Tidak dapat dinafikan bahawa buah-buahan kaya dengan vitamin dan mineral yang badan dan otak perlu untuk fungsi normalnya. Dengan itu, makan buah buahan setiap hari adalah apa yang patut anda lakukan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Tidak dapat dinafikan bahawa buah-buahan kaya dengan vitamin dan mineral yang badan dan otak perlu untuk fungsi normalnya. Dengan itu, makan buah buahan setiap hari adalah apa yang patut anda lakukan.
Walau bagaimanapun, sesetengah mendapati sukar untuk mencapai matlamat atas sebab-sebab yang berbeza. Artikel di bawah akan memberikan anda 10 tips bagaimana untuk memberi tumpuan kepada buah-buahan.
Cuba cara berikut untuk menggalakkan diri lebih mengambil buah dalam hidangan pemakanan harian:
Kebanyakan orang biasanya enggan mengambil buah-buahan disebabkan oleh mereka tidak menikmati buah-buahan.
Oleh itu, letakkan buah-buahan di tempat yang mudah nampak, seperti di meja, kaunter, atau di dalam peti sejuk akan mengingatkan anda untuk makan buah lebih kerap.
Daripada menambah gula ke dalam makanan anda, mengapa anda tidak cuba untuk memaniskannya dengan buah-buahan?
Buahan semula jadi adalah pilihan yang baik jika anda mahu sentuhan manis dalam makanan.
Makan pelbagai jenis buah-buahan bukan bermakna anda akan mempunyai pelbagai vitamin dan mineral.
Ia juga bermakna anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mencari buah-buahan yang anda suka jika anda adalah orang yang tidak gemar buah-buahan.
Buah-buahan segar mempunyai tahap nutrisi yang tertinggi; walau bagaimanapun, buah-buahan segar bukan satu-satunya pilihan.
Anda juga boleh mencuba pelbagai buah-buahan kering, dalam tin, atau beku. Ia bukan sahaja mudah, tetapi juga sangat mudah untuk disimpan.
Memakan buah-buahan daripada membuat jus akan memberi anda lebih banyak serat.
Daripada hanya makan bijirin atau oatmeal, cuba tambah beberapa buah-buahan. Ia memperkaya rasa hidangan sambil menambah vitamin dan mineral kepada tubuh juga.
Daripada memilih makanan segera untuk makan tengah hari, anda boleh membungkus pisang, cranberry oren atau anggur dengan anda. Selain itu, membuat salad dengan alpukat juga baik untuk kesihatan anda.
Orang sering memilih gula-gula, minuman bergas atau makanan segera untuk snek. Walau bagaimanapun, kenapa tidak mengunyah buah-buahan? Ia lebih kaya dari segi vitamin dan mineral, yang bermaksud ia adalah lebih baik untuk badan anda.
Jangan hanya memberitahu anak-anak anda untuk mengambil buah-buahan, tetapi mengabaikan untuk diri sendiri. Kanak-kanak meniru orang dewasa, dan sering memakan buah-buahan pasti memainkan peranan yang sangat baik untuk mereka.
Buah-buahan perlu dibasuh dengan teliti sebelum dinikmati. Ini akan memastikan ia bersih. Di samping itu, menyimpannya di dalam peti boleh memanjangkan tarikh tamat tempoh.
Makan buah-buahan adalah sangat baik untuk pertumbuhan dan perkembangan anda. Ia menjamin badan anda mendapat jumlah vitamin dan mineral yang mencukupi.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai diabetes atau glukosa darah tinggi, adalah lebih baik berunding dengan doktor untuk mengetahui jumlah buah-buahan yang sesuai untuk dimakan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen