Anda sedang mencari susu untuk tambah berat badan anak kerana setiap kali berjumpa dengan orang, mereka akan mengatakan anak nampak kecil berbanding usianya? Dalam perkongsian artikel ini, ada jawapan yang anda perlukan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Pentingkah penambahan berat badan?
Kebanyakan pakar pediatrik dan doktor mengesyorkan untuk meneruskan penyusuan susu badan selama mungkin bagi menggalakkan penambahan berat badan sihat.
Susu ibu boleh berfungsi sebagai suplemen berkesan bagi memastikan anak mendapat nutrisi yang betul. Bagi yang tidak boleh menyusu badan, susu formula adalah pengganti terbaik.
Pun begitu, ibu bapa tidak disarankan untuk cuba memberikan susu untuk tambah berat badan anak melainkan dinasihati doktor untuk berbuat demikian.
Anak cerewet makan tidak semestinya mereka kekurangan zat makanan atau perlu untuk menambah berat badan.
Memilih susu untuk tambah berat badan anak yang betul
Memilih susu yang betul adalah antara strategi sihat bagi memenuhi keperluan nutrisi pemakanan anak.
Tidak dinafikan terdapat variasi susu ditawarkan di pasaran yang direka khusus untuk si kecil dengan masalah kurang berat badan.
Walau bagaimanapun biasanya susu yang direka bagi menambah berat badan anak ini akan mempunyai paras gula yang tinggi. Ini kerana gula adalah sumber kalori biasa dalam susu.
[embed-health-tool-vaccination-tool]
Jadi jika ibu bapa memilih susu jenis ini, mereka harus menyedari tentang kandungan gula di dalamnya.
Adakah ini bermakna tiada susu untuk naikkan berat badan anak?
Sudah tentu ada. Berikut adalah panduan untuk memilih susu penambah berat badan anak 1-3 tahun dengan cara lebih sihat:
Susu formula yang tepat
Pada dasarnya, susu formula mengandungi nutrien tambahan seperti lemak khusus yang dapat membantu menambah berat badan anak.
Antara cara untuk membantu si kecil menambah berat badan melalui pengambilan susu adalah dengan memilih susu formula yang tepat.
Ini kerana di pasaran terdapat pelbagai variasi susu yang ditawarkan – sehingga anda boleh rambang mata untuk memilihnya – namun itu tidak bermakna ia sesuai dengan anak.
Jika anak diberikan susu formula yang salah, ia boleh menyebabkan mereka mengalami masalah penghadaman seperti cirit-birit, kesan kandungan nutrien yang tidak sesuai dengan sistem penghadaman anak.
Sekiranya terdapat ketidakpastian mengenai jenis susu bersesuaian dengan si kecil, berundinglah dengan doktor kanak-kanak bagi cadangan yang terbaik.
Susu untuk tambah berat badan anak #Pemberian susu pada waktu tepat
Bagaimana untuk mengetahui sama ada waktu tersebut sesuai untuk memberikan anak susu penambah berat badan anak atau tidak?
Bagi anak yang sudah mula mengambil makanan pejal, elakkan memberikan susu pada sesi hidangan makan utama.
Ini kerana selain memberikan susu untuk naikkan berat badan anak, makanan pejal yang diambil si kecil juga sebenarnya turut dapat membantu menaikkan berat mereka.
Jadi mungkin tempoh yang sesuai untuk memberikan anak susu adalah setelah mereka makan hidangan utama.
Ia sekali gus dapat membantu anak untuk tidur dengan lebih nyenyak selepas itu dan tidak berasa lapar. Keadaan tersebut juga membolehkan tubuh menyerap nutrisi dengan cepat dan si kecil akan membesar dengan lebih sihat.
Formula susu penambah berat badan anak dicampur dengan betul
Memastikan susu formula dibancuh dengan betul mengikut arahan pada label adalah sangat penting.
Keseimbangan nisbah air kepada serbuk susu formula harus tepat. Terlalu banyak air mungkin boleh menyebabkan anak tidak mendapat kalori mencukupi yang diperlukan dan boleh menyebabkan bahaya.
Perlu atau tidak susu untuk tambah berat badan anak?
Anda mungkin telah menukar jenis susu untuk naikkan berat badan anak namun masih tiada perubahan.
Tidak dinafikan ada sesetengah anak mungkin mengalami kesukaran untuk makan dan tidak mengikut titik perkembangan berat badan yang sepatutnya. Lakukan pemeriksaan dengan doktor bagi mendapatkan kepastian mengenai keadaan anak.
Namun sekiranya pakar pediatrik merasakan kadar pertumbuhan berat badan anak pada keluk tumbesaran yang sesuai, percayalah pada hakikat yang si kecil sihat dan tiada perubahan perlu dilakukan.
Mencuba untuk menambah berat badan bayi apabila ia tidak diperlukan boleh meningkatkan risiko pemakanan dan tingkah laku pemakanan yang tidak sihat. Keadaan tersebut juga boleh menyebabkan pertambahan berat tidak sihat di kemudian hari.
Kesimpulan
Kadangkala anak yang sihat sempurna menambah berat badan secara perlahan kerana ia hanya corak pertumbuhan uniknya sendiri. Keadaan tersebut bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan.
Tip
[embed-health-tool-child-growth-chart]