backup og meta

Bayi Kerap Tidur Dengan Mulut Terbuka? Ini 5 Puncanya

Bayi Kerap Tidur Dengan Mulut Terbuka? Ini 5 Puncanya

Pernah tak anda terlihat semasa tidur bayi mulut ternganga? Sekali-sekala tidak mengapa, tetapi jika keadaan ini kerap berlaku, berkemungkinan melibatkan masalah pernafasan.

Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Apakah tandanya jika semasa tidur bayi ternganga?

Secara amnya, bernafas melalui mulut mungkin merupakan tanda masalah berkaitan pernafasan yang boleh menyebabkan komplikasi di kemudian hari. Bahkan, ia juga bukan cara semula jadi untuk bernafas.

Bernafas melalui mulut tidak seefektif pernafasan yang dilakukan menerusi hidung. Ini kerana oksigen diserap melalui hidung dapat menapis bakteria dan perengsa yang tidak boleh dilakukan mulut.

Pernafasan yang dilakukan melalui mulut tidak berbahaya jika jarang berlaku. Antara punca mengapa anak bernafas menerusi mulut adalah kerana saluran hidung mereka terhalang disebabkan beberapa perkara.

Ia sama ada sesuatu yang tidak berbahaya seperti hidung tersumbat mahupun alergi atau keadaan lebih kompleks.

tidur bayi

5 kemungkinan mengapa semasa tidur bayi kerap ternganga

Berikut ialah beberapa sebab anak mungkin bernafas melalui mulut semasa mereka tidur:

Lendir punca semasa tidur bayi ternganga mulut

Jika si kecil mengalami masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, ia memaksa mereka bernafas melalui mulut.

Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan anak demam atau mengalami alahan

Oleh sebab bayi tidak dapat mengeluarkan lendir dengan sendirinya, maka bernafas melalui mulut merupakan mekanisme terbaik dalam situasi ini.

Apnea tidur

Pernafasan melalui mulut yang dilakukan semasa tidur boleh menandakan anda mengalami apnea tidur – saluran pernafasan atas anak terhalang ketika tidur.

Untuk kanak-kanak, keadaan ini biasanya disebabkan oleh pembesaran tonsil dan adenoid.

Antara gejala apnea tidur yang lain adalah berdengkur, kegelisahan dan pernafasan terhenti seketika.

Septum hidung bengkok

Tidur dan bernafas melalui mulut boleh terjadi kerana wujud kelainan pada rawan yang memisahkan lubang hidung si kecil. 

Ia sekali gus menyebabkan wujud masalah untuk bernafas menerusi hidung dan biasanya berlaku pada kanak-kanak yang mempunyai rahang atas yang sempit.

Anak & bayi tidur mulut terbuka kerana tabiat 

Ada kalanya, anak hanya mengembangkan tabiat bernafas melalui mulut. 

Selalunya keadaan ini terjadi selepas mengalami sakit berpanjangan yang memaksa mereka bernafas menerusi mulut.

Alahan

Bayi juga boleh mengalami alergi yang menyebabkan pengeluaran lendir secara berlebihan, yang kemudiannya menyekat saluran hidung mereka.

tidur bayi

Komplikasi 

Bernafas melalui mulut boleh membawa kesan sampingan yang besar. Beberapa ketidakselesaan dan isu yang boleh wujud kerana bernafas melalui mulut adalah:

Salah satu simptom jangka panjang termasuklah sindrom muka panjang yang menyebabkan ciri muka bahagian bawah memanjang. Keadaan ini hanya boleh diperbaiki menerusi pembedahan.

Jumlah oksigen lebih rendah dalam darah boleh mengakibatkan masalah jantung di kemudian hari.

Menjejaskan tidur

Tabiat anak bernafas melalui mulut sememangnya akan menjejaskan kualiti tidur.

Ini kerana pernafasan mulut ini akan mengurangkan oksigen dalam paru-paru dan saluran darah, keadaan ini menyukarkan anak untuk mendapat tidur yang lena.

Tidur bayi yang terganggu boleh memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan, prestasi akademik, tumpuan dan tingkah laku mereka.

Baca juga:

Rawatan rumah atasi masalah pernafasan akibat tidur bayi dengan mulut ternganga

Berikut beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memudahkan aliran pernafasan anak:

Pelembap udara 

Pelembap udara dapat membantu meredakan hidung tersumbat dan ia sesuai untuk bayi tidur dengan lena.

Anda juga boleh menghasilkan wap dalam bilik air menggunakan air panas dan duduk seketika bersama si kecil.

Keluarkan lendir 

Anda boleh menyedut keluar lendir daripada hidung anak menggunakan picagari hidung. Tetapi berhati-hati agar tidak menyakiti hidung mereka.

Air garam

Semburan air garam boleh membantu menipiskan lendir dan memudahkan anda untuk menyedutnya keluar.

Mandian air suam

Memandikan si kecil dengan mandian air suam bukan sahaja dapat memberikan mereka ketenangan tetapi dalam masa yang sama membersihkan lendir yang terkumpul dalam saluran hidung.

Kekal hidrat bantu atasi masalah pernafasan

Berikan anak susu badan atau susu formula yang mencukupi untuk memastikan mereka terhidrat. 

Pengambilan cecair yang mencukupi menghalang dehidrasi dan memastikan lendir tidak tersekat.

tidur bayi

Kekalkan persekitaran bersih

Sentiasa membersihkan kawasan dalam rumah anda. Sekiranya mempunyai haiwan peliharaan di rumah, sentiasa pastikan keadaan rumah bersih tanpa sebarang bulu haiwan dan alergen lain.

Kebanyakan rawatan yang dicadangkan di atas boleh membantu memperbaiki masalah pernafasan dan menghindari tabiat bernafas melalui mulut.

Namun, sekiranya rawatan di rumah yang dikongsikan di atas tidak membawa perubahan dan keadaan bayi tidur mulut terbuka berterusan, mungkin sudah tiba masanya untuk membawa mereka berjumpa doktor.

Doktor dapat melakukan pemeriksaan dan ujian untuk menentukan punca anak bernafas menerusi mulut ini.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Common cold in babies. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/common-cold-in-babies/diagnosis-treatment/drc-20351657, Accessed on Oct 22, 2021
  2. Pediatric obstructive sleep apnea. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pediatric-sleep-apnea/symptoms-causes/syc-20376196, Accessed on Oct 22, 2021
  3. Hiroko Tsuda, Alan A. Lowe, Hui Chen, John A. Fleetham, Najib T. Ayas, and Fernanda R. Almeida (2011). The Relationship Between Mouth Opening and Sleep Stage-Related Sleep Disordered Breathing. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3077347/,  Accessed on Oct 22, 2021
  4. Obstructive sleep apnoea (OSA). https://www.rch.org.au/kidsinfo/fact_sheets/Childhood_obstructive_sleep_apnoea_OSA/
  5. Snoring in Children. https://www.sleepfoundation.org/snoring/snoring-children,  Accessed on Oct 22, 2021
  6. Does Your Child Snore? 5 Signs of Trouble. https://health.clevelandclinic.org/does-your-child-snore-5-signs-of-trouble/,  Accessed on Oct 22, 2021

Versi Terbaru

22/04/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Anak Gemar Mengetap Gigi Semasa Tidur? Ini 7 Penyebabnya

Si Manja Susah Tidur Pada Waktu Malam? Mungkin Salah Satu Sebab Ini Puncanya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan