4. Gunting rambut dan kuku
Seperti yang kita sedia maklum, pelajar lelaki tidak dibenarkan berambut panjang. Tetapi bagaimana ingin menentukan sama ada rambut itu panjang atau pendek?
Umumnya, istilah rambut panjang adalah seperti berikut:
- Bahagian belakang – Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga atau menyentuh kolar baju
- Bahagian depan – Rambut menutupi garisan tengah dahi atau ⅓ garisan dahi
- Bahagian tepi – Rambut menutupi kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan sideburn melebihi garisan tengah hidung
- Bahagian atas – Kepanjangan rambut melebihi 6 inci
Gaya potong rambut pelajar harus mengikut stail yang dibenarkan dan bukannya mengikut fesyen terkini yang dilarang oleh pihak sekolah. Menyimpan ekor rambut juga tidak dibenarkan, ya?

Sudah tentu, bagi pelajar lelaki yang sudah memasuki sekolah menengah – akan melalui fasa akil baligh dan mengalami pertumbuhan bulu dan rambut terutamanya pada bahagian muka.
Namun mereka tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut atau jambang. Jadi bukan sahaja harus gunting rambut, tetapi penampilan juga perlu kemas!
Bagaimana pula pelajar perempuan? Ini penjelasannya.
Bagi pelajar yang berambut panjang, mereka haruslah mengikat rambut dengan gaya toncang atau ponytail dengan reben atau cekak rambut berwarna biru, putih atau hitam (bergantung kepada sekolah).
Seperkara lagi yang harus ibu bapa berikan perhatian selain daripada soal gunting rambut adalah berkaitan dengan mewarnakan rambut.
Pelajar sekolah adalah tidak dibenarkan untuk mewarnakan rambut mereka. Jika berlaku, mereka akan diarahkan untuk mewarnakan semula seperti warna asal.
Pelajar juga dilarang sama sekali menyimpan kuku panjang. Jadi ibu kena selalu ingatkan anak untuk memotong kuku, ya? Lagipun kuku meningkatkan risiko untuk menjadi tempat pertumbuhan bakteria.
Kuman yang terkumpul boleh dipindahkan dengan mudah ke mulut, mata dan hidung – sekali gus mengakibatkan jangkitan dan penyakit.

Pentingnya patuh kepada peraturan sekolah
Peraturan sangat penting kepada semua. Mematuhi peraturan akan memberikan banyak kesan positif kepada diri pelajar.
Kepentingan untuk mengikut peraturan adalah bagi membentuk generasi yang dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam masalah sosial. Tanpa peraturan, sudah pasti pelajar akan terjebak dengan masalah seperti merokok, pengambilan dadah dan sebagainya.
Peraturan yang ditetapkan dapat membantu melahirkan pelajar yang berdisplin.
Jika anak anda mampu memahami dan mengikut peraturan sejak di peringkat sekolah seperti memastikan gunting rambut jika panjang, pastinya ia sekali gus dapat mencegah mereka daripada melanggar undang-undang negara di kemudian hari.
Kedengaran seperti tidak berkaitan, bukan? Tetapi percayalah, jika anak kita dididik sedari kecil untuk mengikut peraturan, pastinya akan tertanam dalam diri mereka rasa kepatuhan kepada undang-undang.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen