Kegunaannya adalah sangat penting untuk mengeringkan tubuh badan setiap kali selepas mandi. Apakah ia? Ya, tuala mandi!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Kegunaannya adalah sangat penting untuk mengeringkan tubuh badan setiap kali selepas mandi. Apakah ia? Ya, tuala mandi!
Namun, ramai individu yang hanya bersikap acuh tidak acuh dan hanya tahu menggunakannya sehingga ‘lumat’ dan kotor.
Maka akan timbul satu persoalan yang sangat penting iaitu berapa kerap anda sepatutnya mencuci towel mandi itu.
Untuk tahu jawapannya, teruskan membaca artikel ini dengan lebih mendalam lagi.
Bukankah towel mandi itu gunanya adalah untuk membersihkan tubuh badan daripada kotoran? Jadi wajarkah ia untuk dicuci?
Soalan ini perlu dijawab dengan jawapan ‘ya’ sekeras yang mungkin kerana ia perlu bersih untuk membersihkan tubuh badan kita!
Untuk pengetahuan anda, penggunaan tuala mandi yang kotor dengan kerap akan menyebabkan kerengsaan pada kulit.
Selain itu, ia juga akan meningkatkan risiko penyebaran jangkitan bakteria Staphylococcus yang biasa merebak melalui pakaian.
Dalam pada itu, kami juga suka untuk mengingatkan anda agar jangan berkongsi tuala dengan sesiapa meskipun individu yang rapat seperti pasangan, ibu bapa mahupun adik-beradik.
Bukanlah bermakna jika anda tidak kerap mencuci towel mandi, ia akan menyebabkan anda mengalami komplikasi yang sangat teruk.
Pun begitu, sudah pasti anda mahukan ia kekal suci dan bebas daripada segala anasir jahat seperti bakteria yang dinyatakan di atas tadi.
Menurut Cleaning Institute, adalah disarankan untuk anda mencucinya setiap kali selepas 3 kali penggunaannya.
Ini bermakna jika kalian mandi pada setiap hari, anda perlu sekurang-kurangnya mencuci tuala mandi 2 kali seminggu.
Selain mencuci tuala, ada satu lagi perbuatan yang perlu dilakukan dengannya iaitu menukar tuala apabila sudah sampai waktu!
Sebenarnya, bukan sahaja anda perlu kerap mencuci towel mandi, malahan juga harus kerap gantikan ia dalam tempoh yang ideal.
Ia adalah sangat bergantung kepada kualiti dan kuantiti penggunaannya selain anda sendiri boleh lihat pada permukaan towel tersebut.
Jika sudah terlalu kotor, nipis atau berbau dan ia tidak mampu diselamatkan lagi, maka adalah wajar untuk anda menukarnya.
Apa yang paling penting, sila baca label atau tag yang disediakan oleh pengeluar dan diselitkan pada tuala tersebut.
Namun ada juga beberapa faktor yang menyebabkan anda perlu untuk mencuci atau menukar tuala mandi dengan lebih kerap!
Kesimpulannya, anda wajar mencuci tuala mandi sekurang-kurangnya 2 kali seminggu dan menukarnya apabila sudah teruk kondisi.
Pun begitu, wujud juga beberapa faktor yang menyebabkan anda perlu untuk mencuci atau menukar ia dengan lebih kerap lagi.
Antara faktor yang dinyatakan itu termasuklah:
Selain itu, ada tip tambahan yang berguna untuk anda iaitu pastikan anda keringkan tuala mandi selepas anda membasuhnya, okay?
Ramai yang sangka bahawa untuk mencuci tuala mandi ini, ia hanya perlu disumbat ke dalam mesin basuh dan biarkan alat itu bekerja.
Sebenarnya, ia bukanlah semudah itu kerana ada beberapa tip yang kalian perlu tahu, iaitu:
Jika anda lebih cenderung memilih untuk membasuhnya dengan tangan, juga tiada masalah malahan ia adalah pilihan lebih bijak.
Walau apapun cara anda mencucinya, ingatlah bahawa untuk melakukannya dengan kerap dan cermat untuk kesan yang lebih baik.
Ingat ya, sila basuh dan ganti tuala mandi anda apabila sudah sampai masanya!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen