Adakah semua jenis ubat punggung seperti diclofenac dan paracetamol boleh diberikan kepada kanak-kanak? Kalau anda ingin mengetahui apakah kesan sampingan yang boleh terjadi, teruskan membaca perkongsian artikel ini.
Anda pasti?
Adakah semua jenis ubat punggung seperti diclofenac dan paracetamol boleh diberikan kepada kanak-kanak? Kalau anda ingin mengetahui apakah kesan sampingan yang boleh terjadi, teruskan membaca perkongsian artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Terdapat pelbagai jenis ubat yang diambil dengan memasukkannya ke dalam rektum atau dipanggil ubat supositori ini – seperti diclofenac, paracetamol dan pelbagai lagi.
Umumnya supositori adalah ubatan kecil berbentuk torpedo yang dimasukkan ke dalam punggung – rektum. Ubat jenis ini akan cair di dalam rektum kerana kepanasan pada suhu badan dan seterusnya diserap ke dalam darah.
Ubat diclofenac ini diberikan 2x sehari – sebaiknya 1 pada waktu pagi dan 1 sebelum tidur. Jarak masa pemberian kedua-duanya haruslah antara 10-12 jam. Doktor akan menentukan kekerapan pemberian ubat ini kepada si kecil.
Anak yang diberikan ubat ini harus mengambil lebih banyak cecair seperti air masak. Ini kerana jika mereka mengalami dehidrasi – tidak cukup air di dalam badan – diclofenac boleh menjejaskan buah pinggang mereka.
Diclofenac diklasifikasikan sebagai ubat Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs (NSAIDs).
Ubat ini biasanya digunakan untuk menguruskan kesakitan dan keradangan (bengkak dan kemerahan) yang berkaitan dengan beberapa jenis arthritis seperti rheumatoid arthritis dan gangguan muskuloskeletal lain.
NSAIDs juga digunakan untuk merawat keadaan bukan keradangan seperti migrain, senggugut dan sakit selepas pembedahan serta untuk mengurangkan demam.
Tetapi harus diingatkan, sekiranya terdapat keperluan untuk memberikan si kecil ubat disebabkan demam, jangan memberikannya ubat NSAIDs, sebaliknya berikan paracetamol.
Selain ubat punggung diclofenac, beberapa jenis NSAIDs yang biasa digunakan adalah termasuk:
Walaupun NSAIDs berkesan dalam melegakan kesakitan, demam dan keradangan, tetapi ia boleh menyebabkan kesan sampingan tidak diingini.
Antara kesan sampingan NSAIDs pada sistem gastrousus yang biasa terjadi adalah seperti senak, sakit perut – termasuk loya atau rasa mual – atau ketidakselesaan perut.
Ubat NSAIDs juga boleh mengakibatkan ulser dan pendarahan dalam perut serta bahagian lain dalam saluran usus.
Kesan sampingan biasa NSAID yang lain termasuk:
Kesan sampingan yang jarang berlaku seperti:
NSAIDs – kecuali aspirin dos rendah, juga boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan strok walaupun pada individu sihat.
Berdasarkan kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan, anda harus mengelakkan daripada memberi ubat NSAIDS untuk mengurangkan demam anak.
Ini kerana terdapat bukti klinikal yang menunjukkan penggunaannya boleh meningkatkan risiko komplikasi jangkitan influenza seperti radang otak di kalangan kanak-kanak.
Sekiranya anda bimbang atau tidak pasti risiko kesan sampingan pengambilan ubat supositori NSAIDs kepada anak, berbincanglah dengan doktor.
Baca juga:
Ubat punggung paracetamol pula tergolong dalam kumpulan ubat yang dipanggil ubat penghilang rasa sakit – analgesik. Supositori paracetamol digunakan untuk merawat kesakitan dan suhu badan tinggi (demam) bagi kanak-kanak berusia 1 hingga 5 tahun.
Ia boleh digunakan pada kanak-kanak yang sukar untuk mengambil paracetamol dalam bentuk tablet atau sirap. Anda perlu berbincang dengan doktor jika keadaan si kecil masih tidak sihat atau menjadi lebih teruk selepas 3 hari.
Seperti semua ubat, pengambilan paracetamol juga boleh boleh menyebabkan kesan sampingan, walaupun tidak semua kanak-kanak akan mengalaminya.
Hentikan pemberian ubat supositori paracetamol kepada anak dan bawa mereka untuk pemeriksaan doktor jika anda mengesan sebarang tindak balas alahan.
Tanda-tanda tindak balas alahan termasuk ruam, masalah menelan atau pernafasan, bengkak pada bibir, muka, tekak atau lidah.
Buat ibu-ibu yang tidak pernah menggunakan ubat jenis ini, pastinya akan tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk memberikan anak ubat, betul tak?
Usah risau, di bawah ini ada caranya:
Sebaiknya sebelum memberikan anak ubat punggung atau sebarang ubatan lain, anda disaran untuk mendapatkan nasihat dan rundingan doktor terlebih dahulu. Ini penting bagi mengelakkan terjadinya perkara yang tidak diingini.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen