Alamak! Ibu ayah terlupa untuk vaksin baby mengikut jadual yang ditetapkan? Ia mungkin kelihatan remeh, tapi kesannya boleh jadi besar.
Alamak! Ibu ayah terlupa untuk vaksin baby mengikut jadual yang ditetapkan? Ia mungkin kelihatan remeh, tapi kesannya boleh jadi besar.

Vaksin yang tidak diberi tepat pada masanya boleh meninggalkan ruang untuk jangkitan berbahaya menyerang si kecil anda! Pun begitu, adakah vaksin yang tertinggal itu masih boleh diambil kemudian?
Jom baca artikel ini untuk ketahuinya dengan lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.
Vaksin baby bukan sekadar prosedur kesihatan, tetapi ia adalah langkah perlindungan awal yang sangat penting bagi mencegah pelbagai penyakit berbahaya seperti campak, batuk kokol, tetanus, polio, dan Hepatitis B.
Untuk makluman anda, sistem imun bayi juga masih dalam proses perkembangan. Ini menjadikan mereka sangat mudah terdedah kepada kuman dan virus yang boleh membawa kesan serius, termasuk kecacatan kekal dan kematian.
Dengan pemberian vaksin, sistem pertahanan tubuh anak dilatih untuk mengenali dan melawan penyakit dengan lebih cekap.

Ada kalanya ibu bapa terlupa atau terpaksa menangguhkan jadual vaksin bayi. Misalnya, apabila anak tidak sihat, terdapat urusan keluarga atau kerana masalah logistik. Kelewatan seperti ini boleh memberi kesan terhadap perlindungan yang sepatutnya dilakukan.
Apabila dos vaksin baby tidak diambil dalam tempoh yang ditetapkan, antibodi yang diperlukan mungkin tidak terbentuk sepenuhnya. Ini menjadikan bayi atau kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan, terutamanya ketika berlaku penularan wabak.
Namun, penting untuk anda tahu bahawa kebanyakan vaksin yang tertinggal masih boleh dilakukan kemudian, asalkan mengikut nasihat dan pemantauan dari pakar kesihatan.

Sekiranya si manja anda terlepas satu atau lebih dos vaksin, pihak kesihatan akan menggunakan jadual imunisasi susulan atau juga dikenali sebagai catch-up schedule untuk memastikan si kecil anda tetap mendapat perlindungan lengkap.
Jadual ini disusun berdasarkan usia anak ketika hadir semula ke klinik serta vaksin yang telah dan belum diterima.
Misalnya, jika bayi sepatutnya menerima vaksin DTaP pada usia 5 bulan tetapi terlewat sehingga usia 7 bulan, pegawai kesihatan akan menyusun semula dos dan jarak pemberiannya.
Ada sesetengah vaksin memerlukan dos tambahan jika diberikan lewat, manakala sesetengahnya masih berkesan walaupun diberi pada usia lebih tinggi.
Menangguhkan vaksin bayi klinik swasta atau kerajaan dalam tempoh yang terlalu lama bukan sahaja mengurangkan keberkesanan dos berikutnya, malah membuka ruang untuk penyakit yang lebih serius. Antara risikonya termasuk:
Oleh itu, jangan ambil ringan jika vaksin anak anda tertangguh ya? Bertindak segera demi kesihatan mereka!

Jika anda dapati ada vaksin baby yang terlepas, berikut adalah langkah terbaik yang boleh diambil:
Mencegah lebih baik daripada merawat. Berikut adalah beberapa cara mudah untuk memastikan anda tidak terlepas vaksin anak:
Kelewatan dalam pemberian vaksin baby memang boleh berlaku, tetapi jangan biarkan ia berterusan tanpa sebarang tindakan. Vaksin bayi yang tertinggal masih boleh diambil asalkan anda bertindak segera dan mengikut nasihat pakar kesihatan terlebih dahulu.
Ingat, jangan tunggu hingga terlambat! Kesihatan anak anda, masa depan untuk mereka.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
16/07/2025
Ditulis oleh Annes Nadia
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa