backup og meta

4 Kumpulan Makanan Ini Boleh Jadi Punca Perut Baby Kembung, Mama Wajib Ambil Tahu!

4 Kumpulan Makanan Ini Boleh Jadi Punca Perut Baby Kembung, Mama Wajib Ambil Tahu!

Terdapat sesetengah makanan yang menyebabkan bayi kembung perut, sama ada yang dimakan oleh ibu atau setelah diperkenalkan makanan pepejal. Berita baiknya, ada petua tradisional hilangkan kembung perut bayi boleh dicuba.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Punca bayi kembung perut

Sebelum mengetahui apakah antara jenis makanan yang menyebabkan bayi kembung perut, ayuh kita fahami punca masalah berangin ini terjadi kepada si kecil.

Hampir semua bayi boleh mengalami masalah perut berangin atau kembung dan ia adalah situasi normal. Keadaan ini boleh terjadi apabila udara masuk ke dalam saluran pencernaan. 

Antara sebab bayi mengalami masalah kembung perut adalah:

Menelan udara

Bayi boleh menelan udara berlebihan jika mereka tidak melekap pada payudara dengan betul semasa penyusuan. Ia juga boleh terjadi ketika bayi menghisap botol pada kedudukan tertentu. 

Menangis berlebihan

Bayi cenderung menelan udara apabila mereka menangis. 

makanan yang menyebabkan bayi kembung perut
10 Sebab mengapa bayi menangis.

Masalah penghadaman kecil

Bayi mungkin mendapat gas apabila mengalami sembelit. Dalam kes jarang berlaku, masalah kembung ini boleh menandakan kondisi gastrousus seperti refluks asid.

Saluran penghadaman tidak matang

Tubuh bayi sedang belajar cara mencerna makanan, jadi mereka cenderung mengalami perut berangin berbanding individu dewasa.

Virus gastrousus

Kadangkala virus menyebabkan masalah perut, seperti:

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Mencuba makanan baharu

Bagi bayi yang mula mengambil makanan pepejal, pengenalan makanan baharu boleh menyebabkan kembung. 

Untuk sesetengah bayi, masalah kembung yang kerap mungkin menandakan tanda sensitiviti makanan.

Jadi apakah jenis makanan yang menyebabkan bayi kembung perut,ya?

Makanan yang menyebabkan bayi kembung perut

Mengetahui punca anak mengalami kembung pastinya dapat membantu anda mengatasi keadaan ini dengan lebih baik.

Walaupun bayi boleh bertindak balas terhadap makanan secara berbeza, namun terdapat beberapa kumpulan makanan utama yang cenderung menyebabkan perut kembung. 

makanan yang menyebabkan bayi kembung perut
Makanan yang bertekstur lembut untuk bayi.

1. Susu ibu, antara makanan yang menyebabkan bayi kembung perut

Jika si manja menyusu badan, terdapat kemungkinan sesuatu dalam diet anda menjadi punca perut kembung bayi. Ia biasanya mengambil masa 2-6 jam untuk makanan yang dimakan, dihadam dan disalurkan ke dalam susu ibu.

Makanan pedas atau produk tenusu boleh menyumbang kepada kembung. Tetapi bayi boleh menjadi sensitif kepada banyak perkara dalam susu ibu.

Cuba catatkan jenis dan masa pengambilan sesuatu makanan bersama-sama gejala kembung yang dialami si kecil – seperti cepat meragam, bunyi perut berangin atau kerap menarik lutut ke dada.

Cara ini membantu anda mengenal pasti makanan yang mungkin menjadi puncanya.

Makanan yang menyebabkan bayi kembung perut #2. Kandungan susu formula

Jika bayi diberikan susu formula, kembung boleh berpunca daripada kandungan bahan-bahan di dalamnya.

Sekiranya anda baharu menukar jenis susu formula lain dan berlaku masalah perut berangin, mungkin susu itulah penyebabnya.

Kebanyakan susu rumusan bayi standard berasaskan susu lembu. Sesetengah si comel sensitif terhadap protein ini dan boleh mengakibatkan berangin, muntah, cirit-birit, sakit dan ruam. Alternatif yang boleh dicuba adalah produk berasaskan soya.

Malangnya, soya juga boleh mencetuskan masalah kembung pada sesetengah bayi. Pilihan terbaik adalah untuk berunding dengan pakar pediatrik mengenai susu formula yang bersesuaian.

3. Makanan yang menyebabkan bayi kembung perut #Makanan berserat

Bagi bayi yang sudah mula mengambil makanan pejal, biasanya akan diberikan makanan daripada sumber buah-buahan dan sayuran dilenyek, bijirin dan makanan jejari (finger food) sebagai tambahan kepada susu ibu atau formula.

Sesetengah makanan baharu yang diperkenalkan ini boleh menjadi punca perut kembung. Ini kerana makanan berserat tinggi menyebabkan beberapa karbohidrat tidak dicerna sampai ke usus besar.

Bakteria baik yang berada dalam saluran penghadaman menapai karbohidrat ini dan mengeluarkan gas sebagai hasilnya.

Jenis makanan berserat tinggi seperti kekacang, lobak merah, labu, brokoli dan buah-buahan boleh menyebabkan kembung pada si kecil.

4. Alahan dan sensitiviti makanan

Bayi mungkin mengalami kembung apabila diperkenalkan dengan makanan baharu yang mereka alah atau sensitif.

Jika anak belum mendapat sebarang protein susu lembu, memberikan keju atau yogurt boleh mengakibatkan angin jika bayi mempunyai alahan susu atau intoleransi laktosa.

Makanan lain yang boleh menyebabkan perut berangin kerana alahan atau intoleransi adalah gandum, telur, soya, ikan, kacang tanah dan tree nut.  

Petua tradisional hilangkan kembung perut bayi

Sekiranya bayi kembung, beberapa rawatan rumah boleh anda cuba bagi membantu meredakan gejala ini.

Urutan pada perut, salah satu petua hilangkan kembung perut bayi

Melakukan urutan lembut pada perut bayi dapat memberikan kelegaan. Berikan tekanan lembut dan lakukan gerakan perlahan mengikut arah jam atau lawan jam. Biarkan tindak balas bayi menentukan kadar tekanan tersebut.

Petua hilangkan kembung perut bayi dengan menggerakkan kaki si manja

Baringkan bayi secara terlentang dan bengkokkan lututnya. Lakukan gerakan seperti mengayuh basikal dapat membantu melegakan gas yang terperangkap.

makanan yang menyebabkan bayi kembung perut
Gerakkan kaki si manja untuk meredakan simptom kembung perut.

Menaiki kereta

Jika si kecil suka dibawa berjalan menaiki kereta, ia juga boleh membantu memberikan kelegaan. Goyangan lembut boleh meredakan kesakitan dan menenangkan bayi.

Sendawakan bayi, antara petua tradisional hilangkan kembung perut bayi

Sendawakan bayi dengan melakukan gosokan atau tepukan perlahan pada bahagian belakang badannya.

Tummy time

Tummy time juga bermanfaat untuk meredakan kembung dan membantu membebaskan gas yang terperangkap. 

Dalam masa sama ia menguatkan otot bahagian atas badan dan menggalakkan mereka meninggikan kepala.

Kesimpulan

Apabila si kecil mula mengambil makanan pepejal, sediakan buku catatan atau jurnal – ini dapat membantu anda mengenal pasti sensitiviti makanan yang menyebabkan bayi kembung perut.
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kebimbangan berkaitan masalah perut kembung yang dialami si kecil, berundinglah dengan pakar pediatrik untuk lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Gas and Bloating in Children: Care Instructions. https://myhealth.alberta.ca/Health/aftercareinformation/pages/conditions.aspx?hwid=bz1073,  Accessed on Sept 5, 2022
  2. Why Is My Baby So Gassy? https://rmccares.org/2020/09/08/why-is-my-baby-so-gassy/,  Accessed on Sept 5, 2022
  3. Starting Baby on Solid Food. https://www.childrenshospital.org/alliance/practices/longwood-pediatrics/patient-education/nutrition/starting-baby-solid-food, Accessed on Sept 5, 2022
  4. How to Prevent and Relieve Baby Gas. https://lancastergeneralhealth.org/health-hub-home/motherhood/the-first-year/how-to-prevent-and-relieve-baby-gas, Accessed on Sept 5, 2022
  5. nfant Gas Relief: How to Treat and Prevent a Bloated Baby Belly. https://flo.health/being-a-mom/your-baby/baby-care-and-feeding/infant-gas-relief,  Accessed on Sept 5, 2022
  6. 15 Foods That Can Cause Bloating. https://health.clevelandclinic.org/foods-that-cause-bloating/, Accessed on Sept 5, 2022 

 

Versi Terbaru

10/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

3 Sebab Patut ELAK Beri Bayi Makan Kicap @ Ibu Akan Menyesal Nanti!

Anak Suka Suap Makanan Sendiri? Ibu, Jangan Halang! Ini Kepentingannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan