backup og meta

7 Perkara Penting Anak KENA Tahu Jika Haid Di Sekolah, Ibu Mesti Jelaskan!

7 Perkara Penting Anak KENA Tahu Jika Haid Di Sekolah, Ibu Mesti Jelaskan!

Datang haid semasa di sekolah pastinya perkara yang merisaukan kebanyakan anak perempuan, bahkan kepada ibu-ibu juga, apatah lagi jika ia pendarahan haid pertama mereka.

Jom ketahui persiapan yang perlu anak lakukan agar tidak kelam-kabut nanti.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Datang haid semasa di sekolah 

Tidak kira sama ada jika ia adalah haid pertama anak atau tidak, mengalami kedatangan haid ketika di sekolah pastinya menakutkan. Lebih-lebih lagi jika mereka tidak mempunyai sebarang persediaan.

Jadi sebagai ibu, sudah menjadi tugas anda untuk membantu mereka.

Berikut 7 persediaan yang boleh anak lakukan untuk berdepan waktu pendarahan haid yang tidak dijangka di sekolah.

1. Ia situasi normal dan dialami kebanyakan orang

Perkara pertama sekali adalah untuk ingatkan anak agar tidak panik jika didatangi haid semasa di sekolah. Ia pernah terjadi kepada ramai remaja perempuan.

Apa yang penting adalah untuk mengembalikan keselesaan diri anak. Semestinya pada saat itu, perkara yang menyelesakan diri adalah untuk mendapatkan bekalan tuala wanita.

2. Pilihan yang menyelesakan

Jika anak menyedari datang haid ketika di dalam kelas, minta mereka tanyakan kepada rakan sekelas sekiranya mempunyai tuala wanita (pad) atau tampon tambahan yang boleh dipinjam dan kemudian dapatkan keizinan guru untuk ke bilik air.

Jika rakan sekelas tidak mempunyai pad atau tampon lebih, anak mungkin boleh bertanyakan guru yang bertugas menjaga bilik kesihatan sekolah.

Seandainya guru bertanyakan kepada anak apa yang berlaku dan mereka tidak selesa menyatakan isu haid yang dialami di hadapan rakan sekelas lain – walaupun pada hakikatnya tiada apa yang salah mengenainya – minta anak memberitahu guru ia berkaitan masalah ketidakselesaan perut.

Tuala wanita, tampon atau cecawan haid

Perkara paling penting ketika haid adalah tuala wanita atau tampon. Umumnya, tuala wanita adalah yang paling mudah diajar cara penggunaannya – hanya perlu dilekatkan pada seluar dalam.

Penggunaan tampon pula memerlukan ilmu tentang cara penggunaannya kerana ia dimasukkan ke dalam faraj.

Ada yang mengatakan kaedah ini lebih selesa, jadi mungkin anda boleh mengajar anak menggunakannya ketika datang haid.

Terdapat cara yang semakin popular untuk menguruskan aliran haid, iaitu menstrual cup atau cecawan haid.

datang haid

Ia boleh digunakan semula dan tempoh pemakaian lebih lama – contohnya perlu ditukar setiap 12 jam. Namun memerlukan beberapa kali percubaan untuk membiasakan diri anak memakainya.

Darah pada baju

Jika ada kesan darah pada pakaian semasa di sekolah, minta anak untuk membasuhnya dengan air bersama sabun, secepat yang mungkin.

Ini kerana darah adalah bahan yang sukar untuk dibersihkan pada tekstil selepas ia kering, jadi tindakan pantas anak akan memudahkan proses mengeluarkan kotoran semasa membasuh kemudian nanti. 

3. Rancang waktu ke bilik air

Jelaskan kepada anak bahawa mereka perlu sentiasa memeriksa semula setiap beberapa 2-3 jam sekali untuk memastikan tuala wanita yang digunakan perlu ditukar atau tidak mahupun diperbetulkan kedudukannya.

Nasihatkan anak untuk melakukan pemeriksaan ke bilik air semasa hari didatangi haid ini pada antara sesi kelas atau waktu rehat. Ini untuk mengelakkan anak daripada perlu meninggalkan sesi pembelajaran mereka.

Ini terutamanya apabila anak mengalami aliran darah yang banyak atau merasakan akan mengalami haid.

4. Persediaan jika datang haid 

Sebagai persediaan untuk kedatangan haid yang seterusnya semasa di sekolah, sarankan anak untuk membawa bekalan tuala wanita, tampon atau cecawan haid dalam beg galas sekolah mereka.

Jika anak menggunakan seluar dalam atau tuala wanita jenis kapas yang boleh digunakan semula, pastikan anak membawa bag bertutup (resealable bag) sebagai tempat penyimpanan terpakai sekiranya perlu menukarnya.

Anak juga boleh membawa seluar dalam tambahan sebagai langkah berwaspada.

5. Kemudahan mesra haid

Minta anak kenal pasti jika di sekolah mereka ada disediakan stok tuala wanita sekiranya berada dalam situasi kecemasan.

Terdapat sesetengah sekolah membenarkan pelajar yang mengalami haid mahupun kekejangan teruk untuk melangkau kelas senaman atau bersenam sendiri.

Pad wanita ketika period.
Pad wanita ketika period.

6. Berikan bantuan kepada rakan yang datang haid 

Sarankan anak membantu rakan yang mengalami masalah yang sama nanti – seperti menawarkan tuala wanita, dan jadikan ia satu situasi normal untuk saling memberi pertolongan.

Tip

Katakan kepada anak, jika mereka perlu menegur secara baik jika ternampak darah pada pakaian rakan sekolah. Jika ia haid pertama rakan, bantu mereka sedaya yang boleh.

7. Meramal bila datang haid 

Ada kalanya haid anak boleh menjadi tidak teratur, khususnya pada tahun pertama. Ia adalah normal.

Namun anda boleh membantu anak untuk mengenal pasti tanda-tanda kemungkinan akan berlaku pendarahan haid melalui pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun dalam telefon.

Cubalah, mana tahu ia berkesan untuk memudahkan anak gadis anda membuat anggaran.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Getting Your Period at School. https://kidshealth.org/en/kids/period-school.html, Accessed on Dec 11, 2021
  2. Managing Periods At School: How To Stay Prepared & Confident. https://www.shoutoutuk.org/2019/02/13/managing-periods-at-school-how-to-stay-prepared-confident/, Accessed on Dec 11, 2021
  3. Preparing your child for menstruation. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/tween-and-teen-health/in-depth/menstruation/art-20046004, Accessed on Dec 11, 2021
  4. Getting the timing right – when should children learn about periods? https://www.sexeducationforum.org.uk/news/blog/getting-timing-right-when-should-children-learn-about-periods, Accessed on Dec 11, 2021
  5. Period lesson plan: guide to menstruation for teachers. https://www.unicef.org/rosa/stories/period-lesson-plan-guide-menstruation-teachers, Accessed on Dec 11, 2021
  6. Periods. https://raisingchildren.net.au/pre-teens/development/periods-hygiene/periods, Accessed on Dec 11, 2021

Versi Terbaru

28/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bagaimana Ingin Menceritakan Tentang Seks Kepada Anak Perempuan Anda

Selain Datang Bulan, Ada 4 Perubahan Pada Tubuh Anak Gadis Masa Akil Baligh, Sedia!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan