Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Ketahui puncanya
Apakah yang mengakibatkan masalah gangguan pemakanan?
Punca sebenar masalah ini masih tidak diketahui. Sebagaimana masalah mental yang lain, terdapat banyak sebab seperti:
- Memiliki genetik yang meningkatkan risiko kepada kecelaruan makanan. Orang yang ahli keluarga terdekatnya – adikberadik atau ibu bapa- mempunyai masalah ini berkemungkinan tinggi untuk memiliki kondisi yang sama.
- Kesihatan psikologi dan emosi. Orang yang menghidapi kecelaruan gaya permakanan ini mungkin mempunyai masalah psikologi dan emosi. Mereka memiliki keyakinan diri yang rendah, mementingkan kesempurnaan, tingkah laku impulsif, dan bermasalah dalam perhubungan.
- Dalam budaya popular, kejayaan dan penghargaan selalu disamakan dengan memiliki tubuh yang kurus. Tekanan daripada rakan-rakan dan pengaruh media menambahkan lagi keinginan untuk kurus.
Ketahui faktor risiko
Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko kecelaruan gaya pemakanan?
Terdapat banyak faktor risikonya seperti:
- Wanita. Remaja perempuan dan wanita muda lebih cenderung untuk mengalami anoreksia atau bulimia, tetapi lelaki juga boleh mengalami kondisi yang sama.
- Walaupun kondisi ini boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur – termasuklah kanak-kanak, remaja dan orang tua – tetapi ia lebih lazim berlaku pada waktu remaja dan awal 20-an
- Sejarah keluarga. Gangguan pemakanan berisiko tinggi untuk berlaku pada orang yang ibu bapa atau adik-beradiknya mengalami kondisi ini.
- Gangguan mental. Orang yang mengalami kemurungan, keresahan atau kecelaruan obsesif kompulsif berisiko tinggi untuk mengalami kondiisi ini.
- Orang yang kehilangan berat selalunya bersemangat apabila melihat perubahan diri dan menerima pujian daripada orang lain. Ini boleh menyebabkan mereka menjalani diet yang melampau sehingga menyebabkan kondisi ini.
- Tekanan boleh meningkatkan risiko kondisi ini
- Sukan, kerja dan aktiviti seni
Memahami diagnosis dan rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimanakan kecelaruan gaya pemakanan didiagnosis?
Pemeriksaan dan ujian yang dijalankan termasuk:
- Pemeriksaan fizikal. Doktor akan memeriksa anda untuk menyaring keluar punca-punca perubatan yang menyebabkan kondisi ini. Dia juga mungkin akan menjalankan ujian makmal.
- Penilaian psikologi. Doktor akan bertanyakan soalan tentang pemikiran , perasaan dan tabiat pemakanan anda. Anda mungkin akan diberikan soalan-soalan ujian pentaksiran psikologi lengkap.
- Ujian-ujian lain. Ujian tambahan mungkin akan dilakukan untuk memeriksa sebarang komplikasi yang terkait dengan kecelaruan gaya pemakanan. Penilaian dan ujian juga boleh dilakukan untuk mengenal pasti keperluan nutrisi anda.
Bagaimanakan ia dirawat?
Rawatan untuk kondisi ini termasuklah:
- Membantu anda untuk belajar menggantikan tabiat tidak sihat dengan yang lebih baik seperti Terapi Tingkah laku Kognitif (CBT) dan Terapi Keluarga (FBT).
- Masuk hospital. Sekiranya anda mempunyai masalah serius , seperti anoreksia yang menyebabkan malnutrisi melampau , doktor akan sarankan untuk anda menerima rawatan di hospital.
- Ubat seperti anti murung dan anti resah boleh membantu mengurangkan simptom-simptom kemurungan dan resah yang selalu berkait dengan kecelaruan gaya pemakanan.
Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas kecelaruan gaya pemakanan ?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi :
- Patuhi pelan rawatan anda. Jangan ponteng sesi terapi dan tidak melencong daripada hidangan yang telah dirancang.
- Berbincanglah dengan doktor anda mengenai suplemen vitamin dan mineral yang diperlukan supaya anda memperoleh nutrisi-nutrisi yang penting.
- Jangan asingkan diri anda daripada keluarga dan kawan-kawan yang menyayangi anda dan ingin melihat anda dalam keadaan yang sihat.
- Berbincang dengan penyedia penjagaankesihatan anda tentang senaman apakah yang bersesuaian dengan diri anda.
- Baca buku yang memberikan nasihat-nasihat praktikal. Doktor anda mungkin boleh menyarankan sumber yang bagus.
- Lawan kemahuan untuk menimbang berat dan melihat cermin terlalu kerap. Ini boleh menyebabkan anda terus melakukan tabiat yang tidak menyihatkan itu.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen