Masalah anak susah makan memang biasa dialami kebanyakan ibu bapa. Kadang-kadang semalam mereka boleh habiskan semangkuk penuh, tapi keesokan harinya langsung tak mahu menjamah walau sesudu pun. Situasi ini tentu buat ibu bapa garu kepala mencari petua anak tak nak makan.
Persoalannya, kenapa anak tidak mahu makan nasi atau makanan lain yang biasa mereka suka? Dan apa cara pujuk anak makan yang boleh membantu tanpa perlu paksa?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.
Punca anak tidak mahu makan
Kenapa anak tidak mahu makan nasi? Adakah itu tanda cerewet makan? Tenang mama papa.
Tidak semestinya mereka cerewet. Si manja anda akan menolak sesuatu makanan kerana beberapa alasan atau tanpa bersebab.
Banyak faktor boleh menyebabkan anak susah makan, antaranya 1,2,3,4:
- Anak sudah kenyang dengan snek atau minuman
- Terganggu dengan gajet, TV atau permainan
- Mengalami ketidakselesaan badan
- Sedang melalui fasa tumbesaran tertentu
Tetapi selagi pertumbuhan dan kenaikan berat badan adalah seiring usianya, biasanya tiada apa yang perlu ibu bimbangkan.

Namun, jika mama papa risau, berbincanglah dengan pakar pediatrik sebelum cuba pelbagai cara pujuk anak makan di rumah.
Anak susah makan? Ini cara pujuknya
Ada pelbagai cara pujuk anak makan yang boleh dicuba oleh ibu bapa. Antaranya 5,6,7:
-
Jangan paksa anak
Perkara pertama harus anda ingat sewaktu mencuba cara pujuk anak makan, seandainya anak memalingkan kepala daripada suapan, itu petanda si kecil sudah kenyang. Walaupun makan sedikit, percayalah mereka akan makan semula bila lapar.
-
Ubah tekstur makanan
Anak juga mempunyai keinginan yang berbeza. Ada yang sukakan makanan basah dan ada yang gemarkan finger food. Tawarkan pilihan berkhasiat dan bantu kembangkan selera mereka dengan cara yang baik.

-
Kurangkan gangguan
Cuba jadikan makanan sebagai fokus pada waktu hidangan. Tutup sebarang gajet, siaran televisyen dan jauhkan permainan. Bantu anak untuk fokus pada 1 perkara iaitu MAKAN.
-
Anak susah makan? Biarkan mereka pegang & cuba sendiri
Benarkan anak menyentuh dan merasa makanan sebelum disuap. Tak mengapa kalau meja makan sedikit bersepah, biarkan anak belajar menyuap sendiri kerana itu juga sebahagian daripada proses mereka menikmati makanan.
-
Jaga tempo & masa
Hadkan waktu makan sekitar tempoh masa 20 hingga 30 minit sahaja. Ini bantu anak lebih fokus tanpa rasa terpaksa duduk lama.
-
Sabar & konsisten
Adakalanya sesuatu makanan perlu diperkenalkan berkali-kali sebelum anak mula menerimanya.
Banyakkan bersabar dan terus mencuba walaupun mereka menolaknya, selagi tidak wujud sebarang reaksi alahan.
Semua ini adalah petua anak tak nak makan yang mudah diamalkan di rumah.
Sokongan nutrisi dari Susu Friso® Gold
Diet pemakanan kanak-kanak seharusnya mengandungi 35 hingga 40 peratus lemak. Bagi anak susah makan, susu penuh krim boleh menjadi pilihan yang seimbang.

Susu membantu menyediakan asid lemak yang baik untuk sistem penghadaman. Lebih baik lagi jika susu tersebut mengandungi nutrien penting seperti:
Ketiga-tiga nutrien ini penting untuk menyokong usus, pertahanan badan serta membantu penyerapan nutrien untuk anak membesar secara optimum.
Berita baiknya, Friso® Gold hadir dengan NOVAS Signature Milk dan teknologi LocNutri, yang mengekalkan kebaikan nutrien semula jadi dalam susu.
Friso Gold juga diperkaya dengan vitamin D, B6 dan C, mineral, omega dan DHA yang berfungsi menyokong tumbesaran dan ketahanan semula jadi badan anak. Ia bukan sekadar baik untuk penghadaman, malah menyokong perkembangan anak secara menyeluruh.
Bersabar dengan kerenah anak
Setiap anak melalui fasa makan yang berbeza. Jangan cepat panik bila berdepan masalah anak susah makan. Ingatlah mama papa, fasa ini normal untuk kebanyakan anak. Yang penting, jangan mudah panik dan teruskan usaha dengan sabar.
Tip penting untuk ibu bapa
Dapatkan Friso® Gold untuk si manja anda hari ini di sini!
[embed-health-tool-child-growth-chart]

















