Pada usia berapa bayi mula duduk? Boleh ke kalau ada parents yang melatih bayi duduk atau ia 1 tindakan tidak wajar?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Pada usia berapa bayi mula duduk? Boleh ke kalau ada parents yang melatih bayi duduk atau ia 1 tindakan tidak wajar?
Bergelar ibu bapa, pastinya anda berasa bangga apabila melihat si manja mencapai tahap perkembangan yang baik.
Antara salah satu perkembangan yang dinantikan ibu bapa adalah untuk melihat anaknya dapat duduk dengan baik.
Tetapi adakah anda tahu bila bayi akan mula duduk dengan sendirinya?
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.
Umumnya, seorang bayi akan belajar untuk duduk pada sekitar usia 6 bulan.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah bagi sudah mula belajar untuk duduk seawal usia 4 dan 5 bulan.
Tapi ada juga bayi yang hanya mula belajar untuk duduk setelah usia 7 dan 8 bulan.
Ia adalah sesuatu yang normal. Ini kerana perkembangan setiap anak adalah berbeza dan ada rentaknya yang tersendiri. Sebagai ibu bapa anda tidak boleh membandingkan mereka.
Namun, bagaimana pula jika ada ibu bapa yang mahu melatih bayi duduk, boleh ke?
Sebelum menjawab persoalan mengenai melatih bayi duduk, berikut adalah kemahiran yang diperlukan sebelum bayi mula duduk dengan sendirinya:
Sekitar usia 2 bulan
Si manja boleh mengangkat dan menahan kepalanya pada posisi 45° sambil meniarap untuk beberapa minit.
Sekitar usia 3 bulan
Pada usia ini, bayi sudah boleh mengangkat kepala dan dadanya pada posisi 45° sambil meniarap. Keadaan kepala si manja lebih stabil berbanding sebelumnya.
Sekitar usia 4 bulan
Bayi sudah dapat mengangkat kepalanya sehingga 90° sambil meniarap. Si kecil juga mungkin sudah mencuba untuk duduk dengan bantuan.
Sekitar usia 5 bulan
Pada tempoh ini, anak anda akan mula mengangkat keseluruhan badannya semasa sesi tummy time.
Si kecil juga sudah boleh berguling. Dengan sokongan, mereka juga akan dapat mengekalkan kestabilan kepala ketika duduk.
Sekitar usia 6 bulan
Si manja sudah boleh duduk dengan bantuan. Malahan mereka juga sudah mampu berguling ke kiri dan ke kanan.
Sekitar usia 7 bulan
Kebanyakan bayi boleh duduk sendiri tanpa sokongan. Bahkan si manja mungkin sudah boleh mengangkat bahagian atas badan mereka.
Sekitar usia 8 bulan
Sudah mampu untuk duduk tegak tanpa bantuan. Pada waktu ini, anak anda mungkin mampu menggerakkan bahagian atas badannya dengan mudah dan seimbang.
Jangan terkejut, jika si manja sudah cuba-cuba untuk berdiri dengan bantuan pula.
Sudah tentu anda boleh melatih bayi duduk. Namun ada caranya.
Penting untuk anda memberikan masa secukupnya untuk bayi melakukan tummy time.
Apabila si manja sudah boleh mengawal kepalanya, baringkan dia secara meniarap.
Pada permulaan, letakkan dia meniarap di atas pangkuan atau perut anda.
Setelah bayi sudah semakin kuat, biarkan dia untuk berbaring di permukaan yang selamat untuk tummy time.
Tummy time langkah penting untuk menguatkan leher dan otot bahagian atas badannya. Manakala back time dapat menguatkan otot abdomen, dada dan belakang badan.
Baringkan bayi secara menelentang dan berikan dia mainan. Anda mungkin dapat melihat anak cuba untuk berguling.
Anda boleh melatih bayi duduk dengan meletakkan mereka dalam posisi duduk. Tetapi pastikan badan si manja diberikan sokongan sepenuhnya.
Anda boleh gunakan pelbagai alatan tambahan atau mainan untuk membantu si manja duduk.
Gunakan bantal sebagai pelapik ketika bayi duduk di atas ribaan anda. Berikan mainan di hadapan si manja dan bantu mereka mencapainya.
Terdapat beberapa posisi yang boleh dicuba untuk membolehkan bayi mula duduk sendiri:
Biarkan bayi duduk di riba anda dan alihkan sokongan tangan daripada badan atas ke badan bawah. Gerakkan tangan anda daripada bahagian dada ke bahagian pinggul bawah si manja.
Posisi ini sesuai untuk bayi berumur 3 hingga 6 bulan.
Anda boleh gunakan kerusi untuk membolehkan bayi mula duduk. Kaedah ini sesuai untuk si manja yang sudah mula untuk duduk tetapi masih perlu melakukan kestabilan bahagian badan atas.
Sesuai untuk bayi berusia 4 hingga 5 bulan. Bayi akan mendapat sokongan daripada dada dan kaki anda.
Letakkan bantal di sekitar bayi dan mainan di hadapan mereka. Biarkan dia mencapai mainan tersebut.
Biarkan bayi duduk dengan kedudukan kaki terpisah dan letakkan mainan pada jarak yang boleh dicapai.
Biarkan bayi menggunakan kekuatan bahagian belakang badannya untuk mencapai mainan tersebut. Sesuai untuk bayi berusia 4 hingga 6 bulan.
Untuk melatih anak duduk, letakkan mereka dalam bakul pakaian atau kotak. Ia membolehkan si manja mendapat sokongan kiri dan kanan.
Sesuai untuk bayi usia 6 hingga 8 bulan. Letakkan bayi duduk di lantai dengan kaki terbuka tetapi bertemu di tapak kaki.
Ada beberapa senaman yang boleh dilakukan untuk membolehkan bayi mula duduk tetapi jangan berlebihan.
Jika anda menyedari kadar perkembangan si manja terbantut atau perlahan, dapatkan pemeriksaan doktor.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen