Panduan Menyusu Sewaktu Berpuasa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Puasa adalah menahan diri daripada memakan atau mengurangkan pengambilan beberapa jenis atau semua jenis makanan dan minuman untuk suatu tempoh masa secara sukarela. Bagi kaum Muslimin, puasa bererti menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat. Wanita yang menyusu boleh dikecualikan daripada ibadah tersebut. Walau bagaimanapun, ramai wanita menyusu yang sihat memilih untuk melaksanakannya. Jadi, apakah cara yang betul untuk berpuasa apabila anda sedang menyusukan anak?

Adakah selamat untuk berpuasa semasa menyusu?

Menurut beberapa kajian, bekalan susu ibu mungkin dipengaruhi oleh puasa. Para ibu cenderung mengabaikan penyusuan badan kepada bayi mereka pada hari berpuasa berbanding hari biasa. Disebabkan itu, payudara mungkin kurang menghasilkan susu akibat kurang rangsangan. Oleh itu,  pastikan anda menyusu bayi secara teratur untuk menormalkan pengeluaran susu sewaktu puasa.

Secara saintifik, puasa tidak menjejaskan kualiti nutrien susu ibu. Bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya berpuasa hanya jika anda merasakan bahawa tubuh anda cukup sihat. Asalkan anda menjaga amalan pemakanan sihat dan berkhasiat setiap hari, anda akan terus menghasilkan susu ibu yang padat nutrien.

Walau bagaimanapun, jika bayi anda berusia kurang daripada enam bulan dan memerlukan jumlah susu yang lebih banyak, anda mungkin boleh memilih untuk tidak berpuasa. Rujuk doktor anda untuk memberikan anda jadual dan nasihat yang terbaik.

Sementara dari segi kesejahteraan diri, anda tentu akan melalui perubahan fizikal yang dialami orang lain sewaktu berpuasa. Dapatkan sokongan emosi daripada mereka yang pernah melaluinya sebelum anda untuk mengelakkan kemurungan dan keresahan sewaktu tempoh berpuasa.

Apa yang perlu saya lakukan semasa bulan puasa?

Memaksimumkan pengeluaran dan kualiti susu ibu

  • Makan lebih banyak karbohidrat kompleks seperti bijirin penuh, kacang, biji-bijian, oatmeal dan sayur-sayuran hijau.
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak.
  • Kurangkan pengambilan gula anda untuk memastikan gula dalam darah anda stabil semasa puasa.
  • Minum air dengan banyak dan elakkan minuman bergula, berkarbonat dan kafein.
  • Makan ikan untuk menyediakan diri dengan omega-3.
  • Makan makanan kaya kalsium seperti susu, yogurt, minuman yogurt dan susu soya.

Kekalkan tenaga untuk diri sendiri

  • Cuba berpuasa sebelum Ramadan untuk mendapatkan perasaan sebenar untuk mengetahui bagaimana untuk mempersiapkan diri dan mengelakkan tekanan.
  • Pam susu anda di tempat kerja, seperti biasa, untuk mengekalkan penghasilan susu anda.
  • Banyakkan meminum air kosong.
  • Elakkan dehidrasi dengan menahan diri daripada kerja berat.
  • Ambil masa untuk tidur sebentar dan berehat sekali sekala untuk kebaikan anda dan bayi.

Bilakah saya perlu meminta bantuan?

Anda perlu mendapatkan bantuan perubatan:

  • Apabila bayi anda kencing kurang daripada biasa (biasanya bayi yang menyusu kencing sekurang-kurangnya 6 kali sehari selepas minggu pertama).
  • Apabila anak anda kelihatan tidak puas dan menangis selepas disusukan.
  • Apabila berat badan anak anda berkurang.
  • Apabila anak anda menjadi tidak selesa dan gelisah kebanyakan masa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Susu Ibu Dipam Boleh Expired Ke? Ini 5 Tanda Ia Sudah Tidak Elok, Jangan Beri Pada Si Manja

    Bagaimana menentukan perahan susu badan expired atau masih boleh diberikan kepada bayi? Ini 5 tanda tempoh hayat susu ibu telah rosak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 01/07/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Menyusu Badan JANGAN Terus Ambil Paracetamol Kalau Demam, Baca Ini Dulu!

    Ibu yang sedang menyusu badan, perlu berhati-hati sebelum mengambil sebarang jenis ubat. Bagaimana dengan paracetamol ketika sedang demam?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 25/06/2020 . 3 minit bacaan

    Bayi Menyusu Badan Pun Boleh Sembelit? Ini Mungkin Puncanya, Cepat Rawat Ye, Mama!

    Mommies susah hati fikirkan punca bayi sembelit walaupun masih menyusu badan? Takpa, Hello Doktor ada cara mengatasi bayi sembelit yang boleh dicuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 11/06/2020 . 3 minit bacaan

    Susu Keluar Sedikit Atau Payudara Rasa SAKIT? Mungkin Puting Tersumbat, Ini 7 Cara Atasinya

    Anda sedang menyusukan anak dan susu yang keluar sedikit disertai dengan rasa sakit? Haaa...mungkin saluran susu tersumbat. Bagaimana untuk mengatasinya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 27/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyusuan susu ibu

    Bayi Menyusu Badan Kurus & Kurang Berat? Ibu Jangan Risau, Ada Penyelesaiannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan
    menyusukan badan

    Wanita Penghisap Vape, Ada Risiko Jika Anda Menyusukan Bayi, Si Manja Akan Dapat Sakit Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/08/2020 . 3 minit bacaan
    tambah susu badan

    Mama, Tak Perlu Lagi Guna Produk Milk Booster! Ini 4 Kaedah Semula Jadi Tambah Susu Badan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/07/2020 . 3 minit bacaan
    tumbuh gigi

    Takut Sakit Puting, Perlu Ke Hentikan Penyusuan Jika Si Manja Dah Tumbuh Gigi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan