
Kebanyakan doktor menyarankan ibu bapa untuk menidurkan bayi mereka di katil bayi itu sendiri. Namun begitu, kebanyakan ibu bapa lebih gemar untuk tidur bersama bayi kerana ia lebih selesa dan mudah untuk menyusukan bayi pada waktu malam. Sebenarnya, terdapat banyak kelebihan tidur bersama bayi namun terdapat juga kekurangannya. Ikuti artikel ini untuk mengetahui pro dan kontra tidur bersama bayi di katil yang sama.
Pro tidur dengan bayi
- Penyusuan susu badan merupakan punca utama ibu memilih untuk tidur bersama bayi. Apabila bayi anda tidur bersama anda, mereka akan lebih kerap menyusu badan berbanding bayi yang tidur di katil mereka sendiri.
- Jika bayi anda menangis pada tengah malam, anda boleh terus memujuk mereka tanpa perlu bangun dari katil. Ini dapat menjadikan waktu tidur anda dan pasangan tidak terganggu.
- Sebenarnya, tidur bersama bayi adalah lebih selamat berbanding tertidur bersama bayi di sofa atau kerusi malas. Ini boleh mengakibatkan sudden infant death syndrome (SIDS).
- Tidur bersama bayi juga dapat memanjangkan masa anda luangkan bersama bayi. Ini akan membantu menguatkan jalinan antara ibu bapa dengan bayi.
- Berbaring di sebalah bayi akan memudahkan anda untuk memeriksa dan menyentuh badan bayi anda lebih kerap. Ini dapat membuat anda lebih cepat perasan jika terdapat apa-apa yang aneh pada bayi anda.
Kontra tidur dengan bayi
Tidak dapat dinafikan tidur bersama bayi mendatangkan banyak manfaat, namun ia juga boleh bertukar menjadi mudarat sekiranya:
- Ibu bapa minum alkohol
- Ibu bapa merokok atau menghisap rokok elektrik
- Ibu bapa menyalahgunakan ubat atau dadah yang mengkhayalkan
- Bayi berumur bawah 3 bulan
- Bayi lahir lebih awal daripada 37 minggu
- Berat badan bayi kurang daripada 2.5 kg
Dalam pada itu lagi, tidur bersama bayi sebenarnya boleh mendatang pelbagai implikasi yang lain seperti:
- Kemungkinan berlakunya SIDS akan meningkat jika anda tertidur di sofa atau kerusi malas bersama bayi.
- Anda dan pasangan mungkin tidak dapat untuk tidur nyenyak dan perlukan masa untuk membiasakan diri jika bayi anda tidur secara lasak.
- Jika bayi anda sudah terbiasa tidur di katil bersama ibu bapa mereka, akan menjadi satu kejanggalan bagi mereka untuk tidur bersama individu lain (contohnya saudara-mara atau penjaga) atau ketika sampai waktu mereka tidur di katil mereka sendiri.
- Tidur bersama bayi akan menjejaskan kehidupan seks anda. Melakukan seks ketika bayi anda sedang tidur di sebelah anda dan pasangan bukanlah satu idea yang baik.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.