backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Pandai Susun Mainan Ikut Warna Antara Perkembangan Penting Anak 1-5 Tahun

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/01/2023

Pandai Susun Mainan Ikut Warna Antara Perkembangan Penting Anak 1-5 Tahun

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak akan dilihat daripada aspek fizikal dan tingkah-laku mereka. Ia berbeza dari masa ke masa.

Secara umumnya, perkembangan yang akan dilalui anak adalah satu proses tumbesaran dan pembelajaran berterusan. 

Ia dibahagikan kepada beberapa kategori, seperti:

  • Kognitif: Berfikir, membuat pertimbangan,menyelesaikan masalah dan memahami
  • Koordinasi motor: Kemahiran motor kasar / halus, melompat, melempar, menangkap, melukis, menyusun
  • Interaksi sosial: Memulakan hubungan rakan sebaya, permainan kumpulan
  • Adaptif: Berpakaian, makan, mencuci
  • Terdapat perbezaan bagi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Ini kerana mereka akan mengikut rentak sendiri.

    Ada kanak-kanak mungkin melangkau sesuatu tahap pencapaian (milestone), sementara yang lain mungkin memerlukan lebih banyak masa. 

    Peringkat umur bagi kanak-kanak adalah mereka yang berusia dari setahun hingga 5 tahun. 

    Biasanya anak akan meninggalkan kategori kanak-kanak ini apabila mula melangkah masuk ke alam prasekolah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

    Kemahiran seperti mengambil giliran dan menendang bola disebut sebagai pencapaian perkembangan – developmental milestone.

    pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

    Ia adalah kemahiran yang dikembangkan oleh kebanyakan kanak-kanak mengikut usia tertentu.

    Anak akan mencapai pencapaian tertentu melibatkan aspek bagaimana mereka bermain, belajar, bercakap, bertingkah-laku dan bergerak

    Ia merangkumi perkara seperti melompat, berlari atau mengimbangi diri.

    Adalah satu perkara biasa untuk anak mempunyai keinginan berdikari. 

    Disebabkan itu, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada fasa ini sering dianggap sebagai ‘terrible twos’.

    Ini kerana dalam tempoh perkembangan sosial anak ketika berusia sekitar 2 tahun sering dikaitkan dengan tingkah laku menentang atau tidak teratur.

    Pun begitu, fasa ini juga boleh menjadi tempoh menggembirakan bagi ibu bapa dan kanak-kanak.

    Umumnya, si kecil anda akan mengalami perubahan berkaitan cara pemikiran, pembelajaran, sosial dan emosi yang besar. 

    Ia penting untuk membantu meneroka dunia baru di sekeliling mereka dan memahaminya.

    Pada tahap ini, seorang kanak-kanak harus boleh:

    Baca juga:

    https://wp.hellodoktor.com/keibubapaan/kanak-kanak/perkembangan/gambar-anak-tantrum-di-media-sosial/

    Petua

    Berikut beberapa perkara mudah boleh dilakukan untuk membantu perkembangan kanak-kanak pada usia ini:

    #Beri anak peluang untuk bermain dengan kanak-kanak lain

    Bermain bersama individu lain adalah cara terbaik dalam proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

    Tetapi jangan berharap anak akan bergilir atau berkongsi permainan – ini kerana kanak-kanak masih berfikir semuanya adalah milik mereka.

    #Galakkan penggunaan kemahiran harian

    Antara kemahiran tersebut seperti menggunakan sudu dan memakai kasut.

    Ia melibatkan pergerakan otot kecil dan besar serta kemampuan anak untuk memikirkan apa yang patut mereka lakukan.

    #Berbual dengan anak

    Bercakap mengenai perkara harian – bahagian tubuh, permainan dan peralatan rumah seperti sudu atau kerusi.

    Secara tidak langsung membantu mengembangkan kemahiran berbahasa anak. 

    Pada lingkungan usia ini, anda boleh mengajar anak bahawa ‘bola’ boleh menjadi ‘bola besar’, ‘bola biru’, bahkan ‘bola biru besar’.

    #Berikan perhatian

    Buat anak berasakan diri dihargai. Apabila mereka mengatakan sesuatu, dengar dan berikan respons.

    Sebagai contoh, jika si kecil mengatakan ‘Mama susu”, berikan ucapan balas seperti “Husna mahu Mama berikan susu, ya?”

    Mudah, tetapi ia membuatkan anak rasa diri disayangi dan dihargai.

    #Membacakan buku cerita

    Dorong anak untuk bercakap dan berimaginasi dengan membaca buku, bercerita serta menyanyi bersama-sama.

    pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

    #Memasak bersama

    Ajak anak memasak bersama anda, ini secara tidak langsung menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak untuk menggemari makanan sihat dan seimbang.

    Di samping itu, anak juga akan belajar perkataan baharu serta konsep matematik seperti 1 sudu teh atau 20 minit. 

    Berikan anak tugasan mudah seperti membasuh sayuran atau menyusun sandwich.

    Keselamatan

    Antara konsep pertumbuhan dan perkembangan yang penting ialah keselamatan. Apabila anak membesar, langkah mereka juga semakin luas dan ini bermaksud banyak bahaya yang menanti. 

    Situasi bahaya boleh berlaku dalam sekelip mata, jadi penting untuk anda sentiasa memantau keadaan si kecil.

    Berikut antara tip keselamatan yang boleh diamalkan semasa proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah:

    • Jangan tinggalkan si kecil di sekitar atau berhampiran kawasan air – tab mandian kolam atau lautan – tanpa pemantauan individu dewasa. Lemas adalah penyebab utama kecederaan dan kematian bagi kanak-kanak dalam peringkat usia ini
    • Galakkan anak untuk duduk ketika makan dan mengunyahnya dengan teliti untuk elak tersedak
    • Sentiasa periksa barang permainan si kecil untuk mengesan bahagian longgar, pecah atau rosak
    • Galakkan si kecil untuk tidak meletakkan pensel atau krayon di dalam mulut ketika mewarna atau melukis
    • Jangan memegang minuman panas semasa anak kecil berada dipangkuan anda. Pergerakan secara tiba-tiba dan mendadak boleh mengakibatkan anak melecur
    • Pastikan anak duduk di dalam kerusi kereta dengan selesa dan dipakaikan tali pinggang keselamatan

    Kesihatan

    pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

    • Makanan kegemaran si kecil akan berubah setiap hari dan itu keadaan tingkah laku biasa. Sebaiknya galakkan anak untuk mencuba makanan baru setiap hari dengan menawarkan mereka untuk rasa 
    • Jangan meletakkan televisyen di dalam bilik si kecil. Tetapkan had masa skrin untuk anak tidak lebih daripada sejam setiap hari
    • Galakkan anak untuk bermain dan meneroka dengan bebas. Ini membantu mereka untuk kekal aktif, kuat serta dapat mengembangkan kemahiran motor
    • Pastikan anak mendapat jumlah tidur yang mencukupi setiap malam. Untuk kanak-kanak 1 hingga 2 tahun: 11 hingga 14 jam, manakala yang berusia 3 hingga 5 tahun: 10 hingga 13 jam – termasuk tidur siang

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan