Cara-cara untuk Bercerai Susu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Bercerai susu adalah proses penting untuk kedua-dua ibu dan bayi bagi mendapatkan kehidupan yang lebih sihat dan gembira. Jika anda masih bergelut dengan proses bercerai susu, ketahui fakta dan cubalah tip yang disediakan dalam artikel ini:

Bilakah masa terbaik untuk mula bercerai susu?

American Academy of Pediatrics menyarankan setiap ibu baru memberikan bayi penyusuan susu badan secara eksklusif untuk tempoh enam bulan pertama selepas kelahiran bayi, dan pemberian susu ibu diteruskan dengan gabungan makanan pejal sehinggalah bayi mencapai usia satu tahun. Tidak mengapa jika ibu-ibu yang ingin meneruskan penyusuan badan selepas tempoh itu asalkan kedua-dua anda dan bayi mahu. Dalam erti kata lain, permulaan untuk mula bercerai susu adalah keputusan peribadi anda.

Pertama, fikirkan tentang keperluan anda dan anak anda apabila mempertimbangkan untuk bercerai susu atau menghentikan penyusuan susu badan. Jangan membandingkan keadaan anda dengan ahli keluarga yang lain, dan anda juga boleh mempertimbangkan untuk meletakkan sebarang tempoh untuk bercerai susu apabila anda hamil semula atau apabila anda melahirkan bayi baharu.

Beberapa teknik bercerai susu untuk bayi anda

1. Jangan tawarkan, jangan pula menolak

Kebanyakan ibu menganggap bahawa ‘jangan tawarkan, jangan menolak’ sebagai teknik bercerai susu yang paling lembut sekali memandangkan ia mengambil kira keperluan anak anda. Kaedah ini melibatkan ibu untuk tidak menawarkan penyusuan susu ibu kepada si manja, tetapi dalam masa yang sama tidak menolak jika si anak ingin menyusu. Ramai ibu secara semula jadinya menggunakan kaedah ini apabila anak mereka semakin besar. Walau bagaimanapun, memandangkan kaedah ini memerlukan masa yang lebih panjang berbanding kaedah bercerai susu yang lain, jadi anda tidak digalakkan untuk mempraktikkan kaedah ini sekiranya anda ingin cepat bercerai susu.

2. Hentikan satu penyusuan pada satu-satu masa

Pastikan proses ini diselesaikan secara perlahan-lahan, berperingkat supaya:

  • Payudara anda tidak sakit sehingga mengganggu anda jika menghentikan penyusuan
  • Anak anda mempunyai masa untuk menyesuaikan diri dengan transisi atau peralihan.

Untuk minggu pertama bercerai susu, anda boleh mula menawarkan penyusuan botol kepada anak anda sekali sehari, dan terus menambah kekerapan pemberian susu botol selepas itu. Tawarkan anak anda makanan kegemarannya semasa dia hendak menyusu badan, jadi si manja anda tidak akan rasa terlalu mendadak dan meragam.

3. Minta bantuan orang lain

Bagi membuatkan anak anda rasa lebih selesa, adalah disarankan supaya anda menukar dengan kerap orang yang memberikan susu kepada anak anda. Contohnya, untuk beberapa botol pertama, anda minta suami atau ibu anda ataupun pengasuh anak untuk membantu anda memberikan susu botol dan makan kepada si kecil. Anda juga boleh meminta mereka untuk menyuapkan anak anda makanan atau minuman menggunakan sudu.

4. Cuba dan cuba lagi

Semasa tempoh peralihan daripada penyusuan susu ibu kepada penyusuan botol, bayi anda mungkin akan mengalami beberapa ketidakselesaan. Oleh itu, anda perlu menukar botol dan puting beberapa kali sebelum menemukan yang sesuai dengan bayi anda. Sesetengah bayi mungkin akan menyukai botol dan puting yang keluar laju sementara sesetengah yang lain sukakan yang lebih perlahan alirannya. Jika bayi anda berusia lebih daripada sembilan bulan, anda boleh terus melangkau pemberian susu botol dan terus mencuba untuk memberikan cawan sedut (sippy cup). Namun, anda masih perlu mencari cawan sedut yang sesuai dengan bayi anda.

Membesarkan anak adalah pengalaman yang menarik yang dialami oleh setiap individu. Walau bagaimanapun, ia memerlukan masa dan usaha. Cabaran paling pertama yang akan anda harungi adalah proses bercerai susu. Bersabarlah dan percaya anda dan bayi mampu melaluinya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    7 Barang Di Rumah Yang Boleh Jadi Punca Alahan! Jaga-Jaga, Kondom Turut Tersenarai!

    Kadangkala, objek biasa di sekeliling anda juga boleh menjadi punca alahan. Jika anda alami alahan jenis ini, berhati-hati ya ketika menggunakan 7 benda ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Alahan, Alahan Kulit 27/01/2021 . 3 minit bacaan

    Kena Tahu, Penyakit Radang Paru-paru Mungkin Akan Sebabkan 6 Komplikasi Serius Ini!

    Penyakit radang paru-paru memang berbahaya dan terdapat 6 komplikasi pneumonia yang mungkin akan terjadi. Jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Sukar Orgasme & Selalu Rasa Penat? Ini Tanda Awal Wanita Muda Alami Sakit Saraf MS!

    Multiple sclerosis (MS), sejenis penyakit neurologi autoimun yang menyebabkan keradangan sistem saraf pusat. Ini tanda-tanda awalnya dalam kalangan wanita..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Sistem Saraf & Otak, Sklerosis Berbilang 27/01/2021 . 3 minit bacaan

    Sudah Buang Rahim, Tapi Risiko Kanser Ovari Masih Ada! Ini Penjelasannya…

    Benarkah individu yang pernah menjalani histerektomi atau prosedur buang rahim masih mempunyai risiko barah ovari? Kenapa ia boleh terjadi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kanser, Kanser Ovari 27/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    anak tidur berdengkur

    Si Kecil Boleh Alami 7 Kesan Berdengkur Ini Jika Tidak Dapat Rawatan Segera Doktor Gigi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
    serangan panik dan kegelisahan

    Serangan Panik & Kegelisahan, Macam Sama Tapi Tak Serupa! Ini Cara Untuk Bezakannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
    pembedahan prostat

    Risau ZAKAR MENGECIL Selepas Pembedahan Prostat? Tapi, Ini Risikonya Jika Anda Tidak Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
    peranan ibu bapa

    Si Kecil Nak Buat Semua Perkara Sendiri? Sebagai Parents Ini Cara Untuk Galakkan Anak Berdikari

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan