backup og meta

Lagi-lagi Masalah Hidung Berdarah Kembali, Cuaca Panas & Kering Puncanya?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/06/2021

    Lagi-lagi Masalah Hidung Berdarah Kembali, Cuaca Panas & Kering Puncanya?

    Walaupun tidak semua, pasti ramai dalam kalangan kita yang pernah mengalami kondisi hidung berdarah bukan? Tentu anda tertanya-tanya apa sebab hidung berdarah?

    Tanpa sebarang amaran, keadaan ini boleh berlaku secara tiba-tiba lantas membuatkan penghidap berasa panik!

    Sebenarnya, sebab hidung berdarah ada banyak dan salah satu daripadanya adalah dikaitkan dengan udara yang panas dan kering.

    Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Apa maksud hidung berdarah?

    Buat anda yang mungkin belum pernah mengalaminya, hidung berdarah atau epistaksis adalah satu keadaan di mana darah keluar dan mengalir secara tiba-tiba daripada lubang hidung.

    Ia boleh terjadi kepada sebelah nostril (lubang hidung) atau kedua-duanya sekali secara serentak dan mengejut.

    Kebiasaannya, ia mungkin akan terhenti sendiri sekiranya tidak didalangi oleh kondisi kesihatan yang berbahaya.

    Jika ia berlaku tanpa henti dan kerap tanpa anda sendiri tahu akan puncanya, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan konsultasi tentang rawatan lanjut.

    Namun, apakah punca sebenar perkara ini berlaku ya?

    hidung tersumbat

    Apa sebab hidung berdarah?

    Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai punca ia berlaku namun ada dua perkara utama yang mendasarinya iaitu kecederaan dan persekitaran.

    Ada beberapa perkara yang kita selalu lakukan dan tidak sedar akan sebabkan hidung berdarah termasuklah:

    #1. Tabiat mengorek hidung

    Sedar atau tidak, anda mungkin akan mengorek hidung kerana rasa gatal atau tidak selesa yang datang daripada dalam lubang hidung.

    Ini adalah lebih berisiko kepada mereka yang mempunyai alahan terutamanya jika ada kondisi kesihatan berkaitan kawasan ini.

    #2. Selalu menghembus hidung

    Kalian juga mungkin tidak sedar berapa kali dalam sehari anda menghembus hidung untuk mengeluarkan sebarang bendasing daripada organ ini.

    Kesannya, anda mungkin akan menghembus hidung dengan terlalu kuat sehingga mampu merosakkan saluran darah di dalamnya.

    #5. Pengambilan makanan/suplemen dengan bahan tidak mesra hidung

    Tabiat makanan atau suplemen yang kalian ambil seharian juga mungkin akan membuat kondisi ini berlaku dan berulang.

    Antara contoh bahan-bahan yang tidak mesra hidung itu adalah seperti:

    • Ginseng
    • Halia
    • Bawang putih
    • Vitamin E
    • Ginkgo biloba
    • Feverfew

    sakit hidung

    #4. Pendedahan terhadap bahan kimia

    Jika kalian terlalu kerap terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam asap rokok, asid sulfurik, gasolin atau ammonia, risiko kalian terkena hidung berdarah adalah lebih tinggi.

    Hal yang sama juga jika anda menyalahgunakan dadah yang mempunyai banyak bahan kimia berbahaya terutamanya yang disedut melalui hidung, risiko hidung berdarah akan bertambah.

    #5. Kondisi kesihatan tubuh badan

    Lebih menakutkan, keadaan ini juga boleh terjadi akibat pelbagai kondisi kesihatan yang dialami oleh tubuh badan anda termasuklah:

  • Hipertensi
  • Hemofilia
  • Penyakit jantung
  • Kecacatan nasal
  • Tumor
  • Sekiranya anda terlalu kerap mengalami epistaksis tanpa tahu puncanya, segera berjumpa doktor kerana bimbang diri anda sebenarnya mungkin mengalami penyakit-penyakit yang dinyatakan di atas tadi.

    Udara yang panas dan kering juga adalah puncanya?

    Selain daripada sebab-sebab yang kami telah nyatakan di atas tadi, ada satu lagi punca utama yang akan menyebabkan epistaksis iaitu udara.

    Buat anda yang mungkin belum tahu, epistaksis boleh terjadi disebabkan oleh udara yang panas dan kering tidak kira di dalam atau luar rumah.

    Ini kerana udara sebegitu boleh mengeringkan dan merengsakan saluran membran nasal lantas menyebabkan kegatalan serta pendarahan.

    hidung tersumbat

    Pun begitu, udara yang sejuk dan kering juga turut sama boleh menyebabkan keadaan ini terutamanya apabila hidung dikorek atau dihembus.

    Meskipun perkara ini tidak boleh dielakkan, ia masih mampu dijauhi dengan cuba untuk mengurangkan masa anda di kawasan yang berudara sebegini.

    Apa perlu buat jika hidung berdarah?

    Jadi, apakah yang boleh kita lakukan untuk mengelak kondisi ini daripada berlaku dan berulang? Jangan risau, Hello Doktor ada tip yang kalian boleh gunakan:

    Sekiranya masalah ini masih tidak selesai, segera berjumpa doktor pakar ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan