Penyakit HFMD dan Cacar Air: Apa Perbezaannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/06/2020 . 8 minit bacaan
Share now

Sejak kebelakangan ini, penyakit HFMD atau lebih dikenali sebagai penyakit tangan kaki dan mulut kian berleluasa sama ada di seantero dunia mahupun di negara kita sendiri. Ia kini berada di tahap yang sangat membimbangkan kerana ia akan menyerang kanak-kanak yang berusia bawah 5 tahun dan boleh membawa maut jika tidak segera dirawat.

Penyakit ini akan menimbulkan beberapa simptom yang kadangkala tidak dapat dikesan oleh ibu bapa kanak-kanak itu sendiri. Antara simptom yang paling dikenali adalah pembentukan ruam-ruam kemerahan di anggota badan kanak-kanak terutamanya tangan, kaki dan mulut, sesuai dengan namanya.

Pun begitu, kebanyakan ibu bapa mungkin tidak perasan atau peduli dengan keberadaan ruam-ruam ini lalu menganggapnya adalah ruaam yang biasa sahaja. Malahan itu, ada juga yang menganggapnya sebagai cacar air (chickenpox) walhal ia adalah sama sekali jenis penyakit yang berbeza.

Disebabkan itu, ibu bapa sebenarnya harus lebih peka dengan kondisi anak dan segera mendapatkan rawatan jika berlaku sebarang komplikasi yang tidak diingini. Buat ibu bapa yang masih ragu-ragu akan perbezaan antara penyakit HFMD dengan cacar air, sila baca artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

penyakit HFMD

Apa beza penyakit HFMD dan cacar air?

Ya, jika dilihat daripada luarannya sahaja, ia mungkin kelihatan agak sama. Kedua-duanya akan menyebabkan pertumbuhan ruam-ruam kemerahan di sekitar anggota badan kanak-kanak yang dijangkiti. Namun begitu, ibu bapa perlu berhati-hati kerana kedua-duanya adalah berbeza.

Penyakit HFMD dan juga cacar air adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus dan berkongsi beberapa ciri yang umum lantas akan menyebabkan kekeliruan diagnostik. Pun begitu, terdapat beberapa ciri yang membezakan antara kedua-dua penyakit itu.

Apa itu cacar air?

Cacar air atau chickenpox, juga dikenali sebagai varicella, adalah sejenis jangkitan virus yang mempengaruhi kulit dan membran mukus lantas menyebabkan ruam seperti lepuh pada seluruh badan dan muka. Ia akan menular kepada individu yang tidak pernah atau belum menghidapi cacar air atau tidak diberi vaksin untuk cacar air. Ia disebabkan oleh virus herpes yang biasa dipanggil virus varicella-zoster.

Virus ini akan menyebabkan cacar air semasa zaman kanak-kanak tetapi semasa dewasa pula ia akan menyebabkan kayap (herpes zoster). Kayap adalah lebih menyakitkan dan boleh menyebabkan komplikasi yang teruk.

Apa Itu penyakit HFMD?

Penyakit tangan kaki dan mulut atau penyakit HFMD adalah jangkitan yang disebabkan oleh virus kumpulan enterovirus. Jika dijangkiti, tekak dan tonsil akan mula timbul ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan celah kangkang akan dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil).

Biasanya penyakit ini sederhana sahaja dan ruam sembuh dalam masa 5 hingga 7 hari. Sama ada individu dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkiti penyakit ini.

Punca cacar air dan penyakit HFMD

Cacar air:

Virus varicella-zoster (VZV) adalah penyebab berlakunya cacar air. Penyakit ini sangat menular iaitu lebih daripada 90% individu tidak imun akan mendapat cacar air selepas terdedah kepadanya. VZV boleh berjangkit dengan sentuhan kulit ke kulit secara langsung dan melalui titisan pernafasan (contohnya, batuk, bersin) dari individu yang dijangkiti.

Walaupun tempoh inkubasi purata dari pendedahan virus kepada permulaan simptom adalah 12-14 hari, simptom mungkin muncul seawal 10 hari atau sehingga 21 hari selepas pendedahan kepada virus.

Penyakit HFMD:

Sama seperti cacar air, penyakit HFMD juga akan berlaku ekoran daripada jangkitan virus cuma ia adalah berpunca daripada virus yang berbeza. Penyakit tangan kaki dan mulut biasanya disebabkan oleh coxsackievirus A-16 daripada kumpulan Enterovirus. Terdapat beberapa jenis enterovirus lain yang boleh menyebabkan simptom ini juga, tetapi ia kurang biasa.

Kanak-kanak biasanya dijangkiti virus daripada kanak-kanak lain dalam pola fecal-oral iaitu jangkitan diperoleh dari pendedahan kepada bahan buang kotoran atau rembesan mulut (hidung hidung, air liur, dll). Tempoh inkubasi bagi penyakit ini biasanya adalah lima hari.

Simptom cacar air dan penyakit HFMD

Cacar air:

Kanak-kanak yang sihat umumnya akan mengalami satu hingga dua hari demam, sakit tekak, dan sakit sekitar dua minggu selepas terdedah kepada VZV. Dalam tempoh 24 jam dari simptom ini mula timbul, ruam akan mula berkembang pada belakang badan dan kemudian merebak selama tujuh hingga 10 hari ke muka, lengan, dan kaki.

Kulit lesi (tompok berjangkit seperti dalam suatu penyakit kulit) akan berkembang melalui evolusi yang boleh diramalkan dari bintik merah (papul) seperti gigitan serangga kepada lepuh (vesicle), kemudian pustul (bintik merah bernanah), yang kemudiannya menjadi kudis. Cecair vesicle dan pustular sangat tertumpu kepada zarah virus berjangkit.

Penyakit HFMD:

Simptom awal penyakit HFMD termasuklah demam dan simptom umum ialah selera makan berkurang dan juga kesakitan. Simptom ini biasanya berlaku satu hingga dua hari sebelum ruam seperti lepuh berkembang pada tangan, kaki, dan di dalam mulut.

Ruam pada mulanya akan muncul sebagai bintik merah kecil tetapi kemudian berkembang menjadi lepuh. Ia boleh timbul pada gusi, dalaman pipi dan lidah, dan pesakit mungkin mengadu sakit mulut dan sakit tekak.

Sekiranya masih keliru dan sukar membezakan sama ada cacar air atau penyakit tangan kaki dan mulut segera berjumpa doktor untuk diagnosis dan rawatan lanjutan.

Antara perbezaan lain yang paling ketara mengenai kedua-dua penyakit ini adalah penyakit cacar air adalah lebih dikenali oleh ibu bapa berbanding penyakit tangan kaki dan mulut. Ini kerana ia mungkin adalah lebih biasa dijumpai dan dijangkiti oleh kanak-kanak di negara kita. Jadi, anda sebagai ibu bapa perlu lebih mengenali mengenai penyakit HFMD ini dengan lebih mendalam lagi.

penyakit HFMD

Bagaimana menangani penyakit HFMD?

Penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) adalah penyakit berjangkit yang biasa berlaku kepada kanak-kanak sebelum usia 5 tahun. Ia berlaku disebabkan virus jenis Enterovirus terutamanya virus coxsackie. Virus ini biasanya merebak antara pesakit melalui sentuhan dengan tangan atau permukaan yang dicemari najis. Ia juga boleh tersebar melalui air liur, najis atau rembesan pernafasan daripada mereka yang telah dijangkiti.

Penyakit ini muncul seperti simptom jangkitan virus yang lain, dengan demam dan masalah pernafasan. Beberapa hari kemudian, lepuh mungkin muncul pada mulut (herpangina) dan mungkin menyakitkan kepada anak anda. Jika anak anda berasa sakit untuk menelan, mereka mungkin perlu dipujuk untuk makan dan minum. Apabila ruam badan muncul sehari kemudian, HFMD bakal kebah. Simptom-simptom akan berkurang setelah seminggu dijangkiti.

Penjagaan anak yang telah dijangkiti penyakit HFMD

Sekiranya anak anda mempunyai kes yang agak ringan, anda tidak perlu melakukan penjagaan berlebihan selain daripada mengawasi suhunya dan pastikan dia minum dan makan dengan cukup. Walau bagaimanapun, jika anak anda mengalami kes HFMD yang teruk, mereka mungkin berasa sangat sakit. Jadi, anda perlu bersedia untuk memujuk anak anda untuk minum dan makan dengan secukupnya

Dalam pada itu, jangan berikan anak anda makanan yang masin, pedas, atau berasid kepada anak anda semasa mulutnya sedang sakit. Makanan lembut akan memudahkan bayi anda menelan. Minuman sejuk, ais krim, dan ais pop juga boleh mengurangkan rasa tidak selesa.

Jika doktor membenarkan, anda boleh memberikan anak anda dos acetaminophen yang sesuai (jika bayi berusia sekurang-kurangnya 3 bulan) atau ibuprofen (jika bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan). Jangan sekali-kali memberikan aspirin kepada kanak-kanak. Ia boleh membawa kepada sindrom Reye, yang jarang berlaku tetapi boleh membawa maut.

Jika anak anda berusia lebih daripada 12 bulan, tanya doktor tentang ubat-ubat cecair yang berbeza untuk melegakan sakit mulutnya. Ruam pada badan disebabkan HFMD tidak menyebabkan kegatalan, jadi rawatan sapuan tidak akan membawa kepada sebarang perbezaan.

Kebiasaannya, HFMD boleh dikawal di rumah, melainkan anak anda menunjukkan tanda-tanda dehidrasi. Perhatikan jika terdapat masalah mulut kering, dahaga yang melampau, pengeluaran air kencing berkurang dengan ketara dan kurang tenaga. Jika berlaku, segera hubungi doktor anda.

Disebabkan itu juga, kuarantin adalah perkara yang perlu dilakukan untuk mengelakkan anak anda daripada menjangkiti kanak-kanak lain. Selain itu juga, penyakit ini sebenarnya adalah boleh dielakkan atau dihalang daripada menjadi lebih teruk jika anda tidak membenarkan mereka bermain di luar rumah terutamanya taman permainan.

Hindari anak anda dari bermain di taman permainan

Bagi mengelakkan anak anda dijangkiti penyakit HFMD, anda sebenarnya perlu menghalang anak anda daripada bermain di taman permainan yang terbuka. Ini kerana hampir semua daripada peralatan di taman permainan telah tercemar dengan bakteria yang memudaratkan dan menjadi penyebab kepada penyakit tertentu.

Ketika si comel anda sedang seronok bermain jongkang-jongkit, buaian, gelongsor, palang besi dan lain-lain, ia secara langsung akan mendedahkan mereka kepada peluh, air liur, air kencing atau mungkin darah individu lain semasa menggunakan peralatan tersebut.

Disebabkan taman permainan awam kebiasaannya tidak dijaga kebersihannya secara konsisten, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kerana setiap peralatan permainan boleh menjadi tempat pembiakan pelbagai bakteria dan kuman.

Malahan itu, terdapat kajian menunjukkan bahawa hampir separuh daripada semua peralatan permainan telah tercemar dengan kuman berbahaya dan bakteria yang menyebabkan penyebaran penyakit pada kanak-kanak terutamanya penyakit tangan kaki dan mulut.

Berikut adalah unit pembentukan bakteria CFU – unit yang digunakan untuk menganggarkan jumlah bakteria yang berkembang atau sel kulat dalam sampel – yang terdapat di taman permainan:

Sumber grafik daripada Home Advisor

Hakikatnya, ia adalah sama sekali jauh bezanya dengan unit pembentukan bakteria di rumah anda sendiri. CFU kedua-duanya dapat diperhatikan menerusi gambar yang berikut:

Sumber grafik daripada Home Advisor

Pun begitu, ia bukanlah bermaksud anak anda tidak boleh langsung untuk bermain di taman permainan bersama rakan-rakan seusia mereka. Sebenarnya, anak anda masih boleh bermain di sana asalkan mereka mengikuti langkah-langkah sebelum atau selepas ke taman permainan seperti berikut:

1. Mencuci tangan

Sebelum, selepas atau setiap kali anak anda bermain di taman permainan, anda sebagai ibu bapa perlu mengingatkan atau membantu mereka untuk mencuci tangan mereka dengan air dan sabun. Penggunaan sabun tanpa sifat anti-bakteria sangat berkesan terhadap kuman dan penyakit. Gosokkan sabun di seluruh kawasan tangan mereka dengan teliti sebelum bilas dengan air bersih.

2. Guna pembasmi kuman (hand sanitizer)

Kebanyakan ibu bapa kurang menitikberatkan penggunaan pembasmi kuman ini. Namun begitu, ia akan mendatangkan sangat besar manfaatnya apabila anak anda terdedah dengan persekitaran luar. Penggunaannya sebelum atau selepas bermain di taman permainan akan membantu meminimumkan penyebaran mana-mana kuman dan bakteria pada anak anda dan kanak-kanak lain ketika mereka sedang leka bermain bersama rakan-rakan mereka.

3. Bawa tuala atau tisu basah

Sebelum berangkat ke taman permainan, anda perlu sediakan tuala atau tisu basah supaya anda boleh mengelap tubuh anak anda selepas mereka selesai bermain. Ataupun, anda juga boleh gunakan ia untuk membersihkan peralatan yang kotor sebelum mereka menyentuhnya.

Dengan ini, anak anda mungkin dapat dilindungi dengan lebih menyeluruh. Jika lawatan ke taman permainan tersebut diakhiri dengan timbulnya pelbagai simptom yang tidak kena terhadap si comel anda, segera bawanya berjumpa doktor.

penyakit HFMD

Bagaimana mengelakkan penyakit HFMD?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Berdasarkan ayat ini, ibu bapa mungkin mahu tahu tentang beberapa tip atau petua untuk mengelakkan penyakit HFMD ini daripada menjangkiti si comel anda.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ibu bapa atau penjaga seharusnya mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

#1. Kenali tanda-tandanya

Apa yang paling penting adalah anda tahu sedikit sebanyak mengenai penyakit HFMD ini. Jadi, anda perlu melengkapkan diri dengan serba-serbi pengetahuan berkenaan penyakit ini melalui pembacaan artikel-artikel mengenainya di ruangan kesihatan yang telah diiktiraf.

Dengan itu, anda dapat mengenal pasti dengan lebih awal sebarang tanda-tanda penyakit yang boleh membawa maut ini dan segera bawa mereka berjumpa doktor jika anda perasan sesuatu yang tidak kena dengan mereka.

#2. Elakkan mengunjungi tempat awam

Sebaiknya, anda perlu kurangkan aktiviti di luar rumah buat sementara waktu terutamanya ketika wabak ini sedang tersebar dengan meluas dan sudah ada kanak-kanak atau individu yang telah terjangkiti di kawasan kejiranan anda. Cuba elakkan mengunjungi tempat awam seperti sekolah, taska, tadika atau pusat asuhan kerana penyakit ini adalah penyakit yang boleh berjangkit dengan mudah.

#3. Elakkan perkongsian barang

Selain tempat, anda juga perlu memastikan anak anda tidak berkongsi apa-apa barang mereka dengan kanak-kanak atau individu lain. Ini termasuklah peralatan makan dan minum seperti pinggan, cawan, sudu atau garfu di tempat mereka berada. Sebaiknya, bekalkan anak anda dengan bekas makanan dan minuman sendiri jika mereka perlu berada di sesuatu tempat di luar jangkauan pemerhatian anda.

#4. Bersihkan alatan dan mainan

Disebabkan penyakit ini sangat mudah merebak, jadi anda perlu berhati-hati dengan membersihkan segala alatan dan mainan mereka sebelum, selepas atau semasa mereka menggunakannya. Sebaiknya, bersihkannya dengan menggunakan larutan yang berasaskan klorin pada setiap alatan atau mainan mereka. Selain itu, bersihkan juga lantai dan tandas rumah anda.

#5. Lupuskan najis dengan cermat

Ini sangat perlu dilakukan kerana kanak-kanak yang masih belum pandai menguruskan diri mereka dengan baik. Caranya, pastikan pembuangan lampin pakai buang dengan cermat. Selain itu, awasi anak anda ketika mereka menggunakan tandas untuk membuang air.

#6. Amalkan langkah kebersihan dengan baik

Amalan kebersihan perlu dilaksanakan dengan baik oleh anda dan ini perlu diterapkan kepada anak-anak anda juga. apa yang paling penting adalah anda perlu mengamalkan amalan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin, dan selepas mencuci najis kanak-kanak dan semasa merawat ruam-ruam merah yang telah timbul pada kanak-kanak yang sudah dijangkiti.

#7. Saringan pihak sekolah dan pusat jagaan

Jika sudah berlaku kes penyakit HFMD di kawasan kejiranan anda, pihak sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak seperti taska dan tadika perlu membuat saringan sebelum membenarkan kanak-kanak memasukinya. Sekiranya keadaan sudah tidak mampu dikawal, pihak sekolah dan pusat jagaan disarankan untuk ditutup seketika sehingga wabak tersebut dapat dikawal.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tip Rawat Cacar Air pada Anak

    Cacar air atau lebih dikenali sebagai chicken pox adalah jangkitan yang muncul disebabkan virus varicella-zoster. Berikut tip rawat cacar air di rumah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 06/05/2019 . 2 minit bacaan

    JANGAN Main-main! Makin Ramai Yang Dijangkiti Demam Campak Jika Tahap Suntikan Vaksin Semakin Menurut.

    Akibat daripada penurunan tahap pengambilan vaksin, kes jangkitan demam campak atau measles menjadi semakin meningkat di Amerika Syarikat dan negara lain

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Berita, Berita Antarabangsa 19/04/2019 . 3 minit bacaan

    Lonjakan Kes Demam Campak di Peringkat Global Kerana Kurang Liputan Vaksin

    Kes demam campak yang dilaporkan pada tahun 2017 mengalami lonjakan dan banyak negara menghadapi wabak campak yang serius serta berpanjangan, menurut laporan yang baru diterbitkan oleh organisasi kesihatan terkemuka. Disebabkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Berita, Berita Antarabangsa 30/11/2018 . 2 minit bacaan

    Wabak Demam Campak di Selatan Thailand – Pastikan Anda dan Keluarga Selamat

    Baru-baru ini negara kita menerima berita mengenai wabak beguk yang berlaku di dua buah sekolah di Kajang dan Gombak. Di Selatan Thailand pula, telah berlaku wabak campak sejak September lalu. Angka yang ditunjukkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Berita, Berita Tempatan 09/11/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cacar air

    Anak Kena Chickenpox? Nah, Cuba Rawatan Semula Jadi Ini Di Rumah, Pasti Berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
    anti vaksin

    Mengejutkan! Ini Rupanya Punca Fahaman Anti Vaksin Semakin Kuat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 06/10/2019 . 2 minit bacaan

    Demam Campak Orang Asli Suku Batek: Kejadian Wabak Adalah Terkawal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 20/06/2019 . 4 minit bacaan
    Suhu Normal Bayi Apa yang Perlu Anda Ketahui

    Suhu Normal Bayi: Apa yang Perlu Anda Ketahui?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/06/2019 . 8 minit bacaan