Kenapa bayi kerap berak selepas menyusu ya? Adakah ia bermakna ada masalah kesihatan yang mungkin dialami si manja? Jom baca penjelasan ini dahulu, barulah hilang kebimbangan Mama Papa.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Kenapa bayi kerap berak selepas menyusu ya? Adakah ia bermakna ada masalah kesihatan yang mungkin dialami si manja? Jom baca penjelasan ini dahulu, barulah hilang kebimbangan Mama Papa.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Rasa pelik sebab terlampau kerap sangat menukar lampin? Bertenang Mama, itu adalah perkara biasa.
Bahkan untuk bayi yang baru lahir, menukar lampin sehingga 12x dalam tempoh 24 jam adalah normal. Namun percayalah, lama-kelamaan ia akan berkurangan.
Dalam tempoh tiga hingga enam minggu selepas dilahirkan, jadual buang air besar bayi akan menjadi perlahan. Si manja akan semakin kurang berak.
Walau bagaimanapun, setiap bayi adalah berbeza dan ada kemungkinan si manja anda mungkin memerlukan lebih banyak masa.
Kekerapan menukar lampin bayi bukanlah satu masalah. Sebaliknya, anda perlu lebih memantau konsistensi najis untuk mengenal pasti jika wujud sebarang masalah.
Adakah normal jika bayi berak selepas setiap penyusuan?
YA, itu adalah normal! Ada bayi yang akan membuang air besar selepas setiap penyusuan, namun terdapat juga yang melakukan pergerakan usus sekali setiap tiga hari. Namun, lazimnya bayi yang menyusu badan akan berak selepas sesi penyusuan.
Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, setiap bayi adalah berbeza. Maka tiada angka tepat untuk menentukan apa yang normal dan tidak untuk bayi kerap berak.
Definisi normal bagi bayi baru lahir adalah antara sekali berak untuk tempoh beberapa hari hingga beberapa kali membuang air besar dalam sehari.
Untuk beberapa hari pertama selepas dilahirkan, bayi akan mengeluarkan mekonium – berwarna hijau-kehitaman dan mempunyai tekstur melekit seperti tar.
Ia terdiri daripada lendir, cecair amniotik (air ketuban) dan semua yang ditelan bayi semasa di dalam rahim.
Kolostrum atau susu pertama – bertindak sebagai julap – membantu menolak mekonium daripada sistem penghadaman bayi.
Sebaik sahaja mula menyusu – antara tempoh tiga hari -najis bayi seharusnya:
Dalam beberapa minggu pertama, bayi mungkin akan membuang air besar semasa atau selepas setiap penyusuan. Ia akan berkurangan selepas beberapa minggu apabila si manja mula mewujudkan rutin pergerakan ususnya.
Jika anda meneruskan penyusuan eksklusif, ia adalah normal jika si manja hanya membuang air besar sekali seminggu. Ada kalanya bayi mungkin kekal berak setiap kali selepas penyusuan.
Manakala kekerapan bayi berak menyusu susu formula mungkin kurang berbanding yang diberikan susu badan. Ini kerana susu formula tidak mudah dihadam seperti susu ibu.
Namun jika bayi kerap berak setiap kali selepas diberikan susu formula, anda tidak perlu gusar, terutamanya pada minggu-minggu awal. Najisnya juga akan mempunyai bau dan warna yang berbeza berbanding bayi yang menyusu badan.
Pemberian makanan pejal juga boleh mengubah kekerapan pergerakan usus si manja.
Makanan kaya serat seperti jagung, ubi keledek atau labu mungkin akan terus dikeluarkan tanpa diserap. Namun ia akan berubah apabila si kecil membesar dan dapat mencerna serat dengan lebih cekap.
Setiap warna najis bayi mempunyai maksud tersendiri, ini merupakan antara aspek yang penting untuk ibu bapa fahami.
1) Hijau kehitaman
Mekonium – najis hitam, melekit seperti tar biasanya terjadi pada bayi baru lahir.
2) Hijau lumut
Bayi sedang mencerna susu.
3) Hijau kuning (mustard)
Tekstur berkrim atau lembik. Merupakan najis bayi menyusu badan yang sihat.
4) Hijau terang
Bayi tidak menyusu dengan betul. Biasanya apabila bayi menyusu badan kerap menukar payudara, mereka akan mendapat lebih banyak susu rendah lemak.
Najis bayi kerap berak warna #5) Kecoklatan
Keadaan normal dan sihat bagi bayi yang menyusu susu formula.
6) Coklat gelap
Najis bagi bayi yang mula mengambil makanan pejal. Tekstur pejal dan kurang lembik, malah lebih berbau.
7) Merah
Jika ia kelihatan seperti darah dalam najis bayi, lakukan pemeriksaan doktor.
8) Pucat/ kelabu
Ini boleh menjadi petanda masalah hati atau pundi hempedu yang serius. Lakukan pemeriksaan doktor segera.
Selagi najis bayi lembut dan mudah dibuang, tiada apa yang perlu dirisaukan. Walau bagaimanapun, kekerapan membuang air besar boleh menjadi tanda cirit-birit.
Bayi mungkin mengalami cirit-birit jika:
Jika bayi menunjukkan simptom di atas, cirit-birit yang dialami mungkin disebabkan:
Baca juga:
Cirit-birit biasanya tidak memerlukan rawatan dan akan hilang dalam tempoh seminggu. Susukan si manja seperti biasa dan waspada untuk sebarang tanda dehidrasi atau penyakit lain.
Jika dehidrasi berlaku, bawa si kecil untuk pemeriksaan doktor segera. Anda mungkin perlu memberikan bayi larutan oral rehydration solution (ORS) bagi menggantikan air dan garam yang hilang akibat cirit-birit.
Jika bayi kerap berak selepas menyusu, ia bukanlah perkara yang perlu dirisaukan. Paling penting, si manja dapat membuang air besar dengan mudah dan najisnya lembut.
Namun jika anda masih berasa bimbang dengan keadaan bayi, bawalah mereka untuk pemeriksaan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen