Bilakah Saya Patut Berhenti Menyusukan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Menghentikan penyusuan susu ibu atau bercerai susu adalah satu proses. Ia bukan berlaku sejurus selepas anda mahukannya. Anda dan bayi anda kedua-duanya boleh memutuskan masa yang sesuai untuk menghentikan penyusuan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan semua bayi diberi susu ibu selama enam bulan, kemudian beransur-ansur diperkenalkan kepada makanan pejal yang sesuai selepas enam bulan dengan meneruskan penyusuan pada waktu yang sama sehingga dua tahun atau lebih.

Bayi anda juga mungkin mula kurang meminta susu ibu kerana sudah dapat mencerna lebih banyak makanan. Adalah penting untuk terus memberikan bayi susu ibu walaupun setelah mereka mula memakan makanan pejal. Kerana bayi pada peringkat ini hanya boleh merasa makanan tetapi tidak benar-benar mencernanya. Mereka hanya dapat menelan dan menggunakan makanan apabila mereka berusia 9 hingga 12 bulan.

Susu ibu pada tahun pertama

Dalam tempoh enam bulan pertama, bayi anda hanya memerlukan susu ibu kerana ia mempunyai semua nutrisi yang diperlukan untuk perkembangan bayi. Jika anda membuat keputusan untuk memberhentikan penyusuan bayi anda lebih awal daripada tempoh enam bulan pertama, anda perlu memberi susu formula sebagai pengganti. Sila rujuk jururawat kesihatan ibu dan anak anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini.

Susu formula bayi secara amnya tidak diperlukan selepas 12 bulan pertama, kerana anak anda sudah menerima pelbagai jenis makanan termasuklah produk tenusu.

Bila saya perlu berhenti menyusu?

Jika anda menikmati penyusuan, anda boleh meneruskan selama yang mana yang anda dan bayi anda mahukan. Ini boleh bermakna sehingga setahun, dua tahun, atau lebih lama lagi. Tidak perlu berhenti sebelum anda berdua bersedia.

Kebanyakan wanita menetapkan matlamat penyusuan antara tiga bulan hingga setahun. Walaupun dalam banyak tempat, adalah satu kebiasaan untuk menyusukan selama dua tahun atau lebih lagi.

Berapa lama anda meneruskan penyusuan adalah keputusan anda. Ia akan bergantung kepada emosi serta keadaan anda.

Apa sahaja keputusan yang anda ambil, cuba untuk tidak memberikan apa-apa kepada bayi anda selain susu badan sehingga dia berusia enam bulan (penyusuan eksklusif). Ini akan memberikan bayi anda permulaan yang sihat dalam kehidupan.

Apabila bayi anda sudah bersedia untuk mencuba makanan pejal pertama pada enam bulan, anda masih boleh meneruskan penyusuan badan.

Sokongan pasangan anda, dan rakan-rakan serta keluarga anda akan membuatkannya lebih mudah bagi anda untuk meneruskan penyusuan susu ibu selama yang anda mahu. Kadangkala, si ibu menerima tekanan daripada rakan-rakan dan keluarga untuk menghentikan penyusuan sebelum mereka bersedia. Tetapi keputusan adalah milik anda seorang sahaja, jadi cuba untuk tidak merasa tertekan.

Bagaimana saya perlu berhenti menyusu?

Pakar penyusuan menyarankan membiarkan bayi atau anak kecil anda membuat keputusan apabila dia mahu berhenti menyusu. Tetapi ia terpulang kepada anda untuk memutuskan apa yang terbaik untuk anda dan bayi anda.

Apabila bayi anda makan pelbagai jenis makanan, anda mungkin mendapati bahawa bayi anda dapat mengurangkan waktu menyusu dengan sendiri. Jika anda ingin membantu proses ini bersama-sama,  ambil langkah-langkah berikut:

  • Peringkat pertama: biarkan bayi anda selesai menyusu penuh, kemudian tawarkan sedikit makanan. Galakkan bayi anda bereksperimen dengan rasa dan tekstur. Bayi anda masih akan mendapat sebahagian besar daripada nutrisi yang diperlukan daripada susu ibu.
  • Peringkat kedua: apabila bayi anda makan dengan baik, yang dapat anda ketahui melalui  perubahan dalam najis, anda boleh menukar kaedah. Sewaktu makan, cuba untuk menawarkan makanan sebelum anda menyusukannya. Kemudian anda boleh mula menawarkan makanan setiap kali sebelum susuan.
  • Peringkat ketiga:  tawarkan bayi anda air dalam botol, dan bukan menyusukannya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wanita Penghisap Vape, Ada Risiko Jika Anda Menyusukan Bayi, Si Manja Akan Dapat Sakit Ini!

    Semasa vaping, nikotin di dalamnya diserap masuk ke sistem badan. Tetapi adakah terdapat kesan nikotin vape dalam susu badan jika ibu penghisap vape?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 10/08/2020 . 3 minit bacaan

    Mama, Tak Perlu Lagi Guna Produk Milk Booster! Ini 4 Kaedah Semula Jadi Tambah Susu Badan

    Selamat ke guna milk booster untuk tambah susu badan? Jika anda nak tahu, ada 4 alternatif semula jadi untuk tingkatkan jumlah susu badan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 29/07/2020 . 3 minit bacaan

    Takut Sakit Puting, Perlu Ke Hentikan Penyusuan Jika Si Manja Dah Tumbuh Gigi?

    Ramai ibu yang berhenti menyusukan anak yang tumbuh gigi kerana takut digigit oleh mereka. Ini cara untuk berikan susu badan tanpa bimbang akan digigit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Menyusu Badan JANGAN Terus Ambil Paracetamol Kalau Demam, Baca Ini Dulu!

    Ibu yang sedang menyusu badan, perlu berhati-hati sebelum mengambil sebarang jenis ubat. Bagaimana dengan paracetamol ketika sedang demam?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 25/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    puting lelaki

    Payudara Lelaki Mungkin Tidak Sebesar Wanita, Tapi Ada Fungsi Pada Puting Dada Si Jejaka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 11/11/2020 . 3 minit bacaan
    penyusuan susu ibu

    Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    aktiviti fizikal

    Ibu Takut Nak Bersenam Sebab Masih Menyusukan Bayi? Usah Risau! Cuba 6 Tip Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyusuan susu ibu

    Bayi Menyusu Badan Kurus & Kurang Berat? Ibu Jangan Risau, Ada Penyelesaiannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan