Ini disebabkan oleh ibu bapa yang kurang peka, arif dan cakna mengenai apa itu sleep apnea.
Perkara pertama yang kalian perlu perhatikan ketika si kecil anda sedang tidur adalah pernafasan mereka – lihat dan dengar sama ada mereka berdengkur, tercekik atau sukar untuk bernafas.
Bayi anda juga bukan perlu diberi perhatian ketika tidur waktu malam sahaja, malahan ketika ‘naping’ pada waktu siang agar gejala sleep apnea tidak lagi berulang pada ketika yang lain.

Sekiranya anda mengesyaki si kecil anda mengalami gangguan ini, apa yang ibu bapa perlu lakukan?
Segera bawa bayi jalani ujian gangguan tidur!
Tanpa diduga, si kecil anda juga mungkin adalah salah seorang dari individu yang menderita gangguan tidur apnea.
Selepas mendapati terdapat petanda atau gejala gangguan tidur ini pada mereka, segera berjumpa dengan pakar pediatrik di hospital berdekatan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjutan,
Di sana, pakar mungkin akan menyarankan bayi kalian untuk menjalankan ujian tidur yang dikenali sebagai polysomnogram.
Semasa ujian ini, staf perubatan akan melihat dan menilai si kecil anda ketika sedang tidur dengan bantuan lekatan sensor pada tubuh badan.
Ini untuk memerhatikan corak pernafasan, kadar kemasukan oksigen serta gelombang pergerakan otak (electroencephalogram atau EEG).
Hasilnya, ia akan dapat menentukan sama ada mereka menderita sleep apnea ataupun tidak.
Teruskan dengan rawatan lanjutan sleep apnea
Kebanyakan bayi atau kanak-kanak yang alami gangguan sleep apnea ini akan mempunyai tonsil dan adenoid yang lebih besar.
Adalah penting untuk membuang tonsil dan adenoid ini melalui prosedur pembedahan tonsilektomi dan adenoidektomi.

Ia adalah langkah pertama yang perlu ibu bapa lakukan untuk merawat kondisi ini sepenuhnya.
Selain itu, ada juga rawatan lain yang memerlukan si kecil kalian memakai topeng ketika mereka tidur agar aliran udara yang masuk ke dalam hidung atau mulut mereka lebih lancar dan stabil.
Sekiranya mereka lahir dengan kondisi kesihatan lain seperti sindrom Down, cerebral palsy atau craniofacial, maka bayi anda lebih tinggi risiko terkena gangguan tidur apnea dan memerlukan rawatan lanjutan khas.
Sekiranya kalian mempunyai sebarang persoalan lanjutan mengenai apa itu sleep apnea, segera berjumpa dengan doktor ya!