backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Vaksin Hepatitis B Untuk Bayi? Ini Sebabnya!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Disemak pada 06/01/2022

Vaksin Hepatitis B Untuk Bayi? Ini Sebabnya!

Berdasarkan Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), suntikan vaksin hepatitis B akan diberikan kepada si manja sebelum berusia setahun. Namun apakah kepentingan dan manfaatnya buat bayi?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Suntikan imunisasi

Vaksin hepatitis B 

Di Malaysia, suntikan hepatitis biasanya diberikan dalam 3 suntikan.

Suntikan imunisasi bayi bagi dos pertama ini akan diberi sebaik sahaja dilahirkan dan akan melengkapkan 3 dos ketika berusia 6 bulan, di mana dos kedua diberikan selepas sebulan dilahirkan.

Dos hepatitis masa kelahiran adalah bahagian penting dalam mencegah penyakit jangka panjang kepada si manja dan juga penyebaran hepatitis B.

Tidak dinafikan dalam kesibukan menjaga bayi baru lahir, ada ibu bapa terkadang lupa tarikh suntikan vaksin si manja.

Biasanya jika berlaku, kakitangan kesihatan boleh memberikan tarikh baru untuk mendapatkan vaksin hepatitis dos seterusnya tanpa perlu mengulangi siri vaksin.

vaksin hepatitis b

Individu perlu divaksinasi

Individu disarankan mendapatkan vaksin hepatitis B 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan vaksin ini untuk diberikan sebagai suntikan imunisasi bayi dan kanak-kanak sehingga berusia 18 tahun.

Namun, individu dewasa juga perlu mempertimbangkan untuk mendapatkan suntikan vaksin ini jika masih mempunyai risiko dijangkiti hepatitis B, khususnya mereka yang termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi.

Berikut senarai individu yang disarankan untuk menerima vaksin hepatitis B:

  • Semua bayi bermula sejak lahir
  • Semua kanak-kanak berumur <19 tahun yang belum diberi vaksin sebelum ini
  • Pasangan seksual yang terdedah kepada individu positif hepatitis B
  • Individu aktif secara seksual yang tidak menjalinkan hubungan monogami jangka panjang, contoh lebih daripada 1 pasangan dalam tempoh 6 bulan
  • Individu yang sedang melakukan rawatan untuk penyakit kelamin
  • Lelaki yang bersetubuh dengan lelaki
  • Penghisap dadah suntikan
  • Isi rumah yang terdedah kepada individu positif hepatitis B
  • Pekerja kesihatan dan keselamatan awam yang berisiko terdedah kepada darah
  • Pesakit buah pinggang peringkat akhir – pra-dialisis, hemodialisis, dialisis peritoneal dan pesakit dialisis di rumah
  • Individu yang mengembara atau mengambil anak angkat dari negara dengan hepatitis B seperti Asia, Afrika, Amerika Selatan, Kepulauan Pasifik, Eropah Timur dan Timur Tengah
  • Individu dengan penyakit hati kronik, selain daripada hepatitis B – sirosis, penyakit hati berlemak dan lain-lain
  • Individu dengan jangkitan hepatitis C
  • Individu dijangkiti HIV
  • Individu dewasa berusia 19-59 tahun yang menghidap diabetes

Baca juga:

https://wp.hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/vaksin/suntikan-vaksin-untuk-bayi/

Keperluan suntikan vaksin

Kenapa perlu mendapatkan suntikan vaksin hepatitis B?

Sudah tentu, kepentingan mendapatkan suntikan ini adalah untuk mencegah penyakit hepatitis B. 

Hepatitis B adalah penyakit hati yang boleh menyebabkan jangkitan ringan yang berlarutan selama beberapa minggu atau boleh berkembang menjadi penyakit serius untuk seumur hidup.

Jangkitan hepatitis B akut

Penyakit jangka pendek yang boleh menyebabkan demam, keletihan, hilang selera makan, loya, muntah, jaundis (mata atau kulit menjadi kuning, air kencing gelap dan pergerakan usus berwarna kelabu kecoklatan), dan sakit pada otot, sendi serta perut.

Tanpa suntikan vaksin hepatitis B boleh berlaku jangkitan kronik

Merupakan penyakit jangka panjang yang berlaku apabila virus hepatitis B kekal dalam tubuh individu.

Kebanyakan individu yang mengembangkan jangkitan kronik tidak mempunyai gejala tetapi ia masih sangat serius dan boleh menyebabkan kerosakan hati (sirosis), kanser hati dan kematian.

Mereka yang dijangkiti secara kronik boleh menyebarkan virus hepatitis B kepada individu lain, walaupun diri tidak berasa atau kelihatan sakit. 

Amnya, hepatitis B disebarkan melalui darah, air mani atau cecair badan lain yang dijangkiti virus dan memasuki ke tubuh individu sihat.

Cara jangkitan adalah termasuk:

vaksin hepatitis b

  • Kelahiran – wanita hamil menghidap hepatitis B boleh menularkan jangkitan kepada bayi
  • Berkongsi barang seperti pisau cukur atau berus gigi dengan individu dijangkiti
  • Menyentuh darah atau luka terbuka pada individu dijangkiti
  • Melakukan seks dengan pasangan dijangkiti
  • Berkongsi jarum, picagari atau peralatan suntikan lain
  • Terdedah kepada darah pada jarum atau alat tajam lain

Usia turut memainkan peranan sama ada hepatitis B akan menjadi kronik atau tidak. Semakin muda seseorang dijangkiti virus, risiko untuk mendapat jangkitan kronik lebih tinggi.

Dianggarkan 9 daripada 10 bayi yang dijangkiti terus mengalami jangkitan kronik sepanjang hayat. Manakala 1 daripada 3 kanak-kanak yang dijangkiti  sebelum usia 6 tahun akan mendapat jangkitan hepatitis B kronik.

Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak lebih tua – berusia lebih 6 tahun dan individu dewasa yang dijangkiti virus ini akan pulih sepenuhnya dan tidak mengalami jangkitan kronik.

Mereka yang telah menerima suntikan vaksin hepatitis B adalah kebal seumur hidup daripada jangkitan ini.

Kesan sampingan

Kesan sampingan suntikan imunisasi bayi 

Sesetengah bayi dan kanak-kanak akan mengalami kesakitan atau kepedihan di bahagian suntikan dan demam bersuhu rendah.

vaksin hepatitis b

Pun begitu terdapat 1 kesan sampingan yang sangat jarang berlaku, tetapi serius.

Dianggarkan 1 daripada setiap 600,000 dos vaksin hepatitis B akan menyebabkan reaksi alahan teruk yang disebut sebagai anafilaksis.

Ia melibatkan gejala seperti bengkak mulut, kesukaran bernafas, tekanan darah rendah atau kejutan.

Anafilaksis biasanya berlaku dalam tempoh masa 15 minit selepas menerima suntikan. Walaupun ia boleh dirawat, keadaan tersebut masih agak menakutkan. 

Bagi mengelakkan jangkitan kronik daripada berlaku, atas sebab itulah pentingnya untuk anak menerima suntikan imunisasi bayi sejurus selepas kelahiran.

Tindakan ini dapat memastikan anak mendapat perlindungan seawal mungkin daripada dijangkiti hepatitis B, khususnya daripada individu yang tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai virus tersebut dalam badan.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai vaksin ini, berundinglah dengan doktor untuk lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Disemak pada 06/01/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan