backup og meta

Anak Kaki TikTok Boleh Alami Sindrom Ini, Tapi Sahih Ke? Ini Jawapannya...

Anak Kaki TikTok Boleh Alami Sindrom Ini, Tapi Sahih Ke? Ini Jawapannya...

TikTok merupakan antara aplikasi media sosial yang banyak digunakan oleh remaja. Namun penggunaan aplikasi ini mempunyai pro dan kontranya. Ada juga mengatakan wujud risiko untuk mengalami sindrom TikTok.

Tetapi adakah ia benar atau sekadar rekaan semata-mata? Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Video tentang remaja dengan sindrom TikTok

Pada pertengahan 2020, tersebar beberapa video mengenai testimoni remaja yang mendakwa bahawa mereka menghidap penyakit yang dipanggil sindrom TikTok.

Dikatakan sindrom ini merupakan gangguan koordinasi yang menyebabkan penghidapnya tidak dapat mengawal pergerakan tubuh sendiri.

Keadaan tersebut kononnya kerana terlalu banyak bermain aplikasi media sosial TikTok dan tubuh mereka akan bergerak dengan sendiri seolah-olah sedang menari walaupun ketika tidur.

Awasi tingkah laku anak anda terutamanya apabila merakam video peribadi.
Awasi tingkah laku anak anda terutamanya apabila merakam video peribadi.

Namun kebenarannya, dalam video tersebut telah menjelaskan bahawa ia adalah sindrom rekaan semata-mata dan dibuat atas tujuan untuk keseronokan – bermakna mereka langsung tidak mempunyai sebarang gangguan kesihatan.

Adakah sindrom TikTok benar-benar wujud?

Dari aspek perubatan, sememangnya wujud penyakit tertentu yang menyebabkan penghidapnya menggerakkan tubuh sendiri tanpa disengajakan seperti sindrom Tourette. 

Tetapi keadaan itu melibatkan masalah sistem saraf yang mungkin berpunca daripada keturunan dan bukannya kerana terlalu banyak bermain aplikasi media sosial TikTok.

Bahkan sehingga kini tidak terdapat sebarang kajian saintifik pun yang menyebut tentang sindrom ini.

Justeru, berita mengenai kejadian sindrom ini dalam kalangan remaja adalah berita palsu dan rekaan sahaja.

Baca juga:

Risiko bahaya bermain aplikasi media sosial TikTok terlalu lama

Walaupun sindrom ini adalah penyakit palsu yang dibuat-buat, namun itu tidak bermakna aplikasi ini tidak membawa kesan negatif sekiranya anak anda terlalu kerap menggunakannya.

Berikut adalah beberapa impak yang mungkin dialami oleh anak jika mereka terlalu kerap memainkan aplikasi ini:

Sindrom TikTok #1. Ketagih menari

Keinginan untuk bersaing itu adalah sebahagian daripada tahap perkembangan normal remaja

Dan perkara itu tidak terkecuali dalam TikTok ini, di mana mereka bersaing untuk memuat naik video tarian.

Ini terutamanya sejak pandemik COVID-19, dengan menganggap aplikasi ini sebagai cara untuk anak tidak bosan kerana terpaksa duduk di rumah.

Tidak dinafikan menari adalah satu kaedah untuk membuatkan anak aktif dengan cara yang menyeronokkan. Tetapi ia haruslah terkawal. Jika terlalu kerap menari boleh mengakibatkan wujud ketagihan.

Terdapat kajian yang dilakukan ke atas penari yang kerap berlatih setiap minggu mendapat pelbagai gangguan psikologi.

Keadaan ini berkait rapat dengan gangguan pemakanan. Hilang selera makan adalah perkara biasa dalam kalangan penari kerana mereka taksub untuk mengekalkan penampilan badan yang menarik.

Kawal penggunaan gajet anak anda supaya tidak ketagih.
Kawal penggunaan gajet anak anda supaya tidak ketagih.

Kajian itu juga menunjukkan mereka yang aktif menari biasanya ingin lari daripada masalah hidup, terutamanya apabila berdepan dengan masalah yang sukar untuk diselesaikan.

Pun begitu, masih banyak penyelidikan perlu dilakukan bagi mengkaji hubungan antara Tiktok dan keadaan ketagihan menari.

2. Ketagihan TikTok

Walaupun sindrom Tiktok bukanlah penyakit sebenar, tetapi wujud risiko untuk anak menjadi ketagih jika terlalu kerap bermain dengan aplikasi tersebut. Bahkan ketagihan itu lebih cenderung untuk berlaku dalam kalangan remaja.

Ketagihan bermain aplikasi tersebut akan mengakibatkan anak menjadi taksub untuk mengejar populariti dalam dunia TikTok.

Mendapat jumlah ‘suka’, ‘kongsi’ atau ‘komen’ pada video yang dimuat naik akan menjadi keutamaan.

Secara tidak langsung, kesannya anak akan mengabaikan perkara lebih penting seperti culas melakukan tugasan sekolah dan mungkin melangkau hidangan makan.

Bukan setakat itu sahaja, terdapat beberapa cabaran pada aplikasi media sosial TikTok ini dianggap tidak sesuai untuk dilakukan remaja. Antara contohnya adalah cabaran bercium, bergurau melampaui batas dan sebagainya.

Jika dibiarkan, keadaan ini pastinya akan merosakkan mental dan personaliti anak.

Taktik yang boleh digunakan bagi anak-anak yang ketagih gajet.
Taktik yang boleh digunakan bagi anak-anak yang ketagih gajet.

3. Ketagih dengan gajet

Adakah ia terhenti setakat ketagihan menari dan menggunakan aplikasi media sosial TikTok sahaja?

Sudah tentulah tidak! Ini kerana apabila anak ketagih untuk menari di TikTok, ia secara tidak langsung akan meningkatkan kecenderungan mereka untuk menjadi ketagihan gajet.

Kesan ketagihan bermain TikTok dan gajet boleh menyebabkan wujudnya masalah seperti berikut:

  • Anak akan mengalami kesukaran menumpukan perhatian pada pelajaran sekolah
  • Tidak berdisiplin terhadap rancangan dan jadual harian
  • Mengalami sakit di bahagian belakang leher
  • Anak akan menjadi mudah marah dan resah apabila tidak menggunakan perantinya
  • Selalunya berjaga lewat malam dan sukar untuk tidur
  • Tidak boleh berhenti bermain telefon pintar
  • Teruskan berfikir tentang perkara di sekitar telefon pintar

Walaupun kesannya tidak nampak seteruk sindrom TikTok yang direka itu tetapi jika ketagihan terhadap gajet berterusan, ia akan menyebabkan kesan jangka panjang.

Ia akan melibatkan pencapaian akademik merosot, anak menjadi malas, tidak berdisiplin, serta sukar untuk merancang masa depan adalah perkara yang perlu ibu bapa jangkakan dan bimbangkan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What is Tourette Syndrome? https://www.cdc.gov/ncbddd/tourette/facts.html, Accessed on Dec 11, 2021
  2. Rise in teen girls with ‘tic-like’ behaviours could be linked to TikTok, doctors say. https://www.ctvnews.ca/health/rise-in-teen-girls-with-tic-like-behaviours-could-be-linked-to-tiktok-doctors-say-1.5636212, Accessed on Dec 11, 2021
  3. The complicated truth about TikTok and Tourette’s syndrome. https://www.wired.co.uk/article/tiktok-tourettes, Accessed on Dec 11, 2021
  4. Aniko Maraz, Róbert Urbán, Mark Damian Griffiths and Zsolt Demetrovics. An Empirical Investigation of Dance Addiction (2015). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4423970/, Accessed on Dec 11, 2021
  5. Discussing the danger of gadget addiction and how to overcome through lecturer community service. http://news.unair.ac.id/en/2020/10/25/discussing-the-danger-of-gadget-addiction-and-how-to-overcome-through-lecturer-community-service/, Accessed on Dec 11, 2021
  6. Gadget Addiction. https://scet.berkeley.edu/reports/gadget-addiction/, Accessed on Dec 11, 2021
  7. Sabir Irfan, Irum Nasim, Muhammad Bilal Majid, Mohd Sadad Mahmud and Naila Sabir. TikTok Addictions and Its Disorders among Youth of Pakistan (2020). DOI:10.19085/sijmas070602, https://www.researchgate.net/publication/343735464_TikTok_Addictions_and_Its_Disorders_among_Youth_of_Pakistan, Accessed on Dec 11, 2021
  8. Christian Montag, Haibo Yang and Jon D. Elhai. On the Psychology of TikTok Use: A First Glimpse From Empirical Findings (2021). https://doi.org/10.3389/fpubh.2021.641673, Accessed on Dec 11, 2021 

 

Versi Terbaru

06/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Kemurungan Remaja Bukan Isu Terpencil. Let's Take Care Of Each Other!

Kesan Buruk Penggunaan Gajet kepada Remaja


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/11/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan