6 Cara untuk Tahu Bayi Sayang Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Tidak seperti yang anda harapkan, bayi anda tidak mampu untuk mengatakan sayangnya pada anda. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara lain yang menunjukkan si manja menyayangi anda. 

Apabila bayi anda melihat ke dalam mata anda

Bayi-bayi suka melihat muka manusia, dan muka anda adalah kegemarannya. Pandangan emosional yang digunakan untuk menarik perhatian dan kasih dari penjaganya adalah naluri kelangsungan hidup yang kuat.  Ia juga adalah permulaan kepada kasih mereka kepada anda kerana mereka sudah mula menyedari pentingnya anda dalam kehidupan mereka.

Apabila bayi anda sudah mula mengenal bau anda

Bayi juga boleh mengenal penjaga mereka dalam masa beberapa minggu dan penjaga tersebut sentiasa menjadi keutamaan mereka. Berbanding memilih berdozen ros wangi dan peluh serta kesan susu pada baju anda, pasti si manja akan lebih tertarik kepada baju anda. Bayi yang berusia seminggu pun akan lebih memilih pengalas penyusuan yang menyerap susu ibu mereka. Untuk para bayi, tiada bau yang lebih enak daripada bau ibu mereka.

Apabila bayi anda senyum kepada anda

Sesetengah orang menganggap senyuman awal bayi hanyalah salah satu daripada refleks tanpa sengaja. Faktanya ialah, kajian yang terbaru menunjukkan bahawa senyuman daripada seorang bayi mempunyai makna yang sangat besar. Senyuman bayi yang pertama kemungkinan adalah perkara yang paling menakjubkan. Ia adalah cara mereka yang tersendiri untuk mengatakan ‘aku cinta padamu’. Antara usia enam hingga lapan minggu, anda boleh menangkap senyuman sosialnya yang sebenar yang bakal menyerikan hari anda.

Apabila bayi anda cuba untuk bercakap dengan anda

Bunyi suara terawal yang keluar daripada bayi anda akan ditujukan kepada anda atau penjaganya yang dipercayai. Bahasa awal ini (dikenali sebagai protoconversation) akan digunakan untuk membina hubungan dengan anda, jadi balas percakapan mereka. Tanpa sedar, anda dan bayi sedang membina platform untuk perbualan yang baik di kemudian hari.

Apabila bayi anda berkongsi minat dengan anda

Jika bayi melihat anda sangat fokus dengan perkara yang anda lakukan, si manja akan cuba menirunya. Tindakan meniru ini dirujuk sebagai perhatian mutual. Ia bermula sepantas usia beberapa bulan, tetapi ia lebih ketara semasa usia 9 hingga 12 bulan. Ini menunjukkan bayi anda menyebelahi anda dan memberi perhatian akan apa yang anda lakukan.

Apabila bayi anda menyorok di belakang anda

Jangan terlalu terkejut jika anak anda melakukannya apabila ada seseorang yang baru dilihatnya muncul tiba-tiba. ‘Kegelisahan melihat orang asing’ ialah fasa yang normal. Jika bayi anda mencari perlindungan dari anda, ini bermakna mereka menyayangi anda dan percaya anda boleh memastikan mereka sentiasa selamat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Lelaki Dewasa Tetapi Suara Seperti Budak, Meski Kedengaran Aneh, Kan? Ini Sejenis Penyakit!

    Tahukah kalian bahawa ada sejenis penyakit yang akan menyebabkan suara lelaki dewasa seperti budak kecil? Jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Tekak, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Encik Suami Nak Bersama, Tapi Ada Jangkitan Kulat Pula… Sebelum Proceed, Ambil Tahu Risiko Ini!

    Jangkitan kulat pada kemaluan amat menjengkelkan! Bukan saja gatal dan menyakitkan, malah ia boleh mengganggu aktiviti di ranjang dengan pasangan tercinta.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ini 5 Kaedah Rawatan Alternatif Bagi Gangguan Skizofrenia, Terbukti Boleh Kurangkan Simptom

    Ada beberapa kaedah rawatan skizofrenia yang tersedia, termasuklah beberapa kaedah alternatif. Berikut adalah cara merawat skizofrenia yang telah terbukti.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Isu Kesihatan Mental Lain, Kesihatan Mental 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Anda Risau Bayi Tidur Berdengkur? Ini 5 Punca Lazim Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

    Bayi berdengkur bukanlah sesuatu yang asing. Malah, mereka juga sering mengeluarkan bunyi bising semasa tidur yang mungkin merupakan dengkuran..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gangguan Tidur, Tidur Berkualiti 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sukan wanita

    Wanita Hendak Selesa Ketika Bersenam, Yang Mana Perlu Pakai: Bra Sukan Atau Coli Biasa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    cara merawat ulser mulut

    Jangan Terus Sapu Ubat Gel Jika Terkena Ulser Mulut, Lagi-lagi Pada Anak Kecil! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    memberus lidah

    Sebab Inilah Kita Kena Berus Lidah Sekali Masa Gosok Gigi! Kalau Tidak, Akan Jadi Begini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    diet tinggi protein

    Amal Diet Tinggi Protein Untuk Turunkan Berat Badan? Tunggu Dulu! Ada 6 Risiko Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan