backup og meta

Anak Susah Nak Hafal Sifir? Ibu Ikut Tip Ini Bantu Anak Senang Ingat!

Anak Susah Nak Hafal Sifir? Ibu Ikut Tip Ini Bantu Anak Senang Ingat!

Mencari cara mudah hafal sifir untuk bantu anak? Ini kerana anak mengadu kalau tidak menghafal sifir, nanti sukar untuk menjawab soalan daripada guru Matematik.

Tidak dinafikan untuk menghafal sifir ini bukanlah perkara mudah. Namun jika anda tahu cara untuk menghafalnya, pastinya ia tidak menjadi sukar.

Teruskan membaca untuk mengetahui kaedahnya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Cara mudah hafal sifir

Sebenarnya bagi melatih anak untuk mahir dalam subjek matematik, khususnya melibatkan sifir, terdapat beberapa perkara yang perlu diamalkan.

Separuh-separuh

Untuk menghafal 12 sifir sekali gus sememangnya sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Jadi galakkan anak untuk menghafal sifir separuh-separuh agar lebih mudah untuk mengingatinya.

Fokuskan kepada satu sifir setiap hari, contohnya untuk hari ini sifir 3. Maka hafal 1 hingga 6 darab 3 terlebih dahulu. Sebut dan ulang sehingga anak betul-betul dapat menghafalnya. Kemudian, barulah teruskan 7 hingga 12 darab 3 pula.

Kaedah ini dapat mengurangkan kecelaruan otak. Anak juga pastinya tidak berasa tertekan kerana tidak perlu menghafal terlalu banyak dalam satu-satu masa.

Kurangkan masa gajet, antara cara mudah hafal sifir

Tidak salah memberikan anak peluang untuk bermain gajet dan menonton televisyen

Walau bagaimanapun tanpa disedari, pendedahan kepada teknologi ini secara berlebihan boleh membuatkan anak sukar untuk fokus semasa belajar seperti untuk menghafal sifir.

Jadi antara petuanya adalah untuk mengurangkan tempoh pendedahan gajet anak. 

Hadkan masa dalam sehari untuk anak menonton televisyen atau bermain gajet. Secara perlahan-lahan anda pasti akan dapat melihat perubahan prestasi akademik anak.

Cara mudah hafal sifir guna jari

Jangan terkejut kerana penggunaan jari sebenarnya merupakan perkara paling wajib yang perlu dilakukan anak sebagai cara ingat sifir.

Sebagai contoh, untuk sifir 1×2, minta anak untuk keluarkan jari pertama. Jari kedua untuk 2×2, manakala jari ketiga bagi 3×2 dan seterusnya.

Tujuan cara ingat sifir menggunakan jari ini dipercayai dapat membantu anak untuk mengira semula jawapan untuk sifir-sifir tertentu nanti.

cara mudah hafal sifir

Satu minggu satu sifir

Kalau boleh anda mahukan anak menghafal semua sifir dengan cepat? AWAS, tindakan anda itu boleh mengakibatkan anak berasa lebih tertekan.

Usah terlalu memaksa anak untuk mengingati semua sifir dalam tempoh masa singkat. Bukankah wujud peribahasa “biar lambat asalkan selamat”

Menghafal sifir dalam masa singkat mungkin menyebabkan anak tergopoh dan kesannya mereka mungkin lebih cepat lupa. Berikan anak masa secukupnya untuk fokus semasa menghafal.

Sebut dengan kuat

Sarankan anak untuk membaca sifir dengan lantang sebagai cara hafal sifir.

Ini kerana membaca dengan sebutan yang kuat lebih membantu anak untuk menghafal dan mengingatinya berbanding hanya membaca di dalam hati atau berbisik.

Suasana tenang

Dengan persekitaran yang hingar-bingar, sesiapa pun tidak dapat fokus apatah lagi untuk menghafal sifir. 

Jadi pastikan ruang dan persekitaran untuk anak dalam keadaan tenang bagi memudahkan mereka mengingati sifir. 

Latihan tubi

Selepas menghafal satu-satu sifir, anda disarankan untuk memberikan anak soalan sebagai cara hafal sifir.

Melakukan latih tubi sama ada secara bertulis atau secara lisan adalah satu cara terbaik untuk membantu anak lebih menghafal sifir. Kaedah ini juga dianggap langkah pengukuhan.

Menemani anak

Petua berkesan untuk membantu anak dalam mengingati sifir adalah dengan duduk bersama mereka semasa menghafal.

Selain membantu menjadikan anak lebih fokus, keberadaan anda di sisi sudah tentu akan membuatkan mereka lebih bersemangat apabila mengetahui diri tidak keseorangan. 

Fakta

Anda juga boleh membetulkan anak jika wujud sebarang kesilapan dan menegur mereka sekiranya tampak seperti hilang fokus.

cara mudah hafal sifir

Akhir kata

Semoga perkongsian mengenai cara hafal sifir ini bermanfaat dan membantu anda untuk memudahkan anak menghafalnya.

Sekiranya anda mempunyai cara mudah hafal sifir lain yang ingin dikongsikan bersama pembaca Hello Doktor, tuliskan di ruangan komen.

Ia nanti boleh dijadikan panduan buat ibu bapa di luar sana.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Beginning Multiplication. https://www.nctm.org/Handlers/AttachmentHandler.ashx?attachmentID=gIxw%2BcEEwGs%3D, Accessed on Feb 20, 2023 
  2. 5 tips to help grade-schoolers with dyscalculia learn multiplication. https://www.understood.org/en/articles/5-tips-to-help-grade-schoolers-with-dyscalculia-learn-multiplication, Accessed on Feb 20, 2023
  3. Help with times tables. https://home.oxfordowl.co.uk/maths/primary-multiplication-division/help-with-times-tables/, Accessed on Feb 20, 2023 
  4. Tips Hafal Sifir Yang Paling Mudah Untuk Anak Anda Cuba. https://bidadari.my/tips-hafal-sifir/, Accessed on Feb 20, 2023 
  5. Easy Ways to Teach a 3rd Grader Multiplication Tables. http://mathandreadinghelp.org/easy_way_to_teach_a_3rd_grader_multiplication_tables.html, Accessed on Feb 20, 2023 

Versi Terbaru

22/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bukan Baby Saja Perlu Diurut, Anak Bersekolah Pun Sama! Ada 5 Manfaat Urutan Untuk Anak Bijak!

Ingin Latih Kemahiran Motor Halus Anak? Jom Buat 9 Aktiviti Ini Di Rumah, Anak Pasti Seronok!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan