backup og meta

Ibu, Jangan Paksa Anak Makan! Jika Tidak Si Kecil Akan Terima KESAN Ini!

Ibu, Jangan Paksa Anak Makan! Jika Tidak Si Kecil Akan Terima KESAN Ini!

Apabila anak tidak mahu makan, apa yang anda buat? Kebanyakan ibu bapa akan memaksa si kecil kerana bimbang anak susah makan akan kelaparan. Tetapi tindakan seperti itu boleh mendatangkan kesan negatif.

Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Definisi memaksa anak tidak mahu makan 

Sebagai ibu bapa, kita mahu anak-anak mendapat nutrisi yang optimum dengan pengambilan makanan yang betul dan seimbang.

Namun, soal pemakanan kanak-kanak boleh menjadi isu yang sukar, terutamanya apabila anak susah makan.

Dalam situasi sedemikian, ibu bapa cenderung untuk memberi makan secara paksaan kepada si kecil. Namun ia boleh membawa kepada akibat yang berbahaya.

Perkara berikut merupakan antara ciri-ciri anda sedang memaksa si kecil untuk makan:

  • Menetapkan berapa banyak, bila dan apa yang perlu dimakan
  • Memberi makan dalam jumlah yang banyak walaupun tidak disukai 
  • Membandingkan si kecil dengan kanak-kanak lain atau memeras ugut mereka untuk makan banyak
  • Mengabaikan permintaan si kecil untuk mengurangkan jumlah makanan atau melambatkan waktu makan 

Punca ibu bapa selalu memaksa anak susah makan

anak susah makan

Berikut antara sebab menjelaskan mengapa ibu bapa cenderung memaksa si kecil untuk makan:

1. Untuk menghabiskan makanan yang dihidangkan 

Kebanyakan kita mempunyai tanggapan bahawa apa yang berada di atas pinggan perlu dihabiskan.

Namun untuk kanak-kanak ia mungkin tidak berlaku kerana saiz perut mereka agak kecil.

Memaksa anak susah makan #2. Memperkenalkan makanan pejal

Merupakan antara kesilapan biasa yang dilakukan ibu bapa semasa memperkenalkan makanan pejal buat kali pertama.

Anda harus tahu tujuan memperkenalkan makanan bukan untuk memaksa bayi makan, sebaliknya bagi mengembangkan deria rasa mereka.

3. Risau si kecil tak cukup makan 

Normal untuk anak makan sedikit tetapi kerap.

Namun sebagai ibu bapa, anda akan terfikir apabila anak susah makan, mereka tidak mendapat nutrisi yang mencukupi. Keadaan itu seterusnya menyebabkan mereka makan secara berlebihan.

4. Menyuapkan makanan kepada anak yang besar

Ada ibu bapa yang masih suka menyuap anak walaupun mereka sudah cukup besar dan  mampu makan dengan sendiri. Ia secara tidak langsung membawa kepada punca makan berlebihan.

Baca juga:

5. Tidak memahami keperluan anak susah makan

Apabila si kecil tidak mahu makan, anda akan memaksa kerana menganggap mereka tidak memahami keinginan dan keperluan pemakanan diri sendiri.

6. Memaksa anak susah makan dengan memperkenalkan makanan baharu

Paksaan biasa berlaku apabila ibu bapa memperkenalkan anak kepada buah-buahan, sayuran atau sebarang makanan baharu.

Ini disebabkan anda berpendapat memberi makan secara berterusan akan membuatkan si kecil menyukai makanan tersebut.

7. Membandingkan dengan anak yang lain

Jika ada rakan atau sepupu si kecil yang seusia makan lebih banyak, anda merasakan anak juga perlu sebegitu, sekali gus memberi mereka makan secara paksa.

8. Memupuk tabiat baik

Ibu bapa sering beranggapan untuk memupuk tabiat pemakanan yang baik, anda perlu memaksa anak memakannya terutamanya jika makanan itu sihat.

Impak memaksa anak makan 

Memberi makan secara paksa harus dielakkan kerana boleh mendatangkan kesan seperti:

1. Muntah-muntah 

Apabila anda memaksa si kecil makan bertentangan dengan keinginannya, ia boleh menyebabkan mereka memuntahkan makanan tersebut kembali.

anak susah makan

2. Benci terhadap makanan

Apabila si kecil tidak mahu makan tetapi tetap dipaksa, ia boleh menyebabkan mereka bukan sahaja tidak menyukai apa yang diberikan, bahkan membencinya.

3. Memaksa anak makan boleh membunuh selera 

Kita akan makan apabila berasa lapar, begitu juga si kecil. Namun sebagai ibu bapa, kita meragui penilaian mereka dalam soal makan. Ini sekali gus menghilangkan selera mereka.

4. Emosi negatif 

Anak boleh mengembangkan perasaan dan emosi negatif terhadap makanan, malahan kepada anda sebagai ibu bapa mereka.

5. Mewujudkan tabiat pemakanan tidak sihat

Anak mungkin akan mengembangkan tabiat pemakanan tidak sihat kerana keengganan makan makanan sihat.

6. Kurang kawalan terhadap tabiat pemakanan 

Antara kesan paling teruk apabila dipaksa makan adalah mereka boleh hilang kawalan ke atas tabiat pemakanan mereka. 

7. Gangguan pemakanan kesan memaksa anak makan 

Apabila tiada kawalan ke atas apa yang dimakan, anak boleh mengalami gangguan pemakanan seperti anoreksia atau bulimia.

anak susah makan

8. Isu kurang makan 

Apabila si kecil membesar, mereka mungkin akan makan lebih sedikit daripada jumlah yang sepatutnya.

9. Seumur hidup tidak menyukai sesuatu makanan 

Anak boleh mengembangkan rasa tidak suka kepada makanan sehingga dewasa.

10. Kawalan ibu bapa mewujudkan isu harga diri

Apabila dipaksa makan, anak boleh mengalami hilang kawalan ke atas kehidupan mereka dan menimbulkan rasa harga diri yang rendah.

Berhenti memaksa anak makan 

Memaksa anak untuk mengambil sesuatu makanan boleh membawa kepada pelbagai masalah fizikal, emosi dan fisiologi.

Jika anda kurang makan berbanding adik-beradiknya yang lain, tidak mahu makan dan lebih banyak bermain – ia adalah perkara normal.

Usah panik. Sebaliknya tunjukkan contoh teladan yang baik dalam soal pemakanan, biarkan anak menentukan masa dan pilihan makanan mereka.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Toddlers at the Table: Avoiding Power Struggles. https://kidshealth.org/en/parents/toddler-meals.html, Accessed on Dec 04, 2021
  2. Jennifer S. Savage, Jennifer Orlet Fisher, and Leann L. Birch. Parental Influence on Eating Behavior, Conception to Adolescence (2008). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2531152/, Accessed on Dec 04, 2021 
  3. Pressure to eat. https://www.childfeedingguide.co.uk/tips/common-feeding-pitfalls/pressure-eat/, Accessed on Dec 04, 2021
  4. Mealtime Atmosphere and Eating Behavior. https://www.ucsfbenioffchildrens.org/education/mealtime-atmosphere-and-eating-behavior, Accessed on Dec 04, 2021
  5. When Your Toddler Doesn’t Want to Eat. https://familydoctor.org/when-your-toddler-doesnt-want-to-eat/, Accessed on Dec 04, 2021 

 

Versi Terbaru

21/01/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Panduan Bantu Anak Buat Kerja Sekolah

Persediaan Anak Ke Sekolah Yang Patut Anda Lakukan, Dari Aspek Fizikal & Emosi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan