuk kegatalan pada kulit anda. Persoalannya, benarkah jika gatal kemaluan tanda kencing manis juga?

    Kalau bukan akibat kencing manis, sebenarnya turut wujud sebab lain kemaluan anda jadi gatal. Jika ingin tahu dengan lebih lanjut lagi tentangnya, terus sorot dan baca!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

    Apa kaitan kondisi diabetes dengan kulit?

    Diabetes melitus adalah penyakit yang akan terjadi apabila kadar gula dalam darah terlalu tinggi. Tanpa anda sedar, perubahan glukosa ini akan beri kesan kepada kulit.

    Ini kerana tahap glukosa yang terlalu tinggi di dalam tubuh badan mampu untuk mempengaruhi sistem saraf anda. Kesannya, lebih banyak zat jenis sitokin akan terhasil.

    Untuk pengetahuan anda semua, sitokin itu adalah sejenis hormon yang boleh jadi punca kulit mengalami kerengsaan atau keradangan jika ia keluar dengan berlebihan.

    Reaksi tubuh badan terhadap sitokin yang terlalu banyak ini pula seterusnya akan menyebabkan kulit pesakit diabetes itu cenderung untuk jadi kering, kasar serta gatal.

    gatal kemaluan tanda kencing manis

    Selain itu juga, penderita kencing manis akan lebih tinggi risiko untuk mengalami dehidrasi atau komplikasi seperti neuropati otonom yang turut akan beri kesan sama.

    Kenapa alat sulit anda juga boleh terjejas?

    Selain daripada punca yang kami berikan di atas tadi, alat sulit anda juga boleh terjejas angkara kencing manis dengan cara lain. Namun, ia masih ada kaitan dengan diabetes.

    Apabila kadar gula dalam darah anda itu tinggi, maka tubuh badan anda akan jadi lingkungan yang ideal untuk pertumbuhan bakteria terutama pada kawasan alat sulit.

    Ini kerana diabetes boleh mempengaruhi air kencing di mana ia akan memiliki kandungan glukosa yang tinggi lantas menjadikan alat sulit sebagai habitat yang sesuai untuk bakteria.

    Dalam pada itu, perubahan tahap pH pada kemaluan juga mungkin akan mempengaruhi kondisi diabetes anda.

    Akibatnya, individu bukan sahaja akan gatal kemaluan tanda kencing manis, malah turut wujud komplikasi lain seperti rasa pedih, sakit dan ada sensasi kulit terbakar.

    Konklusinya, mungkin memang benar bahawa gatal kemaluan tanda kencing manis. Pun begitu, anda perlu rujuk perkara ini dengan doktor untuk diagnosis lebih tepat.

    gatal kemaluan tanda kencing manis

    Punca lain jika bukan gatal kemaluan tanda kencing manis

    Selain kencing manis, turut wujud sebab lain yang mungkin jadi dalang kegatalan pada kemaluan. Berikut adalah kondisi lain yang akan buat anda penat menggaru alat sulit:

    Bukan itu sahaja, kawasan faraj atau zakar anda juga boleh mengalami kegatalan jika kurang peka dengan aspek kebersihan. Sebenarnya, ini adalah punca paling utama.

    Jadi, sila lebih kerap basuh dan cuci kemaluan, potong bulu yang panjang, pakai seluar dalam yang sesuai serta sentiasa tegah diri anda daripada melakukan seks yang tidak selamat.

    Kawal diabetes untuk elak alat sulit gatal!

    Ingat, gatal kemaluan tanda kencing manis itu bukan satu mitos namun fakta yang tiada sangkalnya! Jadi, adalah sangat penting untuk anda kawal diabetes dengan lebih baik.

    Bagaimana? Sebenarnya tidak sukar kerana anda hanya perlu ikut langkah-langkah yang berikut:

    gatal kemaluan tanda kencing manis

    Pantau kadar gula dalam darah

    Pertama, anda harus sentiasa pantau kadar gula dalam darah anda di rumah dengan bantuan alatan glukometer. Pastikan anda tahu cara menggunakannya dengan betul dan tepat.

    Amalkan diet yang sihat

    Sebagai pesakit kencing manis, gula, karbo dan lemak sudah tentu menjadi musuh ketat anda. Sebaliknya, banyakkan ambil serat untuk kawal kadar penyerapan gula dalam darah.

    Lakukan rutin aktiviti fizikal

    Ia bukan sahaja akan bantu anda menurunkan berat badan malahan juga meningkatkan kepekaan dan keberkesanan insulin. Dengannya, diabetes akan lebih mudah dikawal.

    Minum air dengan cukup

    Minum air kosong dengan cukup akan dapat membantu anda mengawal paras glukosa di samping mengelakkan dehidrasi – salah satu punca kegatalan pada kemaluan.

    Kawal stres dengan baik

    Stres atau tekanan boleh beri kesan buruk kepada kadar gula dalam darah akibat hormon glukagon dan kortisol yang dirembeskan di saat tubuh badan sedang tertekan.

    Sekiranya kondisi gatal kemaluan tanda kencing manis anda itu berlanjutan atau berpanjangan dan tidak kunjung sembuh, dapatkan info dan nasihat daripada doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan