backup og meta

Sebelum 'Share' Gambar Anak Di MedSos, Fikirkan 10 Perkara Ini Dahulu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 28/12/2021

    Sebelum 'Share' Gambar Anak Di MedSos, Fikirkan 10 Perkara Ini Dahulu!

    Kebanyakan ibu bapa pasti pernah berkongsikan gambar anak di media sosial, betul tak? Tetapi tahukah anda kesan penggunaan media sosial itu boleh mengundang bahaya tidak terjangkau dek fikiran? 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Kesan penggunaan media sosial akibat berkongsi gambar anak

    Sebagai ibu bapa, pasti anda akan terfikir, “Tiada salahnya untuk berkongsikan gambar si manja di media sosial“. Tetapi adakah apa yang anda fikirkan itu tepat dan betul?

    Atau mungkin gambar yang ingin dikongsikan itu tidak sesuai dan seharusnya tidak dijadikan tatapan umum?

    Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum menerima kesan penggunaan media sosial akibat berkongsikan gambar anak di Facebook, Instagram atau TikTok.

    Boleh tarik perhatian pelbagai individu

    Kanak-kanak merupakan antara individu mudah mendapat perhatian di media sosial. Dengan berkongsikan gambar comel si manja adalah cara yang boleh anda lakukan jika ingin menjadi tumpuan. 

    kesan penggunaan media sosial

    Tetapi seperkara penting yang sering dilupakan, anda mungkin meraih perhatian daripada pihak tidak sepatutnya seperti golongan pedofilia.

    Menyiarkan terlalu banyak gambar anak ketika mereka dalam proses tumbesaran boleh menjadikannya sasaran untuk pemangsa.

    Risikonya semakin bertambah jika anda secara tidak sengaja telah berkongsikan maklumat peribadi di atas talian. 

    Anak memerlukan privasi

    Si kecil di bawah usia 5 tahun mungkin tidak kisah dengan apa yang anda kongsikan atas talian.

    Walau bagaimanapun, situasi itu pastinya akan berubah apabila anak semakin dewasa dan mula mengembangkan identiti mereka sendiri.

    Keadaan boleh menjadi buruk apabila anak menyedari banyak perihal kehidupan awal mereka dikongsikan tanpa persetujuan.

    Ibu bapa harus berhati-hati dalam setiap perkongsian di media sosial. 

    Sebagai contoh, anda mungkin berasa comel untuk berkongsikan foto anak ketika mandi di Facebook tetapi apabila mereka meningkat dewasa, anak mungkin berasa malu mengenainya. 

    Anda juga harus mengelakkan daripada menggunakan anak untuk membuat kenyataan berkaitan politik, sosial atau keagamaan.

    Baca juga:

    Kesan penggunaan media sosial akibat berkongsi gambar anak, boleh wujudkan tekanan

    Sekiranya anak diperkenalkan dengan kewujudan internet sedari kecil, ia boleh memberikan kesan buruk pada usia remaja mereka.

    Umumnya apabila anak semakin meningkat usia awal remaja, mereka lebih peka terhadap imej diri. Jadi anak mungkin berasa malu dengan gambar yang dikongsikan anda semasa mereka masih kecil.

    Situasi tersebut boleh menjejaskan cara mereka berkomunikasi dengan rakan sebaya. Malah membesar dengan mendapat perhatian di media sosial juga boleh menyebabkan anak mengalami tekanan untuk terus mengekalkannya.

    Menjadi individu yang gemar mencari perhatian atau attention seeker adalah tabiat yang tidak sihat yang telah banyak menghancurkan kehidupan kanak-kanak dan juga belia.

    Menjual data anak semasa ‘berkongsi’

    Faktor lain yang perlu anda ambil kira adalah mengenai jumlah maklumat dikongsikan atas talian.

    Apabila berkongsikan video dan gambar anak berkaitan tumbesaran mereka di internet, secara tidak langsung anda ‘menjual’ informasi kepada syarikat atas talian. 

    Syarikat ini mengumpul data dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudian menjualnya kepada pengiklan.

    Pihak pengiklan inilah yang akan menggunakan maklumat untuk menyasarkan anda dengan iklan tertentu yang cenderung menyebabkan pembelian sesuatu barangan atau perkhidmatan. 

    kesan penggunaan media sosial

    Contoh teladan kepada anak

    Anda pastinya pernah atau akan mengingatkan anak tentang kesan penggunaan media sosial dan risikonya, selain mengajar mereka tentang keselamatan atas talian.

    Namun, dalam masa sama anda sendiri mengabaikan nasihat tersebut dengan berkongsikan gambar anak-anak.

    Apabila anak membesar dan kerap melihat perkongsian foto diri mereka di media sosial, secara tidak langsung akan menganggap ia adalah kebiasaan.

    Ini bermakna anda sendiri telah mengajar anak untuk tiada privasi dan kawalan terhadap foto mereka.

    Elak kesan penggunaan media sosial dengan 5 soalan ini

    Anda mahu ‘berkongsikan’ anak dengan dunia. Namun malangnya anda harus sedar bahawa kehidupan anak yang sedang dipertaruhkan.

    Sekiranya ingin berkongsikan foto anak dengan keluarga dan rakan, pastikan anda memahami tetapan privasi di media sosial terlebih dahulu.

    Anda harus sedar bahawa setiap perkongsian gambar atau text di Facebook akan dikumpulkan data. Jadi, sebaiknya pilihlah medium yang tidak mempunyai akses kepada kandungan mesej anda.

    kesan penggunaan media sosial

    Sebelum menggunakan media sosial untuk berkongsikan sebarang gambar anak, tanyakan 5 soalan ini kepada diri sendiri:

    • Tujuan berkongsikan gambar? Pastikan anda mempunyai alasan yang baik sebelum sebarang perkongsian
    • Adakah anda mahu jika seseorang berkongsikan perihal diri anda? Jika anak sudah cukup besar untuk memahami, tanyakan kepada mereka terlebih dahulu
    • Mungkinkah perkongsian itu boleh menyebabkan anak berasa malu, pada waktu sekarang atau di masa hadapan?
    • Adakah terdapat pihak yang tidak sepatutnya melihat perkongsian ini, sekarang atau di masa hadapan? Jika ada, usah kongsikan
    • Adakah ini sesuatu yang anda mahu menjadi sebahagian daripada jejak digital anak anda? 

    Perkara sama juga perlu anda fikirkan semasa mengambil gambar berkumpulan yang melibatkan kanak-kanak lain. Fikirkan sebelum berkongsi atau anda akan menyesal di kemudian hari!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 28/12/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan