backup og meta

Perut Anak Selalu Kembung & Tak Selesa? Cuba Tip Mudah Ini Segera!

Ramai ibu bapa sering berasa risau apabila anak-anak mereka kerap mengadu sakit dalam perut. Hakikatnya, kanak-kanak sering mengalami pelbagai jenis sakit perut yang boleh menyebabkan ketidakselesaan, tingkah laku cerewet, atau menangis tanpa sebab jelas. 

Kebanyakan masalah ini boleh berpunca daripada sistem penghadaman mereka yang masih belum matang sepenuhnya. Jadi, tidak hairanlah jika anak sering sakit perut sekejap datang sekejap hilang

Oleh sebab itu, amat penting untuk ibu bapa memahami beberapa isu berkaitan sistem penghadaman ini agar dapat bertindak dengan tepat dan pantas demi kesihatan anak-anak.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

5 jenis masalah penghadaman yang sering sebabkan sakit dalam perut kanak-kanak

Caption: Anak akan mudah meragam jika alami sakit perut.

Tahukah anda, 80% kanak-kanak di Malaysia mengalami isu penghadaman disebabkan sistem penghadaman yang sedang berkembang selain saluran gastrousus yang masih belum matang. 

Masalah penghadaman ini pula biasanya menyebabkan anak sering menangis tanpa sebab, menjadi cerewet, kembung perut muntah dan juga sembelit

Antara masalah penghadaman yang biasa menyebabkan sakit dalam perut kanak-kanak ialah:

  1. Perut kembung – Berlaku gara-gara pengumpulan gas dalam usus akibat tertelan udara atau pengambilan makanan atau minuman bergas1.
  2. Refluks – Berlaku disebabkan kandungan perut mengalir kembali ke dalam esofagus, lalu menyebabkan rasa tidak selesa, muntah ringan atau sendawa berlebihan selepas makan2
  3. Sembelit – Berlaku disebabkan najis menjadi keras sekali gus sukar untuk dikeluarkan. Ini akan menjadi lebih teruk jika mereka gemar menahan diri daripada membuang air besar3.
  4. Cirit-birit – Berlaku gara-gara jangkitan virus, bakteria atau inteloransi terhadap makanan atau minuman tertentu yang boleh mengakibatkan dehidrasi jika dibiarkan4.
  5. Inteloransi – Berlaku angkara tubuh tidak dapat menghadam sesuatu jenis makanan atau minuman dengan baik seperti laktosa atau gluten

Bagaimana hendak tahu jika sakit dalam perut anak disebabkan alahan laktosa atau masalah lain? 

Caption: Ibu bapa perlu ambil berat jika anak alami sakit perut berpanjangan.

Gejala seperti muntah ringan selepas minum susu, kembung perut yang ketara, sakit perut angin yang berpanjangan, ruam kulit atau cirit-birit boleh menunjukkan intoleransi terhadap protein atau laktosa dalam susu5

Jika simptom ini muncul secara konsisten setiap kali selepas anak anda minum susu tertentu, kemungkinan besar ia berkaitan dengan intoleransi susu tersebut. 

Namun, sekiranya gejala ini berlaku secara rawak tanpa kaitan jelas dengan susu, ia mungkin disebabkan oleh isu lain seperti jangkitan gastrousus atau reaksi terhadap makanan lain dalam diet mereka.

Dapatkan nasihat profesional kesihatan jika simptom-simptom ini terus berlaku.

Tip mengurangkan ketidakselesaan dan mencegah sakit dalam perut menerusi pemakanan

Antara beberapa cara semula jadi untuk melegakan jenis sakit perut melalui pemakanan adalah:

  • Tingkatkan pengambilan serat dalam diet: Berikan buah-buahan segar, sayur-sayuran hijau dan bijirin penuh untuk membantu mencegah sembelit.
  • Elakkan makanan penyebab gas: Kurangkan makanan seperti kacang, brokoli atau kobis jika anak mengalami sakit perut angin.
  • Pastikan pengambilan air mencukupi: Hidrasi membantu mengurangkan sembelit dan memulihkan badan ketika cirit-birit.
  • Kenal pasti alahan makanan: Pantau dan elakkan makanan tertentu yang boleh menyebabkan intoleransi seperti produk tenusu, gandum atau soya.

Caption: Tanda-tanda jika anak anda alami intoleransi laktosa.

Menerusi tip-tip berikut, anda boleh mengurangkan risiko anak daripada kerap mengalami ketidakselesaan penghadaman. 

Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.

Enfagrow A+ MindPro Gentlease bantu mengurangkan ketidakselesaan penghadaman anak anda

Memilih susu formula yang sesuai memainkan peranan penting dalam mengurus dan melegakan masalah sakit dalam perut kanak-kanak. 

Enfagrow A+ MindPro Gentlease yang diformulasikan secara saintifik untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas, mengandungi protein lebih kecil untuk penghadaman dan penyerapan yang lebih mudah berbanding protein susu biasa. 

Ini amat sesuai untuk kanak-kanak dengan perut sensitif kerana, protein bersaiz kecil ini memudahkan penyerapan nutrien selain mengelakkan sakit dalam perut6.

Tambahan pula, formula ini mengandungi Prebiotic PDX+GOS yang membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus, sekali gus memastikan sistem penghadaman yang sihat dan membantu melembutkan najis7,8

Ini memberikan ketenangan fikiran dalam 24 jam kepada ibu bapa. 

Enfagrow A+ MindPro Gentlease juga bukan sahaja menyokong kesihatan penghadaman si kecil, tetapi juga membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak dengan kandungan MFGM Pro dan DHA Plus. Nutrien ini menyokong fungsi kognitif dan kecerdasan otak anak anda sehingga melebihi usia lima tahun. 

MFGM juga kaya dengan 150 komponen bioaktif, termasuk fosfolipid dan sphingomyelin yang penting untuk perkembangan otak dan saraf kanak-kanak9,10

Dengan tahap laktosa lebih rendah berbanding susu biasa serta tanpa tambahan sukrosa, susu formula ini boleh membantu mengurangkan risiko sakit perut angin untuk si manja.

Kandungan seperti ini menjadikannya pilihan ideal untuk kebanyakan ibu bapa di luar sana yang mahukan nutrisi lengkap untuk anak mereka, tanpa perlu risau tentang isu-isu berkaitan penghadaman. 

Kesimpulan

Masalah sakit dalam perut pada kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan. 

Berbanding hanya bergantung pada makanan harian atau susu biasa, Enfagrow A+ MindPro Gentlease terbukti menyokong kesihatan penghadaman anak dengan gabungan protein mudah hadam, prebiotik PDX + GOS dan tahap laktosa rendah. 


Formula ini dirumus khas untuk membantu melegakan ketidakselesaan penghadaman dalam masa singkat serta menyokong perkembangan otak anak anda.

Tukarlah kepada solusi yang lebih bijak. Bantu anak kekal ceria, kurang meragam dan lebih mudah hadam dengan Enfagrow A+ MindPro Gentlease.

Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Gas and Bloating in Children: Care Instructions. https://myhealth.alberta.ca/Health/aftercareinformation/pages/conditions.aspx?hwid=bz1073. Diakses pada April 15, 2025. 
  2. Acid Reflux & GERD. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17019-acid-reflux-gerd. Diakses pada April 15, 2025.
  3. Constipation. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/constipation. Diakses pada April 15, 2025.
  4. Diarrhoea in children. https://www.healthdirect.gov.au/diarrhoea-in-children#causes. Diakses pada April 15, 2025.
  5. Lactose Intolerance in Children. https://www.nationwidechildrens.org/conditions/health-library/lactose-intolerance-in-children. Diakses pada April 15, 2025.
  6. Laatikainen, R., Salmenkari, H., Sibakov, T., Vapaatalo, H., & Turpeinen, A. (2020). Randomised Controlled Trial: Partial Hydrolysation of Casein Protein in Milk Decreases Gastrointestinal Symptoms in Subjects with Functional Gastrointestinal Disorders. Nutrients, 12. https://doi.org/10.3390/nu12072140. Diakses pada April 15, 2025.
  7. Müller, M., Hermes, G., Canfora, E., Holst, J., Zoetendal, E., Smidt, H., Troost, F., Schaap, F., Damink, S., Jocken, J., Lenaerts, K., Masclee, A., & Blaak, E. (2020). Effect of wheat bran derived prebiotic supplementation on gastrointestinal transit, gut microbiota, and metabolic health: a randomized controlled trial in healthy adults with a slow gut transit. Gut Microbes, 12. https://doi.org/10.1080/19490976.2019.1704141. Diakses pada April 15, 2025.
  8. Wang, L., Wang, L., Tian, P., Wang, B., Cui, S., Zhao, J., Zhang, H., Qian, L., Wang, Q., Chen, W., & Wang, G. (2022). A randomised, double-blind, placebo-controlled trial of Bifidobacterium bifidum CCFM16 for manipulation of the gut microbiota and relief from chronic constipation.. Food & function. https://doi.org/10.1039/d1fo03896f. Diakses pada April 15, 2025.
  9. Giussani, P., Prinetti, A., & Tringali, C. (2020). The role of Sphingolipids in myelination and myelin stability and their involvement in childhood and adult demyelinating disorders. Journal of Neurochemistry, 156, 403 – 414. https://doi.org/10.1111/jnc.15133. Diakses pada April 15, 2025.
  10. Kalinichenko, L., Gulbins, E., Kornhuber, J., & Müller, C. (2022). Sphingolipid control of cognitive functions in health and disease.. Progress in lipid research, 101162 . https://doi.org/10.1016/j.plipres.2022.101162. Diakses pada April 15, 2025.

Versi Terbaru

14/05/2025

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Anak Kerap Mengadu Sakit Perut? Ini 7 Cara Rawat Kalau Perut Anak Meragam

4 Kumpulan Makanan Ini Boleh Jadi Punca Perut Baby Kembung, Mama Wajib Ambil Tahu!


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Dikemas kini 14/05/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan