Mesti anda berasa susah hati apabila si manja mengalami cirit-birit, kan? Jom ketahui jenis ubat cirit birit budak yang sesuai untuk diberikan dalam situasi sebegitu.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Mesti anda berasa susah hati apabila si manja mengalami cirit-birit, kan? Jom ketahui jenis ubat cirit birit budak yang sesuai untuk diberikan dalam situasi sebegitu.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Cirit-birit adalah simptom di mana pergerakan usus menjadi kerap iaitu lebih daripada tiga kali atau najis berair. Jika najis lembut, terbentuk dan pepejal, maka ia bukanlah cirit-birit.
Bayi menyusu badan mungkin mengeluarkan najis yang lembut dan cair berwarna kuning sawit, tetapi ia bukan dikategorikan sebagai cirit-birit.
Cirit-birit pada si kecil selalunya disebabkan oleh gastroenteritis virus – yang berjangkit dan mudah merebak.
Biasanya ubat tidak diperlukan untuk merawat cirit-birit pada kanak-kanak. Dalam kebanyakan kes, cirit-birit berjangkit akut akan terhenti apabila badan dapat ‘menyingkirkan’ jangkitan.
Semasa cirit-birit, usus sedang cuba mengeluarkan ‘benda asing jahat’. Pengambilan ubat anti-diarrheal semasa cirit-birit berjangkit, mungkin menyebabkan jangkitan ‘tersimpan’ di dalam badan.
Cirit-birit ringan adalah apabila pergerakan usus berair berlaku antara dua hingga lima kali sehari dan biasanya hilang dalam beberapa hari.
Baca juga:
Ia melibatkan pergerakan usus berair lebih daripada enam kali dalam sehari.
Dalam keadaan ini anak mungkin memerlukan larutan rehidrasi oral (ORS) untuk membantu mencegah dehidrasi. ORS dapat menggantikan elektrolit dan cecair yang diperlukan anak.
Sama seperti di atas, dan berikan si kecil:
AMARAN: Jangan berikan sebarang ubat kepada anak untuk menghentikan cirit-birit melainkan atas arahan doktor. Ubat-ubatan ini boleh menjadi sangat berbahaya jika ia tidak digunakan dengan betul.
Ibu bapa amat disyorkan untuk terus memberikan anak hidangan berkhasiat sebagai makanan untuk anak cirit birit.
Bagi bayi dan anak yang masih menyusu, susu ibu terus menjadi pilihan yang bagus untuk pemakanan semasa cirit-birit.
Susu ibu mudah diserap dan mempunyai lebih banyak nutrien daripada larutan elektrolit.
Setiap ibu bapa harus ingat bahawa bayi, terutamanya bayi baru lahir, sangat terdedah kepada dehidrasi apabila mengalami cirit-birit. Jadi sentiasa berwaspada dengan sebarang perubahan pada najis si kecil dan jika ada, lakukan pemeriksaan dengan pakar pediatrik segera.
Dalam kes cirit-birit tertentu, pakar pediatrik mungkin mencadangkan diet tanpa tenusu atau diet rendah gula untuk jangka pendek. Bagi sesetengah kanak-kanak, gluten atau tenusu mungkin mencetuskan cirit-birit.
Jika anda merasakan bahawa makanan tertentu menyebabkan masalah kepada anak, catatkan dan bincanglah dengan doktor.
Serat sering digunakan untuk mengawal pergerakan usus dan boleh digunakan dalam kedua-dua masalah sembelit dan cirit-birit.
Makanan kaya serat tertentu boleh membantu melegakan cirit-birit termasuklah:
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai pemberian ubat cirit birit budak kepada anak, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen