backup og meta

Selain Jaga Pemakanan, 10 Cara Ini Berkesan Turunkan Bacaan Gula Darah!

Selain Jaga Pemakanan, 10 Cara Ini Berkesan Turunkan Bacaan Gula Darah!

Sebenarnya, tidak susah pun kalau hendak turunkan bacaan gula dalam darah untuk mengawal diabetes jenis 2 yang dialami. Ini kami kongsikan artikel mengenai 10 cara turunkan gula dalam darah yang boleh dilakukan. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

#1. Cara turunkan gula dalam darah: Kerap bersenam

Bersenam dengan kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekaan insulin terhadap bacaan gula normal mengikut umur.

Apabila kepekaan insulin meningkat, bermakna sel akan menggunakan gula yang ada di aliran darah anda dengan lebih baik.

Senaman juga membantu otot anda menggunakan gula darah untuk tenaga dan pengecutan otot.

#2. Kawal pengambilan karbohidrat

bacaan gula dalam darah
Roti adalah contoh sumber karbohidrat yang boleh meningkatkan gula darah.

Tubuh anda memecahkan karbohidrat menjadi gula (kebanyakannya glukosa), dan kemudian insulin akan memindahkan gula ke dalam sel.

Apabila anda mengambil terlalu banyak karbohidrat atau mempunyai masalah dengan fungsi insulin, proses ini akan gagal dan kadar glukosa darah meningkat.

Persatuan Diabetes Amerika (ADA) mengesyorkan untuk mengawal pengambilan karbo dengan mengira karbohidrat atau menggunakan sistem pertukaran makanan.

Beberapa kajian mendapati bahawa kaedah ini juga dapat membantu anda merancang makanan dengan tepat, yang dapat mengawal paras gula darah.

#3. Tingkatkan pengambilan serat

Serat boleh melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan bacaan gula normal mengikut umur.

Disebabkan hal ini, serat berperanan meningkatkan kadar gula dalam darah secara beransur-ansur.

Terdapat dua jenis serat iaitu serat tidak larut dan larut.

Walaupun kedua-duanya penting, serat larut secara khusus terbukti dapat menurunkan kadar gula dalam darah.

Makanan yang tinggi serat termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan biji-bijian.

#4. Bacaan gula dalam darah berkurangan jika minum banyak air

Minum air secukupnya dapat membantu menjaga paras gula darah anda dalam had yang sihat.

Selain mencegah dehidrasi, ia juga membantu buah pinggang anda untuk membuang lebih banyak gula dalam darah melalui air kencing.

Satu kajian pemerhatian menunjukkan bahawa mereka yang minum lebih banyak air mempunyai risiko yang lebih rendah untuk memiliki kadar gula darah yang tinggi.

#5. Kawal saiz hidangan anda untuk turunkan bacaan gula dalam darah

Pengawalan saiz hidangan boleh membantu mengatur pengambilan kalori dan boleh menyebabkan penurunan berat badan.

Oleh itu, mengawal berat badan anda akan menyebabkan kadar gula darah yang sihat dan terbukti dapat mengurangkan risiko menghidap diabetes jenis 2.

Mengawal saiz hidangan anda juga boleh membantu mengurangkan pengambilan kalori dan peningkatan bacaan gula kencing manis secara mendadak.

#6. Ambil makanan rendah indeks glisemik (GI)

bacaan gula normal mengikut umur
Lobak adalah antara makanan yang sangat bagus untuk pesakit diabetes.

Indeks glisemik telah dibangunkan bagi menilai tindak balas gula darah tubuh terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat.

Jumlah dan jenis karbohidrat menentukan bagaimana makanan mempengaruhi tahap gula dalam darah.

Makan makanan yang rendah indeks glisemik telah terbukti dapat mengurangkan paras gula dalam darah untuk jangka panjang pada pesakit diabetes jenis 1 dan 2.

#7. Kawal stres yang dialami juga boleh turunkan bacaan gula dalam darah

Tekanan atau stres juga boleh mempengaruhi kadar gula darah anda.

Hormon seperti glukagon dan kortisol akan dikeluarkan semasa anda mengalami tekanan.

Hormon ini menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat.

Satu kajian menunjukkan bahawa senaman, relaksasi dan meditasi boleh mengurangkan tekanan dan menurunkan kadar gula darah dalam kalangan pelajar.

#8. Perhatikan paras gula darah anda sebagai cara turunkan gula dalam darah

Mengukur dan memantau tahap glukosa darah juga dapat membantu anda mengawalnya.

Contohnya, dengan menjejaki paras gula darah boleh membantu menentukan sama ada anda perlu membuat penyesuaian dalam makanan atau ubat-ubatan.

Ia juga akan membantu anda mengetahui bagaimana reaksi badan terhadap makanan tertentu.

#9. Dapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti untuk turunkan bacaan gula dalam darah

Tidur yang mencukupi amat diperlukan untuk kesihatan yang baik.

Tabiat tidur yang buruk dan kurang rehat juga boleh mempengaruhi bacaan gula dalam darah dan kepekaan insulin.

Tabiat ini dapat menambah selera makan sekali gus meningkatkan berat badan anda.

Kurang tidur boleh mengurangkan pembebasan hormon pertumbuhan dan meningkatkan hormon kortisol iaitu hormon stres.

Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam kawalan gula darah.

#10. Ambil makanan yang kaya dengan kromium dan magnesium

tanda kencing manis
Antara kesan buruk diabetes pada badan anda.

Tahap gula darah yang tinggi serta penyakit diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien.

Contohnya:

  • kekurangan mineral kromium
  • magnesium

Kromium terlibat dalam metabolisme karbohidrat dan lemak.

Ia juga membantu mengawal kadar gula dalam darah, dan kekurangan kromium boleh menyebabkan anda tidak toleran terhadap karbohidrat.

Dua kajian melibatkan pesakit diabetes menunjukkan bahawa kromium mempunyai manfaat untuk kawalan bacaan gula darah jangka panjang.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kajian lain yang menunjukkan hasil kajian yang sebaliknya.

Makanan yang kaya kandungan kromium termasuklah kuning telur, produk bijirin penuh, kopi, kekacang, kacang hijau, brokoli dan daging.

Kesimpulan


Untuk mengawal bacaan gula dalam darah, ia bukanlah sesukar yang disangka. Anda tidak akan keliru lagi jika mengikuti cara turunkan gula dalam darah seperti yang dinyatakan di atas ini.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Exercise and diabetes. Cardiology clinics. https://doi.org/10.1016/s0733-8651(05)70231-9. Accessed Nov 12, 2020.
  2. Glycemic index of foods: a physiological basis for carbohydrate exchange. https://doi.org/10.1093/ajcn/34.3.362. Accessed Nov 12, 2020.
  3. Diabetes prevention. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/type-2-diabetes/in-depth/diabetes-prevention/art-20047639/ Diabetes prevention/. Accessed Nov 12, 2020.
  4. Managing diabetes.https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/managing-diabetes/4-steps/. Accessed Nov 12, 2020.
  5. Prevention. https://www.diabetes.org/diabetes-risk/prevention/. Accessed Nov 12, 2020.

Versi Terbaru

10/09/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Risau Nak Makan Nasi Sebab Ada Diabetes? Ini 2 Jenis Beras Yang Baik Untuk Kawal Gula Darah

Jika Anda Alami Salah Satu Daripada 7 Tanda Ini, Anda Mungkin Ada Kencing Manis!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan