backup og meta

Tercekik Konjac Jelly! Sebelum Bagi Anak Makan, Ibu Ayah 'Alert' Dengan Bahaya Ini

Tercekik Konjac Jelly! Sebelum Bagi Anak Makan, Ibu Ayah 'Alert' Dengan Bahaya Ini

Tular di TikTok mengenai kesan bahaya pengambilan konjac jelly kepada kanak-kanak hingga boleh menyebabkan maut, adakah ia benar?

Jika anak atau anda sendiri pernah mengambil makanan ringan ini, teruskan pembacaan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jeli ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Konjac jelly viral

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @Miss.Pharmacist, mendakwa jeli ini tidak sesuai untuk diberikan kepada anak kerana ia bersifat sangat kenyal, sekali gus menjadikan ia sukar ditelan.

Wanita tersebut menyatakan menurut Food and Drug Administration (FDA), telah dilaporkan beberapa kes kematian melibatkan kanak-kanak dan dewasa.

konjac jelly
Sumber: TikTok @Miss.Pharmacist

Dalam video tersebut dijelaskan bahawa punca kematian dalam kalangan kanak-kanak, bahkan individu dewasa adalah disebabkan struktur gelatin yang menyukarkan proses menelan dan mengunyah jeli tersebut. Ia juga tidak mudah larut apabila berada di dalam mulut.

Jeli ini juga dikatakan boleh mengembang apabila berada di dalam saluran pencernaan iaitu esofagus hingga ke usus. 

Jadi benarkah kesan bahaya ini?

Respons KKM berkaitan konjac jelly

Berdasarkan kenyataan media daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), rupanya isu ini telah menjadi perhatian sejak tahun 2001 apabila terdapat laporan penjualan konjak jeli yang mempunyai risiko tercekik pada kanak-kanak.

Oleh sebab produk konjak jeli mempunyai tekstur yang kenyal, sukar larut di dalam mulut dan sukar ditelan berbanding produk jeli lain, kawalan ke atas produk telah dibuat dengan menetapkan saiz dan juga amaran pada label produk.

Di Malaysia, produk konjak jeli dikawal di bawah Peraturan 139 (konfeksi sajian) dan juga peraturan 139A (konfeksi jeli terkawal). Keperluan bagi peraturan ini adalah seperti berikut:

  1. Peraturan 139 (Konfeksi Sajian): Jeli dengan diameter melebihi 45 milimeter (MM) dan ianya boleh mengandungi konjak.
  2. Peraturan 139A (konfeksi jeli terkawal): Jeli dengan diameter kurang atau sama dengan 45 milimeter dan ianya tidak boleh mengandungi konjak. 
konjac jelly
Sumber: Facebook KKM

Selain itu, label produk bagi kategori 139A ini hendaklah mengandungi penyataan AMARAN: BOLEH MENYEBABKAN RISIKO TERCEKIK dan perkataan TIDAK SESUAI BAGI KANAK-KANAK DI BAWAH USIA 3 TAHUN.

Bahkan berdasarkan data pemantauan dari tahun 2018 hingga kini, sebanyak enam produk jeli dikesan tidak mematuhi peraturan 139A dan telah dikenakan tindakan penarikan balik produk (recall) oleh KKM.

Ini bermakna, jeli konjak ini hanya sesuai dan boleh diambil kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas sahaja. Tetapi pastikan ia tidak berlebihan.

Apa itu konjak jeli?

Buat anda yang tidak tahu mengenainya, ia adalah sejenis makanan ringan yang mendapat permintaan tinggi pada masa kini – disebabkan rasa kemanisan dan kesedapannya.

Sebelum bercakap tentang kesan bahaya makanan ini, ayuh kita fahami secara ringkas mengenai jeli ini.

Konjac turut dikenali dengan sebutan nama keladi gajah, yang merupakan tumbuhan yang tumbuh subur di beberapa negara Asia seperti Jepun, Korea dan China. Di samping itu, ia turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti konjaku, devil’s tongue, snake palm, dan voodoo lily.

Tumbuhan ini kaya dengan serat larut dan sering digunakan sebagai ejen pemekat sup dan kuah. Bahkan, konjac juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Jepun dan Cina.

Manfaat konjac jelly 

Terdapat beberapa kebaikan konjak jeli ini seperti:

konjac jelly

Mengelakkan sembelit

Jeli ini dipercayai boleh membantu mencegah masalah sembelit. Malah penambahan konjac dalam diet yang rendah serat boleh meningkatkan jumlah bakteria probiotik dalam usus serta fungsi pergerakan usus.

Menurunkan berat badan berlebihan

Disebab konjac mengandungi kandungan serat yang tinggi, maka ia boleh membuatkan anda berasa kenyang lebih cepat dan untuk tempoh masa lebih lama. Kesannya boleh mengurangkan kecenderungan untuk makan secara berlebihan.

Mengawal kadar kolesterol

Konjac juga didapati dapat membantu menurunkan paras kolesterol secara keseluruhan, kolesterol LDL dan trigliserida.

Penjagaan kulit

Nutrisi yang terkandung dalam konjac turut dipercayai bermanfaat buat mereka yang mahu meningkatkan kesihatan kulit secara keseluruhan. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai terapi topikal untuk jerawat.

Banyak juga kebaikan konjak jeli ini. Jadi bagaimana pula wujud akan kesan bahayanya?

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Konjac jelly keburukan & kesan bahaya

Setiap makanan, walaupun mempunyai kebaikan atau manfaat, jika diambil secara berlebihan pastinya boleh mendapatkan kesan sampingan. Konjak jeli ini juga tidak terkecuali.

Antara beberapa masalah berkaitan penghadaman yang boleh dialami adalah seperti:

  • Masalah kembung perut
  • Cirit-birit
  • Kesakitan abdomen
  • Perut berangin
  • Rasa loya atau mual

Malah semasa penulis membuat carian di internet mengenai konjac jelly ini, banyak perkongsian daripada ibu bapa mengenai keadaan anak selepas mengambil makanan ringan ini.

Ada yang mengatakan anak mereka mengalami sesak nafas dan kadar oksigen badan menurun. Terdapat juga kes mendakwa si kecil mengalami muntah-muntah serta cirit-birit selepas pengambilan konjak jeli ini.

Baca juga:

Langkah berwaspada

Atas rasa ingin tahu dalam diri kita, tiada salahnya untuk mencuba sebarang makanan yang viral seperti konjac jelly. Namun sebaiknya pastikan ia selamat dan ambillah dalam kuantiti sederhana, usah berlebihan.

Manakala buat ibu bapa di luar sana, jika anak anda memakan konjak jeli ini, pantaulah pengambilannya bagi menghindari sebarang kejadian yang tidak diingini. 

Jika boleh dielakkan, elakkanlah kerana terdapat banyak lagi pilihan makanan bahkan snek sihat yang boleh dijadikan pilihan buat si kecil.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Garis Panduan Aditif Makanan Yang Dibenarkan Dalam Makanan Di Malaysia Di Bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, https://www.fmm.org.my/images/articles/GP%20HARMONISASI%20ADITIF%20MAKANAN.PDF,  Accessed on Nov 24, 2022
  2. Risiko Tercekik Pada Kanak-Kanak, Kkm Pantau Jualan Konjak Jeli. https://www.buletinfm.audio/risiko-tercekik-pada-kanak-kanak-kkm-pantau-jualan-produk-konjak-jeli/,  Accessed on Nov 24, 2022
  3. Safe Consumption of Konjac Jellies. https://www.cfs.gov.hk/english/whatsnew/whatsnew_fsf/whatsnew_fsf_jelly.html,  Accessed on Nov 24, 2022
  4. What Is Konjac? Uses, Benefits, and Side Effects. https://ro.co/health-guide/what-is-konjac/
  5. Konjac Health Benefits. https://www.naturalremedies.org/konjac/, Accessed on Nov 24, 2022 
  6. TikTok. https://www.tiktok.com/@miss.pharmacist/video/7142037072726002971?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&item_id=7142037072726002971&lang=en,  Accessed on Nov 24, 2022
  7. Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia. https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/pfbid02Rp11X8RYUzGdcVPwe7NrUJKpqvuXzBDyNgYdG9SekK7TfEyGCejkyxC3vWb2b2NGl/?paipv=0&eav=AfahwFPakN7Vz_rOuEQCgqhOvG_jm3meyFEl9KMQ047WLUt3SAF0gJXZ9yiPTKBK-t4&_rdr, Accessed on Nov 24, 2022
  8. Au-Yeung, F., Jovanovski, E., Jenkins, A., Zurbau, A., Ho, H., & Vuksan, V. (2018). The effects of gelled konjac glucomannan fibre on appetite and energy intake in healthy individuals: A randomised cross-over trial. British Journal of Nutrition, 119(1), 109-116. https://www.cambridge.org/core/journals/british-journal-of-nutrition/article/effects-of-gelled-konjac-glucomannan-fibre-on-appetite-and-energy-intake-in-healthy-individuals-a-randomised-crossover-trial/F624117B995B885A7771089C4D725D57, Accessed on Nov 24, 2022 

Versi Terbaru

25/01/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Anak Demam Panas? Ibu, Cuba 7 Petua Tradisional Ini, Mujarab!

SERAM Tengok Lukisan Anak? Parents, Ini Mungkin Ciri-ciri Lukisan Anak Kemurungan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 25/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan