backup og meta

Mama Stres Bayi Sering Meragam Kerana Perut Kembung? Jom Cuba Petua Ini!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 3 minggu lalu

    Mama Stres Bayi Sering Meragam Kerana Perut Kembung? Jom Cuba Petua Ini!

    Masalah bayi sakit perut sememangnya isu mencabar buat para ibu bapa terutamanya bagi mereka yang masih baharu lagi memasuki fasa parenthood. Namun, usah bimbang dan tertekan! Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat kerana kami akan kongsikan kepada anda beberapa tanda bayi sakit perut dan cara untuk mengatasi masalah ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

    Tanda bayi kembung perut

    Secara puratanya, bayi akan membuang angin dalam 10 hingga 13 kali sehari.

    Gas atau perut berangin ini normal dan sering terjadi kepada bayi yang berumur  satu hingga empat bulan kerana sistem pencernaan mereka masih lagi dalam tempoh berkembang.

    Masalah ini juga biasa terjadi dan kebiasaannya tidak memerlukan sebarang rawatan khas.

    Sebelum anda mengetahui tentang cara untuk mengatasi masalah ini, anda perlu mengenal pasti terlebih dahulu tentang tanda bayi sakit perut.

    Berikut merupakan beberapa tanda bayi sakit perut yang perlu setiap ibu bapa awasi:

    Tanda bayi sakit perut #1. Bayi kerap menangis sejam atau lebih dalam sehari

    Jika si manja anda kerap menangis sejam atau lebih sejam dalam sehari, ia merupakan sesuatu perkara yang normal kerana proses pencernaan mereka yang masih belum berkembang.

    Walau bagaimanapun, anda perlu mendapatkan rawatan doktor sekiranya bayi anda kerap menangis hampir setiap hari dan tidak menunjukkan perubahan untuk pulih.

    Tanda bayi sakit perut #2. Bayi tidak makan dan susah tidur

    punca bayi kembung perut
    Penyebab bayi kembung perut di malam hari.

    Masalah bayi susah tidur dan tidak makan boleh berpunca daripada pelbagai faktor. Namun serangan perut berangin merupakan salah satu puncanya terutama apabila tiada tanda lain yang dapat dikaitkan.

    Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya masalah ini berlarutan.

    Tanda bayi kembung perut #3. Bayi tidak selesa

    Bayi yang sedang dilanda perut berangin kebiasaannya akan berada dalam postur yang aneh. Misalnya, mereka akan menggulung kaki, mengepal tangan dan otot perut si manja tegang.

    Si manja anda juga akan menarik kaki ke dada apabila sedang menahan serangan perut berangin.

    Punca tanda bayi sakit perut di malam hari

    cara menyusu yang betul
    Posisi menyusukan bayi yang betul.

    Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, dianggarkan satu hingga lima bayi dalam 10 bayi akan mengalami masalah perut kembung.

    Berikut merupakan beberapa sebab mengapa bayi anda boleh mendapat serangan perut berangin:

    • Tertelan banyak udara – Bayi menelan lebihan udara jika berada dalam posisi menyusu yang salah atau bayi juga terlampau banyak minum susu
    • Alahan – Bayi mengalami alahan terhadap protein susu lembu dan juga laktosa
    • SembelitBayi yang sembelit akan menyebabkan mereka sukar untuk mengeluarkan najis lalu menyebabkan perut mereka kembung dan kejang
    • Biologi – Ibu bapa kurang sendawakan bayi selepas menyusu
    • Sistem saraf – Sistem saraf bayi belum matang boleh menyebabkan mereka sensitif terhadap persekitaran

    Petua bayi sakit perut cirit birit

    Para ibu boleh menggunakan beberapa petua berikut bagi melegakan tanda bayi kembung perut akibat cirit-birit:

    #1. Ubah posisi penyusuan

    Tahukah anda bahawa sebenarnya posisi penyusuan bayi ini memainkan peranan yang penting dan boleh menjadi punca kepada bayi kembung perut dan juga bayi tersedak susu?

    Anda perlu pastikan kedudukan kepala si kecil anda lebih tinggi berbanding perut mereka. Ini dapat membantu aliran susu bergerak ke bahagian bawah perut dan menolak udara ke atas.

    Secara tidak langsung, si manja anda juga akan mudah sendawa.

    tanda bayi sakit perut
    7 cara menggendong bayi dengan selamat dan selesa.

    #2. Tukar botol susu, antara petua bayi sakit perut cirit birit

    Jika punca tanda bayi sakit perut di malam hari adalah disebabkan botol susu, anda digalakkan untuk menukar kepada botol susu yang baharu.

    Gunakan botol susu yang terdiri daripada puting yang lembut bagi mengelakkan bayi menelan lebihan udara semasa menyusu. Anda juga boleh menggunakan puting aliran perlahan iaitu slow flow nipple.

    Untuk makluman anda, bayi sepatutnya menyusu dalam tempoh 20 minit hingga 1 jam. Sekiranya bayi anda menyusu dalam masa lima minit sahaja, kemungkinan si manja anda menelan udara secara berlebihan dan menghisap terlalu cepat.

    #3. Sendawakan bayi

    Cuba sendawakan bayi semasa dan selepas menyusu.

    Ini dapat membantu membuang sebahagian udara yang telah masuk ke dalam perut bayi.

    #4. Ubah pemakanan sebagai petua bayi sakit perut cirit birit

    Ibu perlu menjaga pemakanan kerana ia juga turut memberi kesan kepada bayi yang menyusu.

    Jika bayi anda mengalami alahan terhadap susu formula, anda digalakkan untuk berbincang dengan doktor untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut.

    Kesimpulan

    Masalah bayi kembung perut merupakan masalah normal dalam kehidupan bayi dan kebiasaannya akan sembuh sendiri.
    Walau bagaimanapun, sekiranya tanda bayi sakit perut berlarutan, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 3 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan