backup og meta

Anak Suka Menyendiri? Kenal Pasti 7 Tanda Anak Remaja Anda Alami Kemurungan

Anak Suka Menyendiri? Kenal Pasti 7 Tanda Anak Remaja Anda Alami Kemurungan

Pada zaman ini, isu kesihatan mental bukan lagi satu perkara yang tabu untuk diperkatakan. Namun, masih ramai pelajar yang menderita dengan penyakit mental dalam diam. Walaupun pelbagai bantuan diberikan sebagai salah satu cara mengatasi kemurungan, tetapi tahap tekanan perasaan, kebimbangan dan kemurungan masih lagi tinggi dalam kalangan pelajar.

Satu daripada tiga orang dewasa didapati mengalami masalah mental. Menurut laporan CDC Youth Risk Behavior Surveillance Data Summary & Trends: 2011-2021, hampir 42% pelajar mengalami simptom kemurungan seperti rasa putus asa dan mengalami kesedihan. 29% lagi mempunyai kesihatan mental yang teruk.

Lebih merisaukan, 1 daripada 5 pelajar pernah terfikir untuk bunuh diri. 1 daripada 10 pula pernah cuba untuk melakukannya.

Dalam artikel kali ini, kami akan mengupas mengenai statistik kesihatan mental dalam kalangan pelajar dan cara mengatasi kemurungan remaja.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Cara mengatasi kemurungan dalam kalangan pelajar

Cara membantu individu yang mengalami kemurungan.
Cara membantu individu yang mengalami kemurungan.

Pada zaman ini, pelajar berhadapan dengan cabaran yang sangat berbeza. Di seluruh dunia, ramai orang muda bergelut dengan kesihatan mental yang kurang baik. Dianggarkan 86 juta orang muda berusia 15 ke 19 tahun hidup dengan diagnosis kesihatan mental.

Ini bermaksud, kebanyakan pelajar diserang masalah mental ketika mereka berada pada saat paling penting dalam hidup. Pada waktu ini, pelajar sedang menimba ilmu dan sebarang gangguan boleh menyebabkan mereka hilang fokus dan putus asa.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi mendapati masalah kesihatan mental yang paling tinggi tersebar luas dalam kalangan mereka yang berumur 16 ke 19 tahun, di mana 18.3% mengalami kemurungan, manakala 10% lagi mempunyai kecenderungan berfikir untuk membunuh diri.

Apa yang lebih merisaukan adalah peningkatan berterusan dalam kes-kes yang dilaporkan iaitu dari 10.6% pada tahun 1996 kepada 29.2% pada 2015 yang melibatkan anak-anak muda berusia 16 tahun ke atas.

Antara faktor yang dikaitkan dengan peningkatan ini termasuklah pengangguran, masalah kewangan, isu keluarga dan perhubungan, yang ditambah pula kemahiran daya tindak yang lemah dan kurangnya sokongan sosial.

Sebab itulah, pelajar perlu tahu cara mengatasi kemurungan dan apa yang perlu dilakukan sekiranya teman baik sendiri menghidap penyakit mental.

[embed-health-tool-bmi]

Perubahan tingkah laku yang menjadi tanda masalah mental

Menurut kaunselor dari Unit Perkembangan Diri IMU (Malaysia International Medical University), ada beberapa simptom kemurungan pada pelajar yang perlu diperhatikan. Antaranya:

  • Gangguan tidur. Ini termasuklah kesukaran untuk tidur dan bangun, sering terjaga pada waktu tengah malam atau tidur berlebihan.
  • Ledakan emosi seperti terlalu sensitif, mudah jengkel/sakit hati atau mudah marah
  • Kelesuan yang berterusan atau selalu penat
  • Sukar untuk fokus, termasuklah mudah terganggu ketika bersembang
  • Perubahan ketara dalam tabiat pemakanan dan/atau perubahan berat badan yang tiada kaitan dengan isu kesihatan fizikal
  • Menjauhkan diri daripada kawan-kawan. Seseorang itu mungkin mengelak atau menarik diri daripada aktiviti sosial, kurang aktif, lebih banyak berdiam diri atau tidak ikut serta dalam kumpulan sosial. Mereka juga mungkin mengelak daripada bertentang mata dengan orang lain
  • Corak tingkah laku yang diterangkan di atas muncul secara berterusan dan bukannya pada satu-satu masa sahaja atau dalam waktu yang singkat.

Benar, ada banyak cara mengatasi kemurungan. Namun, mengenal pasti simptom kemurungan merupakan langkah pertama.

Langkah seterusnya adalah dengan menawarkan bantuan kepada individu yang menghidap penyakit mental.

Tambah kaunselor di Unit Pembangunan Diri IMU lagi, jangan abaikan kata hati sekiranya anda runsing mengenai kesihatan mental diri sendiri. Sebenarnya, kebanyakan pelajar sudah nampak tanda-tanda depresi dalam diri sendiri, tapi mereka pilih untuk mengabaikannya.

Baca juga: 

Cara mengatasi kemurungan dengan model NEC

Segera dapatkan bantuan bagi mengatasi kemurungan.
Segera dapatkan bantuan bagi mengatasi kemurungan.

Menurut model NEC, ada beberapa cara mengatasi kemurungan sekiranya ia berlaku kepada rakan anda:

  1. Notice (sedar): Pastikan individu tersebut tahu anda sedar dengan perubahan sikap mereka. “Saya perasan yang awak kurang makan/tidur sejak akhir-akhir ini.”
  2. Express concern (Nyatakan kebimbangan): Beritahu yang anda rasa bimbang dan cuba dengar masalah mereka. “Saya risaukan kamu. Apa yang berlaku? Saya di sini jika kamu ingin berbual.”
  3. Connect them to someone who can help (Hubungkan mereka dengan orang yang boleh membantu) – cadangkan seseorang atau sumber di mana mereka boleh mendapatkan bantuan atau tawarkan diri anda untuk menemani mereka. Contohnya, ‘Saya mungkin tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini sekarang, tetapi saya ada seorang kawan yang mendapatkan bantuan daripada XYZ; mungkin kita boleh ke sana bersama-sama?”
Berjumpa dengan pakar anda bagi mengatasi masalah kemurungan.
Berjumpa dengan pakar anda bagi mengatasi masalah kemurungan.

Sokongan daripada orang sekeliling amat penting untuk mengatasi masalah kesihatan mental.

Walau bagaimanapun, hanya 20% sahaja rakyat Malaysia yang menderita dengan masalah mental bertindak mendapatkan rawatan serta penjagaan profesional.

Sebagai panduan, ada beberapa pilihan yang tersedia untuk individu yang menghidap penyakit mental:

  • Organisasi Bukan Kerajaan (NGO). Banyak organisasi yang menawarkan sokongan kesihatan mental dengan bayaran yang berpatutan seperti khidmat kaunseling AGAPE, SOLS 24/7 dan Persatuan Pergerakan Wanita (AWAM)
  • Hospital-hospital kerajaan. Surat rujukan yang diperlukan boleh didapati daripada doktor
  • Unit-unit kaunseling di pusat-pusat pengajian tinggi
  • Pengamal kesihatan mental swasta (termasuklah pakar psikiatri swasta, pakar psikologi klinikal dan kaunselor)
  • Program-program praktikal/latihan amali di universiti-universiti tertentu.

Kesimpulannya, bertindaklah segera mendapatkan bantuan jika anda mahupun orang yang anda kenali dikhuatiri mengalami tanda-tanda masalah mental.

Artikel ini diolah daripada artikel – KESEPIAN, TEKANAN DAN KEMURUNGAN – PARA PELAJAR ZAMAN INI AMAT MEMERLUKAN SOKONGAN KESIHATAN MENTAL oleh Kaunselor IMU Self-Development Unit

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. College students and depression: A guide for parents. https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/college-students-and-depression. Accessed on February 17, 2023.
  2. Consequences of Student Mental Health Issues. https://www.sprc.org/colleges-universities/consequences. Accessed on February 17, 2023.
  3. Mental Health. https://www.cdc.gov/healthyyouth/mental-health/index.htm. Accessed on February 17, 2023.
  4. Student mental health is in crisis. Campuses are rethinking their approach. https://www.apa.org/monitor/2022/10/mental-health-campus-care. Accessed on February 17, 2023.
  5. Study of proportion and determinants of depression among college students in Mangalore city. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4003720/. Accessed on February 17, 2023.

Versi Terbaru

28/10/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

7 Cara Bagaimana Seks Boleh Melegakan Tekanan Perasaan, No.5 Itu Banyak Membantu!

Ingin Tahu Tahap Stres Dan Anxiety Anda? Lakukan Ujian DASS, Buat Online Lebih Cepat Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan