Susah hati melihat si manja sukar untuk membuang air besar dan sedang mencari ubat untuk anak sembelit yang bersesuaian? Adakah boleh memberikan ubat cucuk buntut untuk anak sembelit? Dalam perkongsian artikel ini ada jawapannya.
Artikel Ditaja Oleh 
Susah hati melihat si manja sukar untuk membuang air besar dan sedang mencari ubat untuk anak sembelit yang bersesuaian? Adakah boleh memberikan ubat cucuk buntut untuk anak sembelit? Dalam perkongsian artikel ini ada jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Sebelum mengetahui apa ubat untuk anak sembelit yang sesuai diberikan atau bolehkah memberikan ubat cucuk buntut untuk anak sembelit, ayuh kita kenal pasti antara simptom boleh dialami si manja.
Sembelit berlaku apabila seseorang sukar membuang air besar atau tidak melakukan pergerakan usus sekerap yang biasa.
Si kecil mungkin berdepan gejala berikut jika mengalami sembelit, seperti 1:

Tanda-tanda sembelit pada kanak-kanak adalah berbeza-beza bergantung kepada usia dan diet mereka.
Biasanya pergerakan usus normal sebelum si manja mula mengambil makanan pejal adalah sangat lembut, konsistensinya adalah hampir atau seakan mentega kacang atau lebih cair 1.
Namun, sebaik sahaja ibu memperkenalkan makanan pejal dalam diet si manja, mereka mungkin lebih cenderung untuk mengalami sembelit 1.
Si manja juga lebih berkemungkinan mengalami sembelit jika parents memasukkan susu lembu – selain susu formula ke dalam diet mereka 1.
Jika si manja yang baru lahir tampak seperti mengalami kesukaran membuang air besar, berunding dengan pakar pediatrik terlebih dahulu bagi mendapatkan nasihat sebelum anda memberikan sebarang ubat cucuk buntut untuk sembelit.
Jika si manja meneran, itu tidak semestinya menjadi petanda mereka mengalami sembelit. Ini kerana otot perut si manja masih lemah dan proses meneran itu dapat membantu mereka semasa membuang air besar.
Si comel tidak dikategorikan sebagai sembelit jika tinjanya masih lembut selepas beberapa minit meneran.
Anak kecil biasanya tidak memerlukan cecair tambahan kerana mereka dapat penghidratan daripada susu ibu atau susu formula.
Walau bagaimanapun, jika mengalami sembelit, penambahan sedikit cecair tambahan mungkin dapat membantu.
Sembelit boleh disebabkan oleh kekurangan cecair dan menjadi penyebab anak susah berak 2.
Selain berikan air untuk hidrasi dalam tubuh, anda juga boleh berikan jus prun, julap semulajadi yang lembut yang berfungsi pada sesetengah kanak-kanak 3.
Antara jus untuk anak sembelit yang disarankan adalah 100% jus epal, prun atau pir. Ini kerana jus tersebut mengandungi sorbitol – pemanis yang bertindak seperti julap 4.

Ibu bapa boleh cuba berikan puri atau potongan kecil buah dan sayur kerana mengandungi lebih banyak serat.
Berikan juga makanan untuk anak sembelit lain seperti bijirin gandum, barli atau multigrain cereals kerana ia mengandugi lebih banyak serat berbanding bijirin beras 5.
Anak sembelit nak buat apa? Ibu bapa yang prihatin boleh memastikan mereka melakukan senaman atau bermain dengan kerap 6.
Seperti individu dewasa, senaman dan aktif bergerak cenderung dapat merangsang usus si manja.
Latih anak anda untuk menggunakan bilik air dengan kerap terutamanya selepas makan. Jika anda kerap mengingatkan mereka, pasti akan terbiasa kelak 6.
Ini akan membantu anak anda membiasakan diri untuk membuang air besar pada waktu yang sama setiap hari 7.
Memandikan si manja dengan air suam juga dapat mengendurkan otot perut dan membantu mereka berhenti meneran. Ia juga boleh melegakan beberapa ketidakselesaan yang berpunca daripada sembelit 8.
Anda dinasihatkan untuk membawa si kecil bagi pemeriksaan doktor jika anak masih tidak membuang air besar selepas 1 atau 2 hari dan mengalami gejala lain seperti:

Jika rawatan di rumah tidak berkesan, doktor mungkin akan melakukan pemeriksaan ke atas anak anda. Dalam kes jarang berlaku, doktor akan menetapkan ubat seperti:
Manfaat susu untuk memastikan si kecil lebih lawas!
Dalam usaha membantu si manja anda mengatasi masalah sembelit, pemilihan susu yang sesuai boleh menjadi pelengkap penting kepada diet harian mereka.
Susu yang diperkaya dengan nutrien seperti galacto-oligosaccharide (GOS), 2′-fucosyllactose (2’-FL), dan Bifidobacterium lactis HN019 dapat membantu menyokong keseimbangan mikrobiota usus serta sistem pertahanan tubuh si manja.
Lebih menarik lagi, Susu Friso® Gold diformulasi khas dengan NOVAS Signature Milk yang berstruktur halus dan lembut sementara teknologi LocNutri berfungsi mengekalkan nutrien dalam struktur aslinya melalui teknologi pemprosesan tunggal yang menggunakan suhu rendah, sekali gus dapat memudahkan proses penyerapannya dan penghadaman.
Dengan teknologi ini, Friso® Gold secara efektifnya mengekalkan lebih 90% nutrien semula jadinya dalam bentuk cecair, meningkatkan penghadaman.
Ini dapat memudahkan si manja anda untuk membuang air besar dan kurang berdepan dengan masalah sembelit.
Sembelit boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kerengsaan pada anak anda. Sebagai ibu bapa, anda boleh mencuba beberapa kaedah di rumah sebagai ubat untuk anak sembelit.
Seandainya simptom sembelit tidak bertambah baik, jangan berlengah lagi! Lakukan pemeriksaan doktor untuk mendapatkan jalan penyelesaian terbaik buat si manja.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
26/11/2025
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid