Bagaimana untuk mengelakkan alergi makanan dalam kalangan kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Sebaik sahaja fasa bercerai susu bermula, bayi akan diberikan makanan pejal. Pemberian makanan pejal bayi adalah pencapaian penting untuk ibu bapa. Walau bagaimanapun, memulakan pemberian makanan pejal juga bermakna anda perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan, terutamanya tentang alahan atau alergi makanan. Apakah makanan yang berkemungkinan akan menyebabkan bayi alergik? Bagaimana cara untuk mencegahnya? Tips-tips di bawah mungkin boleh membantu anda.

Mula kenal pasti alergi makanan

Jangan memperkenalkan bayi anda pelbagai jenis makanan pada satu-satu masa. Sebaliknya, anda perlu menawarkan satu-satu makanan secara berperingkat. Jika anda pasti tiada reaksi alergik terjadi pada bayi anda, kemudian barulah anda bertukar kepada jenis makanan lain. Sebaik-baiknya, anda perlu menunggu sehingga tiga atau lima hari selepas memperkenalkan anak kepada makanan baru dalam dietnya. Langkah ini adalah amat penting. Katakanlah anda memberikan anak anda tiga jenis makanan dalam sehari. Kemudian, hari berikutnya dia mendapat reaksi alergik. Jadi, bagaimana untuk anda tahu jenis makanan apa yang menjadi alahan buat si manja?

8 jenis makanan yang sering menimbulkan alergi

Anda perlu berhati-hati apabila memperkenalkan makanan baru. Anda mesti ingin memantau jika berlaku sebarang reaksi alergik. Terdapat lebih daripada 160 makanan alergenik. Sesetengah makanan pula mungkin memberi reaksi yang lebih agresif. Berikut merupakan 8 jenis makanan dan kumpulan makanan yang sering menyebabkan alergi makanan berlaku dalam kalangan kanak-kanak:

  • Susu;
  • Telur;
  • Kacang tanah;
  • Kacang pokok (seperti walnut atau kacang badam);
  • Ikan;
  • Kerang-kerangan;
  • Soya;
  • Gandum.

Simptom alergi makanan

Simptom alergi makanan selalunya muncul dalam masa beberapa minit sehingga beberapa jam selepas makan. Jika anda lihat simptom di bawah, segera bawa bayi anda berjumpa doktor.

  • Bekas hivesor;
  • Flushedskin atau ruam;
  • Bengkak muka, lidah, atau bibir;
  • Muntah dan/ atau cirit-birit;
  • Batuk atau mendesah;
  • Sukar bernafas;
  • Tidak sedarkan siri.

Reaksi alergik yang teruk boleh membawa maut. Jika bayi anda mengalami masalah sukar bernafas ataupun mendesah, mempunyai bengkak pada muka/bibir, atau mengalami muntah atau cirit-birit yang teruk selepas makan, hubungi bilik kecemasan segera. Anda perlu memaklumkan doktor pediatrik tentang pemakanan anak anda.

Menangani alergi makanan sederhana dalam kalangan bayi

Jika anda melihat simptom-simptom kecil atau sederhana, seperti gatal atau ruam, hubungi pakar pediatrik untuk penilaian seterusnya. Sebaik sahaja punca alergik bayi anda dikenal pasti, doktor akan memberikan anda pelan tindakan untuk menangani alergi (selalunya, menyingkirkan makanan tersebut daripada diet anak anda) dan memberitahu cara menguruskan alergi.

Ingatlah, jika bayi menunjukkan reaksi alergi yang sederhana pada makanan baru, ia mungkin boleh menjadi parah pada pendedahan yang seterusnya. Jadi, penting untuk anda bercakap dengan pakar pediatrik tentang simptom alergi makanan yang muncul pada bayi anda.

Sesetengah alahan juga mungkin akan hilang seiring dengan peningkatan masa. Alahan pada telur dan susu selalunya akan hilang apabila kanak-kanak semakin membesar, akan tetapi alahan pada kacang tanah, kacang pokok, dan kerang-kerangan akan kekal bertahan.

Lindungi bayi daripada alergi makanan

Ramai pediatrik yang masih menyarankan untuk menunggu bayi sehingga besar — 9 atau 10 bulan — sebelum menawarkan 8 jenis makanan alergenik di atas. Walaupun jika tiada risiko tambahan yang menyebabkan alergi, pakar berpendapat bahawa reaksi alergik adalah lebih mudah diuruskan pada bayi yang lebih besar. Sesetengah pakar pediatrik bimbang akan keterukan sesetengah reaksi alergik terhadap kacang tanah dan kerang, justeru mereka masih menyarankan untuk mengelakkan jenis-jenis makanan ini daripada bayi sehinggalah usia mereka sekurang-kurangnya mencapai 3 tahun.

Susu lembu asli tidak boleh diberikan kepada bayi yang lebih muda, iaitu di bawah usia satu tahun, kerana protein yang ada dalam susu lembu boleh mengganggu perut bayi. Walau bagaimanapun, pemberian yogurt dan keju lembut adalah dibolehkan, kerana protein dalam produk tenusu ini telah terurai dan kurang menghasilkan masalah pada perut. Anda perlu menunggu sehingga sekurang-kurangnya umur bayi 1 tahun (sesetengah pakar mengatakan 2 tahun) untuk memperkenalkan madu, yang mana boleh menyebabkan penyakit serius dipanggil infant botulism. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Susahnya Nak Lelapkan Mata Semasa Demam! Jangan Risau, Ini 7 Cara Untuk Tidur Lena

    Anda demam? Pasti anda rasa susah untuk tidur malam. Ini kami bawakan kepada anda 7 tip untuk anda tidur dengan lena ketika sedang sakit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kerap Alami Kembung Perut? Itu Mungkin Tanda USUS TERSUMBAT, Atasinya Dengan Diet Ini

    Keadaan usus tersumbat boleh menyebabkan berlakunya masalah perut kembung. Jangan bimbang, diet pemakanan ini boleh bantu mengatasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

    Seperti yang diketahui umum, mereka yang mempunyai berat berlebihan cenderung untuk menghidap kolesterol tinggi, tetapi orang kurus juga boleh terkena, tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Selulit & Stretch Marks Berbeza, Ya! Ini 3 Cara Untuk Mencegahnya, Mudah Sahaja!

    Bila tengok keadaan kulit, jadi keliru, ini masalah selulit atau tanda regangan? Hmmm, macam mana nak bezakan antara kedua-duanya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    apa itu kanser prostat

    Jangan Sangka Kanser Prostat Hanya Boleh Berlaku Pada Lelaki, Wanita Pun Berisiko?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    suami isteri

    Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    mitos kanser serviks

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    hidup gembira

    Tidak Perlu Banyak Wang, Ini 12 Cara Menikmati Hidup Dengan Gembira

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan