backup og meta

Penat Tonyoh Baju Sekolah Anak Hitam Berdaki? Ibu Kena Cuba 7 Tip Ini, BERKESAN!

Penat Tonyoh Baju Sekolah Anak Hitam Berdaki? Ibu Kena Cuba 7 Tip Ini, BERKESAN!

Apa perkara yang paling merungsingkan hati para ibu setiap hari? Sudah tentulah memikirkan cara hilangkan kotoran degil pada baju sekolah anak, betul tak?

Makanan tumpah, lumpur dan peluh berdaki antara kesan kotoran yang perlu dibersihkan. Ada kalanya menyebabkan baju yang asalnya berwarna putih boleh menjadi kelabu.

Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui tip yang boleh anda cuba nanti.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Cara hilangkan kotoran degil pada baju sekolah

Di Malaysia, sememangnya setiap sekolah mewajibkan pemakaian baju uniform sekolah yang berwarna putih. Cuma masalahnya adalah untuk mengekalkan warna putih pada pakaian seragam ini.

Seperti disebut pada awal tadi, pelbagai punca boleh menyumbang kepada kotoran pada pakaian si kecil seperti makanan tumpah, kesan dakwat, lumpur, peluh berdaki serta banyak lagi.

Dengan beberapa petua mudah di bawah, ibu pasti boleh menanggalkan kotoran dengan mudah dan memastikan pakaian seragam si kecil kekal putih.

1. Asingkan pakaian putih

Biasanya selepas beberapa bulan memulakan persekolahan, pakaian putih akan mula kelihatan pucat dan kekuningan.

Bagi mengekalkan keputihan pakaian, perkara pertama yang perlu ibu lakukan adalah untuk mengasingkan pakaian putih daripada yang berwarna. Ini kerana warna daripada pakaian lain boleh bercampur dengan warna putih dan merosakkannya. 

Jadi sebaiknya sebelum mula mencuci pakaian, asingkan pakaian putih dan berwarna. Malah mencuci tangan adalah kaedah terbaik untuk membersihkan pakaian putih anak.

Anda juga disarankan untuk merendam pakaian uniform si kecil di dalam air dengan menambah kuantiti detergen (pencuci pakaian) dalam kuantiti yang sama dan biarkan ia terendam sekurang-kurangnya tiga jam.

Baca juga:

2. Penggunaan detergen dalam cara hilangkan kotoran degil pada baju sekolah

Pemilihan detergen juga penting. Biasanya, kita akan meletakkan detergen dengan banyak semasa mencuci pakaian – ini adalah amalan yang salah!

Menggunakan detergen berkualiti rendah atau secara berlebihan boleh menyebabkan ia melekat pada pakaian bersama kotoran dan menjadikan pakaian tampak pucat. Jadi, pilih detergen yang betul dan jangan letak berlebihan!

3. Tambahkan cuka putih

Jika pakaian putih si kecil perlu menggunakan bahan pemutih dan di rumah tiada detergen, anda boleh menggunakan cuka putih untuk membasuhnya.

Baju uniform boleh kembali putih dengan menambah satu dos cuka putih semasa sesi basuhan pakaian.

Tambahan pula, cuka putih juga dapat melembutkan fabrik, mengembalikan kecerahan dan keselesaan pada pakaian. Tidak percaya? Anda boleh mencuba untuk menentukan kesahihannya!

Cara hilangkan kotoran degil pada baju sekolah #4. Peluntur & jus lemon

Menggunakan peluntur atau bleach adalah perkara biasa untuk mencuci pakaian putih, betul tak? 

Tetapi peluntur klorin terbukti berbahaya pada beberapa fabrik tertentu. Bahan ini juga membuatkan pakaian lebih kuning dan pucat.

Penggunaan peluntur klorin sesuai untuk stoking kapas dan under garments. Anda juga boleh menggunakannya untuk mencuci tuala putih. Tetapi penggunaan peluntur kain untuk fabrik bercampur boleh merosakkan pakaian.

Perahan lemon dapat membantu menyingkirkan kotoran degil yang terdapat pada pakaian sekolah anak anda.
Perahan lemon dapat membantu menyingkirkan kotoran degil yang terdapat pada pakaian sekolah anak anda.

Daripada menggunakan peluntur klorin, apa kata gunakan jus lemon? Ia berfungsi sebagai agen peluntur semula jadi.

Anda cuma perlu campurkan jus lemon dalam air panas dan rendamkan pakaian putih ke dalamnya selama sejam.

Jika kotoran terlalu susah untuk ditanggalkan, rendamkan ia semalaman. Basuh pakaian seperti biasa keesokan harinya.

5. Pencuci pinggan mangkuk

Kedengaran pelik tetapi sememangnya cecair pencuci pinggan terbukti berkesan mencuci pakaian putih.

Hanya perlu campurkan pencuci pinggan dengan air untuk membersihkan pakaian. Disarankan untuk merendam pakaian selama sejam bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.

Agen pencerah dalam bahan pencuci ini boleh memberikan kesan bersinar yang baik pada pakaian.

6. Pemutih pakaian, antara cara hilangkan kotoran degil pada baju sekolah 

Banyak pemutih fabrik berkualiti di pasaran bukan sahaja dapat menghilangkan kotoran degil tetapi boleh menjadikan baju cerah dan segar. Gunakan produk mengikut arahan yang diberikan pada botol!

Jika terdapat kesan kotoran buah, ia boleh ditanggalkan dengan meletakkan sedikit garam di atasnya. Biarkan ia beberapa minit sebelum dibilas dengan air dan direndam dalam detergen seperti biasa.

Pakaian sekolah yang direndam dengan sabun pencuci dan sedikit garam dapat menghilangkan kotoran.
Pakaian sekolah yang direndam dengan sabun pencuci dan sedikit garam dapat menghilangkan kotoran.

7. Soda penaik

Penggunaan soda penaik atau baking soda bukan sahaja dapat memutihkan pakaian tetapi berfungsi sebagai penyahbau yang berkesan. 

Larutkan secawan baking soda dalam 4 liter air suam  dan rendamkan pakaian ke dalam larutan selama 8 jam sebelum membasuhnya ke dalam basuhan biasa.

Keringkan pakaian putih

Kini anda sudah mengetahui cara hilangkan kotoran degil pada baju sekolah. Tetapi dalam masa sama, kaedah mengeringkan pakaian juga penting sebenarnya.

Setelah pakaian selesai dibersihkan, elakkan penggunaan mesin pengering (dryer). Ini kerana penggunaan haba tinggi boleh membakar pakaian dan menyebabkan kesan kekuningan padanya.

Jemur pakaian sekolah di bawah sinaran matahari bagi mengekalkan warna putih pakaian sekolah secara semulajadi.
Jemur pakaian sekolah di bawah sinaran matahari bagi mengekalkan warna putih pakaian sekolah secara semulajadi.

Daripada membuatkan pakaian ‘menderita’ dengan suhu panas yang tinggi, anda boleh menjemurkan ia di bawah sinaran matahari bagi pemutihan semula jadi.

Cahaya matahari bukan sahaja dapat membantu mengeringkan pakaian tetapi mengekalkan kesegarannya. Matahari adalah peluntur semula jadi yang terbaik!

Kesimpulan 

Melalui perkongsian artikel ini, diharapkan ibu bapa sudah mengetahui cara hilangkan kotoran degil pada baju sekolah. Semoga tip ini bermanfaat untuk dicuba!

Selain daripada kaedah di atas, adakah anda ada menggunakan cara lain untuk mencuci pakaian seragam si kecil? Ayuh kongsikan bersama kami di ruangan komen.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 5 Tips To Keep Those School Shirts White. https://magazine.ackermans.co.za/2022/01/03/5-tips-to-keep-those-school-shirts-white/, Accessed on Sept 30, 2022
  2. Top-Class Hacks I’m a super cleaner and here are eight ways to make your kids’ school uniform look brand new including vodka on stains. https://www.thesun.co.uk/fabulous/17642176/kids-uniforms-last-longer-hacks/, Accessed on Sept 30, 2022
  3. Follow These Rules for Keeping Uniforms Spotless. https://www.cleaninginstitute.org/cleaning-tips/clothes/fabric-care/cleaning-uniforms, Accessed on Sept 30, 2022
  4. How to make school uniforms last longer. https://www.loveyourclothes.org.uk/tips/how-make-school-uniforms-last-longer, Accessed on Sept 30, 2022
  5. How to Keep Your White Clothes White. https://www.consumerreports.org/laundry/how-to-keep-white-clothes-white/, Accessed on Sept 30, 2022 

 

Versi Terbaru

18/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Panduan Bantu Anak Menyerlah di Sekolah Rendah

Potong Rambut Anak Tanggungjawab Ibu Bapa, Ini 5 Peraturan Sekolah Kena Patuhi!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 18/11/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan