backup og meta

Anak Gemar Mengetap Gigi Semasa Tidur? Ini 7 Penyebabnya

Anak Gemar Mengetap Gigi Semasa Tidur? Ini 7 Penyebabnya

Jika anak saudara datang melawat dan bermalam di rumah penulis, kadangkala penulis dikejutkan pada waktu malam dengan bunyi gigi bergesel yang sangat kuat, persis filem hantu di pawagam. Kepercayaan orang tua sering mengaitkan tabiat tidur gigi berbunyi ini dengan kerasukan saka.

Adakah ilmu mistik betul-betul terlibat, ataupun terdapat penjelasan dari sudut saintifik mengenai tabiat ini? Marilah kita merungkai persoalan tersebut dalam artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Kenapa bunyi gigi semasa tidur?

Masalah gigi bergesel atau istilah perubatannya bruxism merupakan suatu tabiat yang muncul dalam kalangan kanak-kanak di mana terdapat perbuatan mengetap, menggesel atau menggisar gigi tanpa disedari.

Walaupun tabiat ini boleh dilihat masa tidur dan jaga, namun ia terjadi lebih kerap semasa tidur.

Tabiat tidur gigi berbunyi ini sebenarnya agak biasa untuk kanak-kanak, di mana kajian mendedahkan sebanyak 2-3 daripada setiap 10 kanak-kanak akan mengisar atau mengetap gigi.

Dr Andrea Goncalves Antonio, doktor pakar gigi dari Brazil menjelaskan dalam kajian beliau bahawa sebanyak 7-15.1% kanak-kanak mempunyai tabiat ini.

Sesetengah kajian juga menunjukkan ia lebih banyak dijumpai dalam kalangan kanak-kanak perempuan berbanding lelaki.

Saka penyebab si kecil ada tabiat tidur gigi berbunyi?

Tabiat mengetap gigi semasa tidur ini sering dikaitkan dengan saka- ini yang selalu dikatakan oleh orang-orang tua.

Meskipun banyak kajian telah dijalankan berkaitan dengan tabiat tidur gigi berbunyi, tetapi sehingga kini punca utamanya masih belum diketahui.

tidur gigi berbunyi
Antara perkara yang boleh sebabkan masalah pada gigi anda.

Ramai saintis dan doktor percaya bahawa ia berlaku dek kombinasi faktor genetik, fizikal dan psikologi.

Punca masalah gigi bergesel boleh dipecahkan kepada dua kategori iaitu:

Punca lain yang tidak spesifik ialah:

  • Perubahan struktur gigi (selepas trauma atau rawatan gigi)
  • Susunan gigi berterabur
  • Masalah perubatan (Cerebral palsy)
  • Posisi badan ketika tidur

Faktor tidur gigi berbunyi

Terdapat beberapa risiko yang boleh menjurus kepada masalah mengetap gigi semasa tidur seperti:

1. Stres

Kegelisahan dan kadar stres tinggi boleh menyebabkan si kecil mula mengasah gigi. Ia lebih mudah dilihat pada kanak-kanak yang baru memulakan persekolahan.

2. Umur

Ia lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak, dan perlahan-lahan menghilang semasa dewasa.

3. Jenis personaliti

Personaliti kanak-kanak yang lebih hiperaktif, agresif dan berdaya saing dapat meningkatkan risiko mengasah gigi.

4. Ahli keluarga mempunyai masalah yang sama

Salah satu punca mengasah gigi yang dikenal pasti ialah berkaitan dengan genetik.

Oleh itu, jika terdapat ahli keluarga terdekat yang mempunyai tabiat ini atau pernah mempunyai sejarah mengasah gigi, risiko untuk si kecil anda mendapatnya adalah tinggi.

5. Masalah perubatan lain

Terdapat masalah perubatan lain yang meningkatkan risiko anak ada tabiat mengasah gigi seperti sawan epilepsi, gangguan tidur, gangguan pencernaan asid refluks (GERD) dan sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD).

Tanda dan simptom masalah gigi bergesel

tidur gigi berbunyi
Perhatikan jika anak anda mengadu sakit gigi.

Antara tanda-tanda dan simptom tabiat ini ialah:

Komplikasi

Jika dibiarkan berterusan, si kecil anda akan mendapat komplikasi seperti:

Pencegahan dan rawatan gigi berbunyi

tidur gigi berbunyi
Kanak-kanak perlu dibawa untuk pemeriksaan gigi secara berkala.

Anda boleh cuba langkah-langkah berikut untuk mengurangkan tabiat ini:

  1. Mengatur rutin tidur malam anak yang konsisten, sebanyak 11-13 jam semalam.
  2. Jauhkan anak anda daripada menonton filem atau video yang tidak sesuai untuk umur mereka.
  3. Terapi menangani stres dan kegelisahan.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Antonio, A. G., Pierro, V. S., & Maia, L. C. (2006). Bruxism in children: a warning sign for psychological problems. Journal (Canadian Dental Association), 72(2), 155–160. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/16545178/. Accessed on April 22, 2021.

Tabiat Mengisar Dan Mengetap Gigi. http://www.myhealth.gov.my/tabiat-mengisar-dan-mengetap-gigi/. Accessed on April 22, 2021.

Children who grind their teeth are more likely to have problems in school, be withdrawn from others. https://aasm.org/children-who-grind-their-teeth-are-more-likely-to-have-problems-in-school-be-withdrawn-from-others/. Accessed on April 22, 2021.

Bruxism (teeth grinding). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bruxism/symptoms-causes/syc-20356095. Accessed on April 22, 2021.

Teeth-grinding. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/10955-teeth-grinding-bruxism. Accessed on April 22, 2021.

Versi Terbaru

13/02/2024

Ditulis oleh Nana Muhammad

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Parents, Jangan Anggap Anak Sembelit Itu Perkara Biasa, Buat 5 Petua Penting Ini!

Anak Berak Berdarah? Ini 5 Punca Dan Cara Merawatnya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 13/02/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan