Alat kateter urin atau suprapublic catheter, yang membolehkan anda mengeluarkan urin daripada badan jika mempunyai masalah untuk membuang air kecil.
Alat kateter urin atau suprapublic catheter, yang membolehkan anda mengeluarkan urin daripada badan jika mempunyai masalah untuk membuang air kecil.

Doktor akan memasukkan tiub kecil ke dalam punci kencing melalui satu potongan kecil yang dilakukan pada kawasan perut. Air kencing pula akan mengalir masuk ke dalam sebuah beg yang terletak di luar badan.
Selepas memasang suprapublic catheter, anda mungkin akan merasai beberapa perubahan positif di dalam kehidupan.
Berbeza dengan pemasangan kateter lain, kateter suprapubik ini lebih selesa. Malah, pergerakkan anda juga tidak lagi terbatas seperti dulu.
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan beberapa langkah penting untuk pemakai kateter.
Tidak mustahil, anda boleh melalui hidup yang normal dan selesa walaupun perlu memakai kateter urin dalam satu tempoh masa yang panjang. Namun, anda perlulah biasakan diri terlebih dahulu ya!
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Urologi, anda boleh klik di sini.
Jika anda tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, anda sepatutnya boleh memandu, bekerja dan melakukan pelbagai aktiviti fizikal semasa memakai kateter.
Malah, anda juga boleh berenang, asalkan airnya bersih! Anda juga boleh mendapatkan beg yang bersaiz kecil dan boleh disembunyikan di belakang baju.

Kateter perlu ditukar dengan kerap. Doktor akan menukar kateter yang dipakai sekali setiap 4-6 minggu.
Selepas itu, anda mungkin boleh menukarnya sendiri sekali setiap 1-3 bulan. Doktor juga akan bekalkan anda dengan arahan yang boleh anda rujuk ketika di rumah.
Pastikan anda menjaga kebersihan diri. Mandi setiap hari dan cuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas menyentuh kateter.
Di samping itu, pastikan kateter sentiasa bersih. Bilas kateter dengan air yang telah dididihkan dan disejukkan. Anda juga boleh gunakan larutan garam yang steril.
Jika ada lendiran atau darah tertinggal di dalam tiub kateter, lapkan kawasan tersebut dengan hidrogen peroksida yang dicampur ke dalam air.
Pastikan tiub kateter tidak terbelit untuk membolehkan air kencing mengalir dengan bebas.
Jangan risau jika anda nampak darah dalam air kencing selepas memakai kateter baharu. Ini merupakan sesuatu yang normal dan akan berhenti dalam masa 24 jam.

Kebanyakkan suprapublic catheter datang bersama beg salirannya sendiri. Ia akan mengumpul urin sehingga anda boleh mengosongkannya di dalam tandas atau bekas lain.
Selalunya, pesakit akan menggunakan beg yang besar pada waktu malam. Pada waktu siang pula, mereka akan beralih kepada beg yang lebih kecil. Kedua-dua jenis beg perlulah dikosongkan apabila ia separuh penuh.
Jangan lupa, basuh tangan dengan sabun sebelum dan selepas memegang beg untuk mengelakkan sebarang jangkitan.
Sama seperti kateter, beg saliran juga perlu ditukar dengan kerap. Bergantung kepada jenis beg, anda boleh menukarnya seminggu sekali atau sebulan sekali. Jika beg bocor atau mula mengeluarkan bau yang tidak enak, anda perlu menukarnya secepat mungkin.
Selepas menukar beg, bungkus dan buang seperti biasa.
Sesetengah kateter tidak mempunyai beg. Sebaliknya, ia mempunyai injap. Pesakit boleh buka injap dan keluarkan air kencing dari buah pinggang. Pastikan anda mencuci tangan sebelum menyentuh injap.
Pastikan anda minum 1 hingga 2 liter air setiap hari untuk menggalakkan pembuangan air kecil. Air kosong dan jus kranberi mungkin dapat mengelakkan jangkitan saluran kencing.
Elakkan mengambil minuman seperti teh atau kopi yang mengandungi kafein.
Jika anda mempunyai masalah untuk menukar suprapublic catheter atau alat kateter urin, hubungi doktor dengan segera.
Selain itu, dapatkan rawatan secepat mungkin sekiranya:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
23/09/2026
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor